Ramai yang tanya berbaloi ke sewa kereta grab? Ya ini adalah dari pengalaman (penulis) sendiri yang pernah guna khidmat sewa kereta untuk buat grab. Jawapan saya tepuk dada tanya selera.. Hahaha.
Table of Contents
Sewa Kereta Grab
Sewaktu saya mulakan kerja sebagai pemandu ehailling dulu pilihan yang ada masa itu sama ada gunakan kereta sendiri atau sewa kereta grab. Sebabnya masa itu saya ada kereta proton persona yang bonet belakang tidak boleh tutup rapat. Puncanya kerana terlanggar gate rumah waktu undur kereta.

Kemudian hadapi masalah enjin bergegar disebabkan masalah mounting. Perkara ini masa saya pergi proton service sudah dinyatakan masalah ini, tapi soal bajet menyebabkan ia tertangguh.
Selain itu ada beberapa masalah lain juga yang menyebabkan saya terpaksa sewa kereta yang didapati dari Facebook.
Terdapat beberapa perkara yang anda kena consider apabila nak sewa kereta untuk tujuan ehailling, antaranya seperti berikut:
- Area anda memandu, banyak job ke tidak
- Kadar sewa mingguan
- Jenis kereta, jimat minyak ke tidak
- Kadar Tambang Dan Komisyen Grab
- Bonus
- Makan
- Masa kerja
Dalam situasi yang saya sebutkan dibawah adalah pengalaman saya sendiri tanpa ada panduan. Banyaknya hanya fikir sendiri dan berangan – angan dapat job yang banyak.
Anda yang membaca sekurangnya sudah boleh agak tentang perkara yang anda kena fokus dan bagaimana hendak lakukannya. Masa saya buat tanpa panduan dan hanya go with the flow.
Kawasan Liputan
Dalam post sebelum ini saya nyatakan yang saya tak lepas nak buat grab dan hanya fokus pada Indrive (ID) sebagai cara dapatkan pelanggan. Disamping itu saya juga buat Air Asia Ride (AAR).
Saya tinggal di Bandar Seri Putra Bangi, ia adalah border dengan Nilai Negeri Sembilan. Untuk grab saya tidak pasti tentang berapa banyak job yang anda. Akan tetapi untuk ID saya boleh katakan yang waktu puncak adalah waktu yang banyak job.
Seperti pagi, tengah hari, petang dan malam. Secara amnya pelanggan ID memang sentiasa ada. Menurut pelanggan, pemandu ID paling ramai dan senang nak dapat berbanding pemandu grab.
Jadi kawasan tumpuan saya biasanya adalah di Southville, KTM Komuter, MRT Kajang untuk pagi. Tengah hari adalah UKM, MRT, Hentian Kajang. Petang pula UKM, Southville, KTM, MRT.
Ini lokasi – lokasi kalau saya main dalam kawasan Bangi dan Kajang. Pada waktu puncak saya kurang masuk KL, Putrajaya, Puchong.

Sistem ID adalah mengandungi senarai tempahan dan anda boleh pilih nak ke mana. Kadar biasanya saya ambil yang harga RM0.70 sen per km hingga RM2 per km.
Harga terendah adalah RM5 dalam ID, jarak perjalanan kadang 2km ke 3km sahaja. Kalau waktu puncak boleh capai RM7 ke RM10 untuk jarak sama.
Untuk jarak jauh katakan 30km, kadar tambang sekitar RM26 ke RM34. Beza dengan grab yang auto assign, dalam ID kita yang pilih nak hantar ke mana dan boleh bid harga supaya lebih tinggi.
Saya akan fokus job yang RM20 keatas dan lokasi dihantar bukan lokasi “Jin Bertendang”. Kalau terkena lokasi seperti ini memang sakit. Macam dalam grab pula yang saya tahu, anda boleh exclude lokasi yang anda tak mahu pergi contohnya macam Shah Alam yang memang tersangat kurang job.
Kadar Sewa
Sewa kereta grab ni dibayar mingguan. Saya kena bayar sebelum jam 12 tengah malam ahad. Harga sewa saya RM420 seminggu. Tapi jika bayar sebelum jam 12 tengah malam ahad harganya diskaun RM30 jadi RM390. Katakan saya memandu seminggu 6 hari, saya kena kumpul RM65 sehari. Sehari cuti.
Jenis Kereta – Jimat Minyak Ke Tidak
Masa itu saya nak sewa Perodua Bezza tapi selalu kehabisan stok. Menurut rakan saya yang juga sewa kereta Bezza, sehari beliau isi minyak RM50 boleh tahan 12 ke 14 tempoh bekerja.
Dia buat Grab. Sistem Grab ni apabila anda dah hampir 1km nak sampai hantar tempat pelanggan, akan masuk job baru dalam jarak kurang 5km. Oleh sebab Bezza tiada, maka saya ambil Saga 2023. Kereta tersebut sudah berusia 1 tahun. Tapi condition sudah seperti kereta 5 tahun.

Maknanya penyewa sebelumnya lanyak kereta itu kaw – kaw. Macam – macam bunyi ada. Saga ni dia tak jimat minyak, saya isi minyak RM30, nak dapat balik RM100 pun susah. Mostly sekitar RM70 – RM80 sahaja collection.
Tapi kalau masa saya guna kereta sendiri Proton Persona, isi minyak RM30 boleh dapat balik dalam RM100 ke RM120. Ini belum ditolak komisyen dan duit minyak. Selalunya saya isi minyak RM60 dengan saga ni.
Kadar Tambang Dan Komisyen Grab
Untuk komisyen grab driver adalah sekitar 22% termasuk SST. Untuk ID kadar komisyen adalah 10% termasuk SST. Untuk info komisyen ID adalah paling rendah, mungkin sebab itu ramai buat ID.

Sistem ID ni boleh tawar menawar dan harga pun boleh tahan. Kalau dalam Group Facebook Indrive, mereka suggestkan RM1 per KM atau RM1 seminit yang mana lebih tinggi.
Sebab kalau jauh kemudian jalan jem teruk, memang masaklah nak hantar pelanggan. Katakan harga RM20, jarak 10KM dan tempoh perjalanan 30 minit. Saya akan up sikit dalam RM23 ke RM25.
Tambang Grab pula murah dan sudah tidak berbaloi sangat. Grab ni dia mahal waktu peak time sahaja. Tapi peak time sekitar 2-3 jam sahaja. Anda mungkin dapat selesaikan 2-4 job sahaja dalam tempoh ini.
Jika laluan tersebut jem teruk, memang tak berbaloi sangat. Sebabnya waktu ini kadar tambang sangat tinggi, dan pelanggan akan guna ID.
Jadi bayangkan jika anda bawa grab di KL, memang untung sebab banyak job. Tapi kesesakan lalu lintas selalu jadi penghalang.
Seorang pelanggan saya yang nak balik putrajaya dari UKM Bangi beritahu, semasa dalam kelas dia tengok harga Grab RM22. Masa keluar kelas dia nak buat pesanan dan kebetulan hujan, harga jadi RM40 dengan grab.
Dia adalah student PHD yang hadir kelas seminggu 1-2 kali sahaja. Dia terus tukar ke ID dapat harga RM26. Pada saya harga tu memang ok sangat sebab jarak sekitar 16km tetapi jalan jem sikit la. Saya jarang melihat berapa lama tempoh kerana soal masa ni di tentukan oleh Waze ikut keadaan trafik semasa.
Bonus Dan Incentive
Saya tidak pasti bagaimana incentive yang grab berikan. Tetapi dalam ID biasanya terdapat incentive yang perlu di kejar. Contoh dalam 2 hari siapkan 12 perjalanan, reward RM30 berbentuk komisyen.

Maknanya lepas dapat incentive, perjalanan bernilai RM300 adalah milik anda. Komisyen tidak di tolak, sebaliknya di tolak dari reward yang diberi. Paling tinggi reward saya terima adalah RM96 dengan syarat complete 46 perjalanan dalam masa 4 hari.
Kadang – kadang tak capai juga. Terlepas begitu sahaja. Ada juga reward RM20 apabila completekan 5 perjalanan yang nilainya RM5. Incentive ni biasanya cuma datang sebulan dalam 2x sahaja.
Makan Dan Masa Kerja
Biasanya masa sewa kereta saya rajin keluar awal pagi, jam 8 dah mula. Pagi sebab hantar anak dan isteri ke sekolah dulu (wife cikgu) dan petang jam 5 nak ambil mereka pulang.
Malam kadang lepas isyak keluar lagi sampai jam 12 tengah malam. Makan biasa lepas peak hour pagi, dalam jam 9 – 10 pagi RM10, tengah hari dalam jam 3 RM10.
Total Kos
Jadi berapa Total Kos harian saya?
- Minyak RM60
- Sewa RM65
- Komisyen RM25
- Makan RM20
Total harian RM170 kos, waktu kerja sekitar 12 jam sehari. Collection RM250. Untung harian RM80. Tak banyak pun RM80 sehari ni sebab bukan hari – hari kita capai target. Nak lebih lagi kena usaha lebih.
Macam kawan saya yang buat grab, kadar sewa bezza RM450 seminggu, makan RM30, minyak 50, komisyen 22%. Beliau kena kerja 15 jam sehari dan pulangan sekitar RM100 – RM120 sehari.
Untuk kereta 5 seater sebenarnya kurang berbaloi berbanding rakan di FB yang bawa Alza 7 seater. Kadar tambang 7 seater di Grab lebih tinggi berbanding 5 seater.
Rakan FB Kim Maznah selalu show off pendapatan beliau bawa Grab, ID dan Bolt sekitar RM450 ke RM550 sehari.

Di Grab juga selain 5 seater, 7 seater, terdapat juga tambang untuk kereta mewah yang bawa ahli perniagaan. Jadi harga lebih tinggi. Berbanding ID yang mana tiada pengkelasan jenis kereta. Jadi tambang semuanya sama saja.
Sebenarnya mereka ada untuk 7 seater, namun mereka juga boleh tengok job untuk 5 seater juga.
Ini yang buat job semakin susah untuk 5 seater. Pelanggan pasti suka dapat kereta Honda HRV, Alza, Innova, Ixora pada harga 5 seater.
Jadi pendapat saya tidak berbaloi sewa kereta 5 seater untuk buat job grab driver. Tapi sangat berbaloi jika sewa kereta 7 seater.
Banyak job Airport kalau kereta 7 seater ni. Kadar tambang juga lebih tinggi. Tempoh kerja juga pendek bila dah capai target. Untuk kadar sewa Alza adalah RM550 ke RM600 seminggu.
Cara Sewa Kereta Untuk Grab
Dalam FB ada banyak, saya pernah sewa dari Easy Rides dan service mereka boleh kata ok jugalah. Jangan mudah tertipu dengan tawaran.
Dalam FB kereta nampak cantik, bila datang tak sama conditionnya. Saya guna easy rides mula – mula. Saga RM390 seminggu.
Lepas tu pulang kereta sebab raya tak jalan, sewa tetap jalan. Lepas raya terjerat dengan company apa saya tak ingat. Harganya RM250 minggu pertama Bezza. Lepas tu RM350 seminggu.

Keadaan kereta teruk. Seat driver tak boleh adjust, enjin tak hidup. Walau duit dah bayar. Bila minta refund tak mahu bagi sebab katanya dah masuk system.
Saya tak ambil pun kereta tu, tapi berhati – hati dengan harga RM250 1st week dan RM350 minggu berikutnya. Itu memang scam teruk.
Join group whatsapp persatuan ehailling, biasa ada post di Group FB. Tanya dengan member dalam tu pasal khidmat sewa kereta yang mereka ambil. Harga bezza biasanya RM450 dan Axia RM430 begitu. Ini pun belum tentu tiptop condition keretanya.
Ada juga yang menawarkan sewa beli kereta dengan harga RM450 seminggu selama 5 -7 tahun. Bila kira balik harganya lebih RM100,000 anda kena bayar.
Saranan Saya
Jika anda benar – benar serius nak apply jadi Grab Driver, tapi tiada kereta boleh guna cara ini.
- Sewa 6 bulan, buat kerja dengan tekun dan berdedikasi.
- Penyata Bayaran Grab laku untuk buat loan bank, gunakan ia untuk apply kereta 2nd hand di carsome dan lain – lain used car
- Cari kereta 7 seater untuk pendapatan lumayan. Kalau sehari RM500 dengan bulanan RM600 memang berbaloi sangat.
- Umur kereta bawah 15 tahun boleh apply, kalau used car macam carsome condition dah tiptop. Used car tak ternama susah sikit.
- Jangan fokus kereta 5 seater atau basic driver. Kalau suka 5 seater ambil kereta mewah macam VW dan sedan segment C, kereta baik pelanggan premium, harga pun premium.
Penjagaan & Maintenance Kereta
Kereta sewa ni walaupun katanya Maintenence mereka buat, sering kali ia indah khabar dari rupa. Biasanya anda dapat kereta yang dah kena lenjan habis – habisan, kadang exober bocor, tayar botak, bunyi sana sini, enjin gegar walaupun kereta baru. Test drive penting.
Ada juga yang suruh kita tukar tayar sendiri dan cuma cover harga RM50 sebiji. Sedangkan harga tayar baru RM170 begitu. Kereta sewa untuk grab ni diguna dalam tempoh yang panjang, baru setahun mileage dah 100,000 serious! Jadi pilih yang terbaik.

Untuk kereta basic susah anda nak balik modal. Perkara yang saya boleh saran adalah gunakan Cycopro X10 semasa memandu. Dia bagi penjagaan enjin dan rasa smooth bila bawa. Bunyi bising kereta mileage tinggi boleh dikurangkan.
Dapatkan Disini : Cycopro X10
Baca Juga : Berapa Pendapatan Kasar Pemandu Grab
Ketenangan semasa memandu, rating baik juga penting untuk dapat job yang baik. Bagi ramai pemandu rating yang tinggi bermakna banyak job boleh dapat. Kalau rating rendah grab kurang bagi job.
Cycopro 10 ni teknologi german yang bantu tingkatkan prestasi enjin. Selain tu ia jaga enjin, jimatkan minyak. Masa service kereta biasanya 2 ke 3 bulan sekali.
Masa masuk minyak hitam baru tulah waktu paling baik untuk tuang cycopro bersama. Pasti perjalanan lancar dan kurang bermasalah. Untuk kereta biasa pun boleh guna.
Ia bukan fokus pada pemandu grab sahaja. Semua jenis kereta berusia lebih 3 tahun patut gunakan cycopro x10 untuk kereta. Ada juga Cycopro X5 untuk motosikal.
Kita Masih Lagi Bermimpi
Dulu – dulu kita selalu dengar jika jadi pemandu grab ni untung banyak, boleh pungut RM600 sehari dengan kereta. Betul tapi itu sebelum munculnya banyak ehailling baru.
Lebih tepat sebelum PKP harga grab car memang mahal. Perjalanan 10km harga RM25 memang biasa. Tapi masa itu teksi sangat susah. Kalau dalam KL Selangor bertumpu pada kawasan bandar sahaja. Maka pilihan kebanyakkan orang adalah grab dan ehailling lain.
Tapi masa ini apa yang berlaku tiada lagi monopoli grab, tiada lagi tambang mahal. Dulu ramai orang boleh jana pendapatan tinggi dengan grabcar sebagai grab driver. Lepas PKP kadar penganguran tinggi orang mulai buat ehailling.
Tapi lama – lama jumlah driver semakin ramai berbanding jumlah pelanggan. Itu yang menyebabkan Grab bukan lagi bisnes premium. Tidak lagi menjana ekonomi.

Kehadiran syarikat ehailling seperti ID dengan harga berpatutan menyebabkan grab akhirnya akur untuk turunkan harga. Kini sebenarnya ehailling no satu di pegang oleh ID.
Puncanya kerana harga yang berpatutan dan konsep tawar menawar. Cuma kekurangan ID, ia tiada kelas harga untuk kenderaan mewah.
Grab untuk kenderaan mewah sahaja yang masih dilihat mampu berikan penawaran yang baik. Dan jika anda tanya saya berbaloi ke sewa kereta grab saya akan jawab tidak lagi.
