Cara Penjagaan Timing Belt

Info dan Cara Penjagaan Timing Belt

Bagi anda yang baru saja menggunakan kereta, memang banyak yang anda perlu belajar. Antaranya berkenaan cara penjagaan timing belt. Kami tekanankan berkenaan timing belt kerana is sangat penting dalam memastikan kereta anda dapat berfungsi dengan baik.

Selain itu, anda juga perlu tahu berkenaan (masukkan artikel yang dah lama tulis)

Sebagai permulaan, kami di Cycopro akan terangkan terlebih dahulu maksud timing belt serta beberapa perkara general yang anda perlu tahu.

Apa itu Timing Belt

[Kredit]

Timing belt (atau turut dikenali sebagai tali sawat) merupakan komponen penting yang berada di sisi enjin. Timing belt berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen lain dalam enjin seperti camshaft dan crankshaft.

Beza Timing Belt & Timing Chain

Terdapat 2 jenis timing yang berada di dalam enjin kereta iaitu timing belt & timing chain. Namun setiap kereta hanya mempunyai satu sahaja diantara kedua jenis timing ini.

Antara kereta yang menggunakan timing chain ialah dari keluaran Toyota dan Nissan. Manakala timing belt punya digunakan oleh keluaran Proton, Honda dan Hyundai.

  1. Timing Chain
    Timing chain tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Kebiasaannya, ia dapat bertahan sehingga 400,000km atau lebih. Memang sangat tahan lama berbanding timing belt.
  2. Timing Belt
    Bagi timing belt pula, ianya perlu ditukar setiap 80,000 km sehinga 100,000 km. Kebiasaannya, timing belt tidak akan menunjukkan apa-apa tanda bila akan putus. Jadi nak taknak, anda perlu sentiasa memantau keadaan timing belt dari semasa ke semasa untuk mengesan andai terdapat tanda kerosakan belting.
See also  Jenis-Jenis Alat Ganti Di Kedai Spare Part Kereta

Cara Penjagaan Timing Belt – Tanda Timing Belt Rosak

Ramai juga yang masih ambil mudah berkenaan penjagaaan timing belt. Anda harus ingat bahawa timing belt merupakan antara komponen terpenting bagi menggerakkan kenderaan.

Andainya timing belt rosak, banyak fungsi lain di dalam kenderaan yang akan terkesan. Lalu, ia juga dapat menambah kerosakan lain pada kenderaan anda.

Disebabkan itulah anda perlu sentiasa memantau keadaan timing belt supaya sentiasa dalam keadaan baik. Jika berlaku kerosakan lain yang diakibatkan timing belt, ianya boleh menuntut kos pembaikan dan penukaran alat ganti yang tidak murah harganya.

1. Periksa Keadaan Timing Belt

Pastikan anda sentiasa memantau keadaan belting. Antara cara kenalpasti samada timing belt masih elok atau perlu ditukar ialah dengan memeriksa jika terdapat sebarang rekahan pada badan timing belt.

Andainya anda dapat melihat sebarang rekahan, ada kemungkinan bahawa timing belt anda tidak akan tahan lama dan boleh terputus pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, segera bawa kereta anda ke bengkel yang terdekat untuk melakukan sebarang pemeriksaan.

2. Tiada Sebarang Leaking atau Kebocoran Pada Bahagian Oil Seal

[Kredit]

Selain itu, anda digalakkan untuk melihat keadaan timing belt jika ianya berminyak. Keadaan timing belt berminyak ini berpunca dari leaking yang berlaku pada bahagian oil seal.

Jika keadaan ini berlaku, ia boleh mengakibatkan timing belt slip atau bergerak dari keadaan asal atau keluar dari track yang sepatutnya.

3. Alert Dengan Sebarang Bunyi Yang Terhasil

Sebagai pemilik kereta, anda perlulah sentiasa alert dengan bunyi yang terhasil dari bahagian enjin kereta. Selalunya, anda akan perasan jika terdapat bunyi yang berbeza pada bahagian depan kereta anda.

See also  What’s the Differences Between A Hybrid and Electric Car?

Kadang-kadang, anda juga mungkin dapat dengar bunyi yang terhasil seakan besi yang bergesel. Namun, bunyi tersebut berkemungkinan dihasilkan oleh geseran komponen dalam enjin yang boleh diatasi menggunakan frictioner modifier.

Sama juga halnya dengan timing belt. Anda pasti akan perasaan jika tiba-tiba timing belt berbunyi kasar atau menghasilkan bunyi pelik sebagai petanda bahaya.

Bagi memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda boleh jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Sekiranya bunyi hilang semasa dibasahi air tersebut, itu menandakan bahawa timing belt kereta anda wajib dan perlu segera diganti.

Andainya anda berjaya kesan tanda seperti ini, segera untuk bawa kereta anda ke bengkel kerana penangguhan masa yang diakibatkan oleh timing belt boleh membawa kepada kerosakan yang lebih banyak.

Bila Perlu Tukar Timing Belt

Selalunya terdapat 2 cara untuk menentukan bila anda perlu tukar timing belt kereta. Ia bergantung samada mengikut tahun atau jarak perjalanan.

Bagi tahun, timing belt anda perlu ditukar sekitar 3-5 tahun. Namun bagi jarak perjalanan (mileage), digalakkan untuk tukar pada 80,000km sehingga 100,000km mengikut jenis dan jenama timing belt. Selalunya, jangka hayat timing belt Viva ialah dalam sekitar mileage 80,000km.

Pastikan anda menukar timing belt mengikut dua indikasi ini bergantung kepada yang mana satu sampai dulu. Sebagai contoh, mileage sekitar 80,000 walaupun timing belt baru digunakan sekitar 2 tahun. Jadi, pastikan anda pilih indikasi mengikut mileage.

[Kredit]

Di samping itu, anda perlulah sentiasa mencatat tarikh dan mileage penukaran timing belt pada stiker. Hal ini demikian kerana lebih mudah untuk anda memantau bila masanya untuk melakukan penukaran yang seterusnya.

See also  Minyak Enjin Terbaik Untuk Motosikal di Malaysia

Selain itu, pastikan anda menggunakan alat ganti tulen yang diiktiraf. Dengan penggunaan alat ganti tulen, sudah pastinya ia lebih berkualiti. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan risiko kerosakan timing belt yang berpunca dari peralatan tidak berkualiti yang digunakan pada kereta anda.

Kesan timing belt putus

Sekiranya timing belt putus, ianya akan mengakibatkan kerosakan yang sangat besar kepada enjin. Sebagai contoh, andainya timing belt putus, enjin akan gagal berfungsi dan boleh jadi mati serta merta. Piston juga boleh pecah.

Apabila keadaan ini berlaku, anda perlu bersiap-sedia kerana ada kemungkinan valve enjin menjadi bengkok atau patah. Bila keadaan ni terjadi, memang lebih banyak duit yang anda perlu keluarkan bagi membaiki kerosakan yang berlaku berpunca dari timing belt yang putus.

Oleh itu, sangat penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa memantau keadaan timing belt dari semasa ke semasa.

Harga Penukaran Timing Belt Kereta

Bagi kos atau harga penukaran timing belt, kami dapat anggarkan sekitar RM200 hingga RM400 termasuk kos upah.

Namun anda perlu ingat, kos yang dinyatakan ni hanya bagi penukaran timing belt. Maksudnya jika timing belt anda putus, kos yang dianggarkan akan menjadi lebih tinggi termasuk dengan kos kerosakan tambahan.

Kesimpulan

Anda hanya perlu sentiasa alert dan kenalpasti tanda-tanda yang menandakan timing belt perlu segera ditukar. Jika anda mengabaikan pesanan ini, jaga-jaga kerana lambat laun mungkin timing belt anda akan buat hal tanpa anda sedar.

Shopping Cart