Sedanag bercadang beli kereta second hand? Tunggu dulu jangan tergesa – gesa. Pastikan anda baca dulu 22 checklist yang kami sediakan untuk anda yang nak beli kereta terpakai.
Nanti anda boleh bookmark artikel ini dan kemudian bawa checklist ini semasa nak beli kereta second hand. Jadi tanpa berlengah masa, jom kita mulakan.
Table of Contents
22 Checklist Beli Kereta Second Hand
Artikel panduan beli kereta second hand ini kami terbitkan memang untuk anda. Tapi pada masa sama saya juga nak ajak tuan puan pembaca sekalian untuk tengok produk kami iaitu Cycopro X10 untuk kereta. Lebih tepat untuk kereta yang berusia 3 tahun keatas.

CYCOPRO X10 ini diguna untuk menjaga dalaman enjin kereta, mengurangkan geseran yang menjadikan kereta macam baru overhaul enjin. Senyap dan tingkatkan prestasi.
Dalam checklist ini kami akan pecahkan kepada beberapa perkara seperti harga, tahap enjin, gred kereta dan banyak lagi. Jom kita mulakan.
#1 – Test Drive Kereta Terpakai
Ramai orang suka membeli secara online. Ini menyebabkan ramai yang terlepas pandang bab test drive. Ada yang tengok report tentang kereta lepas tu dah berpuas hati.
Menurut para salesman report on paper ini boleh di adjust dan ramai orang mudah tertipu. Ada juga yang test drive sekejap saja kurang 10 minit, pusing – pusing area used car tersebut.

Kalau kereta baru orang test drive untuk nak tahu keselesaan dan kelancaran pemanduan, kereta baru memang tiada rosak. Tapi kalau kereta second hand anda wajib test drive lebih setengah jam dan sekurangnya 3 kali.
Kata Youtuber Automotive Hasbullah Syarah, beliau test drive sampai 6 kali. Pertama dia bawa sendiri, kemudian bawa family, kemudian, bawa naik highway dan bermacam lagi test dibuat.
Kerana menurutnya nanti kita juga yang nak kena bayar tiap bulan. Anda yang bayar tuan puan, takkanlah anda nak ambil kereta yang rosak. Namun minta salesmen kebenaran untuk meminjam bagi tujuan tersebut. Buat appointment awal untuk test drive kereta.
#2 – Tidak Survey Harga Kereta Trade In
Ini sesuai untuk mereka yang bercadang untuk tukar kereta dengan cara trade in kereta sendiri dan beli kereta idaman. Ramai sebenarnya yang menunjukkan rasa teruja apabila lihat kereta idaman.
Salesman biasanya akan lihat tanda – tanda ini apabila anda menunjukkan keterujaan pada sesebuah kereta di showroom mereka. Mereka cenderung untuk membeli kereta anda pada harga paling rendah.

Anda seharusnya tak perlu tunjuk rasa teruja. Sebaliknya bersikap normal, buat biasa dan elak memberi info seperti, saya minat sangat kereta model ni.
Anda boleh survey dulu nilai kereta anda di website seperti Mudah.my, Carlists, Carro dan sebagainya. Semak model dan tahun keluaran. Seller biasanya ambil untung sekitar RM4000 ke RM5000 bagi sesebuah kereta.
Jadi tolak harga RM5000 dari listing tersebut, barulah anda tahu nilai kereta anda untuk trade in. Sekiranya pihak used car beri range harga mungkin kurang atau lebih RM1000 itu bermakna mereka jujur.
Jangan pula anda dah tahu nilai kereta anda sekitar RM20,000 tetapi salesman beri harga RM13,000 untuk trade ini dan anda bersetuju. Untuk kereta yang nilainya RM20,000 jika trade in, biasanya dijual pada harga RM25,000.
#3 – Terpana Harga Murah

Jika anda bergaji sekitar RM4000 dan ada kelayakan untuk beli kereta Myvi baru, better beli saja yang baru. Elakkan beli kereta sama yang umurnya kurang 5 tahun. Ini kerana interest kereta baru lebih murah berbanding kereta second hand.
Mari tengok kira – kira ini
- Interest kereta baru sekitar 2.5% ke 3.5%
- Interest kereta second hand sekitar 4% ke 8%
- Harga kereta baru On The Road – Termasuk Insurance dan Roadtax RM61,500.
- Untuk 3% interest anda bayar keseluruhan RM76,605
Harga kereta second hand sudah guna 3 tahun RM53,000 OTR.
- Interest katalah 6%.
- Yuran Pemprosesan RM1000, kos tukar nama di Puspakom juga belum termasuk.
- Katakan harga dengan insuran adalah RM56,000.
- Interest pula 6% untuk tempoh 9 tahun bersamaan RM30,240.
- Jumlah keseluruhan anda bayar RM86,240. Beza sebanyak RM10,000.
Kedua – dua pengiraan ini adalah untuk ansuran 9 tahun. Sudah tentu bulanan kereta second hand adalah lebih tinggi.
#4 – Terlupa Masukkan Harga Insurance Dan Road Tax

Pada pengiraan harga point no #3 harga dah termasuk Insurance dan Roadtax. Tapi ada sesetengah seller memang tidak nyatakan kos tersembunyi seperti:
- Yuran Pemprosesan RM1000 – RM2000
- Tukar Nama Di Puspakom
- Jumlah Interest
- Insurance dan Cukai Jalan
Ini kerana mereka yang mendapatkan kereta second hand biasanya mempunyai masalah seperti gaji kecil, tiada tolakan kwsp atau blacklist. Suka atau tidak option ini yang jadi pilihan mereka.
Jadi point no #3 dan #4 sangat berkait rapat. Anda mungkin pokai untuk bulan tersebut.
#5 – Tidak Buat Pre Purchase Inspection
Dalam bahagian no 5 dan seterusnya kita akan tengok banyak perkara lagi tentang perkara ini. Pre Purchase Inspection ni ada used car benarkan dan ada juga yang tidak benarkan.

Ia adalah satu kaedah untuk kenalpasti masalah yang mungkin anda hadapi selepas memiliki kereta ini. Jadi anda boleh bawa orang yang tahu untuk tengokkan kereta ini. Biasanya pomen keretalah.
Atau anda juga boleh bawa ke workshop untuk buat inspection. Nanti workshop akan beri report tentang keadaan kereta. Kegunaannya report ini adalah bertujuan untuk minta nego harga sekiranya kereta alami kerosakan yang perlukan anda repair kelak.
Point seterusnya adalah perkara yang anda boleh pastikan sendiri jika ingin buat semakan sendiri. Namun yang ini untuk lihat sama ada kereta sudah pernah accident atau berendam air banjir. Anda pasti tak mahu setiap bulan terpaksa bayar kos repair yang pelbagai.
#6 – Lihat Pada Cat Kereta
Lihat pada bahagian sisi kiri, kanan, depan dan belakang kereta. Sekiranya terdapat perubahan warna cat yang ketara. Jika pada sebelah kiri, bermakna mungkin pernah dilanggar pada sisi tersebut.
#7 – Buka Bonet Depan Lihat Pada Wheel Housing
Iaitu pada body kereta yang menempatkan tayar depan. Jika lekukan pada wheel house ini telah hilang, kemungkinan besar ia pernah accident pada bahagian itu.

#8 – Body Original Akibat Accident Atau Banjir
- Pastikan panel depan adalah masih original
- Bonet depan, belakang masih ada lekukan dari kilang dan tidak ada kesan simen
- Cek air radiator, pastikan tak berkarat. Pastikan airnya jernih.
- Cek besi sukatan paras minyak hitan, pastikan minyak hitam tidak berbuih. Jika berbuih ada kemungkinan enjin pernah tenggelam sebab banjir
- Lihat body frame dalam enjin pastikan tiada yang berkarat atau bekas simen. Ini tanda ia sudah accident.
- Semak marking biasanya warna kuning atau silver pada parts didalam enjin.
- Cek gam pada bumper belakang pastikan masih ada, cara semak kena keluarkan barang dalam bonet dan lapik. Tempat di mana tayar spare disimpan.
- Selain itu perhatikan lekukan pada dalam kawasan simpanan tayar spare. Jika sudah senget atau ada kesan simen dan berkarat itu tanda sudah pernah accident.
- Bahagian dalam kereta kena tengok juga. Pastikan kurang calar kerana jika kurang cantik harga juga akan lebih murah
- Tarik seat belt sampai habis untuk pastikan tiada kesan lumpur, jika ada kesan lumpur itu bermakna kereta banjir
- Buka aircond paling kuat, pastikan tiada bau pelik kerana ia berkait rapat dengan cooling dan kerosakan pada aircond.
- Tarik getah pealer pada pintu untuk lihat frame pintu, jika pernah accident tulang frame ini pasti berkarat.
- Tutup bonet belakang untuk lihat sama ada ia ditutup rapat dan sekata.

#9 – Tengok Meter Dan Buku Service
Tengok meter mileage dan buku service. Sesetengah kereta ada jaminan sehingga 5 ke 8 tahun.
Contohnya mileage tulis 47,000 km dan dalam buku service tunjukkan last service 44,000km maknanya maklumat ni tally. Ini boleh elakkan sesetengah salesman ubah meter. Contoh mileage dah 100,000km tetapi di ubah ke 40,000.

Masalah ini sebenarnya akan berkait pada enjin, pada 100,000km enjin dah banyak yang perlu diservice dan akan mulai ada banyak tear and wear yang tinggi.
#10 – Kesilapan Segan Untuk Berkata Tidak
Kadang – kala memang masalah besar juga ni. Anda dah buat banyak semakan dan anda tidak berpuas hati sebenarnya dengan keadaan kereta. Mesej juga dah panjang lebar tetapi anda segan untuk berkata tidak jadi ambil.
Pada part penjual pula mereka dah push banyak kali sampai akhirnya anda tak sanggup hampakan penjual yang bersungguh.
Jangan malu untuk berkata tidak dan tetaplah dengan keputusan anda. Sebabnya nanti anda juga yang nak bayar bulanan. Anda juga yang nak kena hadap seandainya kereta breakdown ketika memandu. Pilihan di tangan anda.

Penutup
Sebelum sampai pada penutup saya ingin sekali ingatkan anda yang produk kami Cycopro X10 sangat bersesuaian untuk penjagaan kereta yang telah berusia.
Ia menjaga dalaman enjin, membentuk satu lapisan perlindungan supaya bahagian dalaman enjin kurang bergeser. Lama kelamaan enjin akan jadi lebih senyap dan kurangkan masalah berkaitan enjin.
Bila keadaan enjin pada tahap terbaik, ia bekerja dengan lebih lancar sehingga boleh menjimatkan lebih banyak wang.
Jom Dapatkan : CYCOPRO X10 For Car
Ada Juga : CYCOPRO X5 For Motorcycle
Baca Juga : Senarai Minyak Enjin Laku Keras Di Shopee
Ada situasi anda rasa sesebuah kereta second hand tu dah ikut bajet anda. Dan bagi sesetengah salesmen pula mereka tidak kisah untuk ambil kereta yang sudah pernah accident atau banjir.
Ini kerana semua masalah itu banyak boleh diselesaikan. Tetapi perkara yang tak best buat pembeli adalah penjual mengclaim kereta tersebut sebagai Gred A dan bila anda cek ternyata ia sudah berada ditahap Gred C.
Ini yang menjadi masalah kerana harga mungkin menjadi sebab sebenar. Anda dikenakan harga kereta second hand gred A untuk kereta gred C.
Ini pilihan anda sendiri, dengan adanya pre purchase report atau dari checklist diatas sebenarnya adalah guide yang anda perlu tahu sebelum beli kereta terpakai.
Dari situlah anda boleh tentukan kualiti kereta dan seterusnya nego harga yang lebih bersesuaian. Itulah dia semua checklist yang boleh anda ikut sebagai panduan beli kereta second hand.
