cara daftar pemandu grab

Panduan Cara Daftar Pemandu Grab Dan Indriver

Ini adalah panduan cara daftar pemandu grab dan indriver. Saya akan terangkan cara memohon dan syarat dikenakan untuk jadi indrive dan grab driver.

Ini merupakan pengalaman penulis sendiri yang pernah jadi pemandu indrive, air asia ride, maxim dan berbagai lagi. Penulis tidak dapat buat Grab dan Bolt kerana keduanya ada membuat background check dengan PDRM.

Maklumlah dulu pernah ada rekod polis, maka bila apply jadi pemandu grab tak lepas. Tapi kalau anda tiada masalah lampau sudah tentu boleh buat grab driver.

cara daftar pemandu grab

Pun begitu saya masih mampu mendapat pendapatan lumayan sebagai pemandu indrive. Kesilapan masa lalu bukan penghalang untuk berjaya.

Ini kerana zaman ini ekonomi sedang meleset dan ramai yang kehilangan kerja atau sukar mendapat kerja. Oleh itu pilihan sebagai pemandu grab memang tersedia bagi yang rajin dan tak memilih kerja.

Oh ye sebelum bermula saya sebagai salah seorang pengguna CYCOPRO X10 nak bagi tahu, anda wajib masukkan CYCOPRO X10 ni apabila buat kerja sebagai pemandu grab.

Panduan Cara Jadi Pemandu Grab

Perkara pertama saya minta pembaca jangan salah faham tentang dulunya saya jadi pemandu indrive dan bukan grab, jadi apakah maklumat ini tepat.

Sebenarnya nak jadi pemandu ehailling apa pun anda akan lalui proses yang sama. Cuma nanti saya akan perjelas beza antara indrive driver dan grab driver.

Ini sebabnya kebanyakkan blog yang anda baca, mereka tidak pernah ada pengalaman memandu ehailling. Mereka cuma ambil info dari blog – blog lain dan oleh jadi artikel mereka sahaja.

Tapi dalam website Cycopro ini, sebagai penulis jemputan saya akan sampaikan semua yang saya tahu sepanjang bergelar pemandu ehailling selama 2 tahun. Harapnya panduan cara jadi pemandu grab ini akan dapat bantu anda untuk lebih faham lepas ni.

Saya akan terangkan tentang proses, dokumen, kursus dan insurans dalam satu artikel. Kemudian sambungan saya akan masuk kepada syarat kereta, pemeriksaan puspakom dan keperluan – keperluan lain.

Dalam artikel ketiga pula saya akan terangkan tentang tips mengambil penumpang, cara bayaran, kelebihan dan kekurangan setiap syarikat. Kalau dah sedia jom kita mulakan.

Lesen PSV

Lesen PSV adalah wajib bagi mereka yang nak kerja sebagai pemandu grab dan seangkatan dengannya.

lesen psv

Sebelum nak jadi pemandu grab, anda mestilah dah ada lesen memandu. Lesen sebenar dan bukan lesen P. P tidak layak untuk jadi pemandu Grab atau seumpamanya.

See also  Berapa Pendapatan Kasar Pemandu Grab?

Untuk dapatkan lesen ni anda kena hadiri kelas PSV selama 6 jam. Kalau Lembah Klang, tempatnya di Petaling Jaya.

Masa dulu saya tinggal di Bangi Selangor, jadi jika anda ambil kelas pada hari biasa pastikan anda keluar awal. Kelas bermula jam 8 pagi kalau tak silap saya.

Tapi biasanya semasa anda dah daftar Grab Training mereka akan beritahu secara email masa masuk jam berapa. Anda tidak boleh lewat seminit pun sebab bila masuk anda kena punch card IC anda.

jpj

Walaupun di buat di office grab, tapi sistem yang mengesahkan kehadiran adalah kepunyaan JPJ.

Perkara ini terjadi pada saya sendiri, bayangkan saya dari Bangi nak menempuh kesesakan lalu lintas nak sampai PJ ambil masa hampir 2 jam.

Masa tu saya keluar jam 6.30 pagi dan tengok waze akan sampai dalam sejam. Tapi jangan mudah percaya kerana itu cuma estimate time sahaja. Kerana jalan akan jadi lebih sibuk dan ia akan mulai delay.

Masa saya sampai saya lewat 7 minit dan saya tak dapat masuk kelas. Apa yang berlaku adalah saya disuruh balik dan mereka bantu arrange kelas psv pada hari lain.

Dan kelas yang masih kosong waktu itu adalah pada hari ahad. Dan surprisingly hari ahad kereta tak banyak, jalan tak sibuk. Saya sampai pada jam 7.20 pagi.

Jadi anda yang tinggal jauh seperti saya, terdapat 2 option iaitu ambil hari sabtu atau ahad, jalan tidak sibuk. Atau anda boleh ambil di pusat belajar memandu sekitar anda sahaja.

Harga Kelas Dan Lesen PSV

Harga kelas adalah berbeza – beza, ada sekolah memandu letak harga RM100 hingga RM200 maksimum yang ditetapkan oleh JPJ.

Jika melalui grab, RM150 untuk kelas. Dan buat lesen RM30, bawa gambar saiz lesen juga ya.

Pemeriksaan Kesihatan

Semua mereka yang ingin mendapatkan lesen psv perlu melepasi saringan kesihatan. Harga saringan adalah RM50 ke RM120. Ini ikut klinik. Pergi klinik berbayar sahaja cakap nak buat pemeriksaan kesihatan untuk buat PSV.

medical check up

Secara amnya anda kena ikuti kelas PSV dulu dan kemudian barulah pihak grab berikan file yang mengandungi checklists dan borang pemeriksaan kesihatan.

Saya beruntung juga masa itu kerana klinik saya pergi memang benar – benar nak tolong saya lulus pemeriksaan. Doktor bertugas cuma tanyakan beberapa soalan ikut dalam borang.

Dengan kata lain dia memang nak tolong walaupun saya (penulis) berbadan gempal dan berisiko tidak lulus. Jangan risau sekiranya tak lulus, pastikan anda fotostet borang pemeriksaan kesihatan yang grab bagi. Kalau klinik pertama tak lulus, buat pula di klinik lain.

See also  Berbaloi Ke Sewa Kereta Grab?

Daftar Lesen PSV

Lepas  kelas PSV anda akan dapat sijil bersama borang pemeriksaan kesihatan. Anda kena bawa dokumen ini bersama beberapa perkara lagi seperti salinan IC dan sekeping gambar saiz lesen.

Bagi yang tidak biasa berurusan di kaunter JPJ, anda kena download aplikasi JPJ-EQ. Dengan menggunakan apps ini, semasa sampai di JPJ anda kena scan untuk dapatkan nombor giliran.

Kos untuk buat lesen PSV adalah RM30 setahun dan renew tahuan RM30 juga.

Bagaimana Nak Mula

Jika anda nak buat Grab sahaja anda boleh daftar di GrabTraining.my

ic grab signup

Perkara pertama masuk pada website diatas, klik sebelah kanan menu “Signup / Login”.

Kemudian masukkan no ic anda dan klik submit.

psv class signup

Kemudian isi detail diatas, klik Register Now.

Kelebihan dengan pemandu grab adalah anda boleh dapatkan semula duit yang telah dibayar untuk kursus dan pemeriksaan kesihatan ini.

Biasanya lepas buat 30 perjalanan dalam masa 30 hari lepas akaun aktif, anda akan mendapat refund semula. Pemulangan wang adalah berbeza ikut lokasi.

  • Lembah Klang RM100
  • Penang RM120
  • Johor Bahru RM150

Ini kelebihan utama anda jika memandu dengan Grab.

Insurance E-Hailling

Okey untuk insurans, anda perlukan insuran kereta dan insurans ehailling. Terdapat 2 kaedah bayaran insurans ehailling. Jika anda adalah pemandu Grab, insurans anda adalah secara harian.

Apabila anda on aplikasi grab driver, anda akan terus di caj RM5 sehari untuk insurans. Ianya tidak menjadi beban berbanding jika bawa untuk syarikat lain.

ehailling car insurance

Untuk syarikat seperti Indrive, Maxim, GV, MyCar, Air Asia Ride dan Bolt anda kena ambil insurans secara tahunan. Dulu saya mulakan dengan sewa kereta dan insurans ini disediakan oleh syarikat sewa kereta. Tapi bila saya guna kereta sendiri, saya kena lalui beberapa proses.

Pertama : Batalkan insurans kereta asal kerana syarikat insurans sedia ada tidak menawarkan insurans ehailling.

Proses dibuat dengan menghantar email ke syarikat insurans untuk batalkan polisi sedia ada. Selepas itu anda kena batalkan roadtax di JPJ.

Kedua : Anda kena pilih syarikat insurans yang ada sediakan add on insurans ehailling.

Berikut adalah syarikat yang ada sediakan Insurans Ehailling

Etiqa, Allianz, Zurich, MSIG, Generali, Tokio Marine, Chubb, Affin/AXA, MSIG, AmAssurance/Kurnia, MPI, Liberty Insurance, Berjaya Sompo, RHB Insurance, Lonpac, Pacific Insurance, Great Eastern, & Takaful Ikhlas.

Harga setiap syarikat adalah berbeza. Anda juga boleh gunakan Bjak.my untuk buat perbandingan harga. Setiap syarikat ikut jenis kereta dan umur kereta.

Sebagai contoh, kereta Proton Persona saya tahun 2016 dikenakan RM550 untuk insurans dan RM550 lagi untuk insurans ehailling. Ini adalah harga terendah saya dapat dengan Kurnia Insurans untuk kereta berumur 8 tahun.

See also  Berbaloi Ke Sewa Kereta Grab?

Untuk kegunaan ehailling, umur kereta adalah 15 tahun kebawah. Lepas 15 tahun tak boleh guna lagi.

Selepas itu anda kena hadirkan diri ke JPJ untuk buat Roadtax kereta bagi kenderaan ehailling. Jadinya anda akan beberapa kali datang ke JPJ untuk proses berikut:

  • Jika pihak insurans tidak mempunyai plan insurans ehailling anda kena matikan roadtax sedia ada dan juga insurans. Jadi kena pergi JPJ kali pertama.
  • Kemudian lepas buat insurans anda tidak boleh buat Roadtax secara online. Anda kena hadir ke JPJ sekali lagi untuk tukar status Roadtax dan renew setiap tahun pun kena di kaunter JPJ.

Pendaftaran Pemandu Grab

Terakhir setelah anda lengkapkan semua perkara barulah anda download apps Grab Driver untuk apply. Nanti anda akan mendapat no rujukan EVP (Ehailling Vehicle Permit).

Untuk kereta bawah 3 tahun, tidak perlu buat Puspakom Inspection. Hanya kereta lebih 3 tahun sahaja perlu lalui proses inspection sebelum di anugerahkan dengan EVP.

Setelah kereta anda mendapat EVP barulah anda boleh mulakan kerjaya sebagai Pemandu Grab. Anda boleh juga apply beberapa apps pemandu ehailling seperti Indrive dan Air Asia Ride.

Berikut adalah aplikasi yang anda boleh download untuk jadi pemandu.

  • Grab Driver
  • InDrive
  • Air Asia Ride
  • Taxsee (Maxim)
  • GVride

Anda hanya perlu buat pemeriksaan puspakom sekali saja. Tapi boleh apply untuk banyak syarikat. Terutamanya jika kawasan anda kekurangan pelanggan. Sebab ada pelanggan yang tidak gunakan grab.

Contohnya warga asing prefer bayaran cash dan tiada akaun bank Malaysia untuk bayar online melalui Grab. Untuk EVP pula setiap syarikat akan keluarkan EVP mereka sendiri. Jadi kalau anda buat banyak syarikat, akan ada banyak EVP

So jelas ke jelas panduan cara jadi pemandu grab dan indrive ni?

Semak Disini : Berbaloi Ke Sewa Kereta Untuk Buat Grab
Jom Dapatkan : Cycopro x10 Untuk Penjagaan Enjin Kereta

Dalam artikel seterusnya, saya akan bincangkan tentang keperluan kereta untuk bawa grab. Selain itu terdapat checklist untuk pemeriksaan kereta di Puspakom. Ada banyak perkara yang perlu diberi perhatian.

Sebelum saya akhiri artikel ini suka sekali saya untuk sarankan penggunaan Cycopro X10 dalam menjaga enjin kereta. Ini kerana anda bakal membawa ramai penumpang dan memandu sekitar 10 ke 15 jam setiap hari. Banyak masalah enjin kereta yang akan berlaku.

car repair

Dengan adanya Cycopro X10 anda boleh memanjangkan hayat enjin kereta dan jadikan ianya jimat minyak. Dapatkan Sekarang! Jangan lupa semak artikel seterusnya untuk ketahui kereta yang jimat minyak. Selain tu ada option sewaan kereta untuk buat grab.

Kena tahu sebabnya ada banyak syarikat sewaan yang menipu dan menganiaya pemandu grab. Kena baca supaya tak jadi mangsa. Semoga panduan cara daftar pemandu grab dan indriver ini bermanfaat untuk anda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart