Sedang survey minyak hitam kereta fully synthetic terbaik? Dalam senarai ini kami akan senaraikan 10 minyak pelincir kereta fully synthetic yang mendapat jumlah review dan jualan tertinggi di Shopee Malaysia.
Kami di pihak Cycopro Asia Official akan cuba bantu anda memahami perkara berkaitan minyak hitam kereta. Jika terdapat kesilapan fakta sila komen dibawah.
Table of Contents
Minyak Hitam Kereta
Okey dalam artikel ini kami akan ambil 10 senarai yang meliputi dari berbagai jenis kelikatan. Dan kami akan ceritakan juga tentang cara memahami kod kelikatan minyak pelincir kereta. Bila anda faham tentang cara melihat barulah anda akan sedar kegunaan terbaik untuk kereta anda.
SAE Grade
SAE Grade ni adalah label yang perlu anda semak semasa ingin membeli minyak pelincir. Dimana biasa ditandakan dengan SAE 0W-20, 10w-30 dan lain -lain.
Untuk info tanda ini menunjukkan kelikatan minyak apabila suhu luaran enjin. Iaitu ia berkait dengan cuaca disesuatu negara. Untuk tanda seperti 0w atau 10w itu bermaksud winter dan diakhiri dengan -20, -30 dan -40 pula adalah tahap ketebalan minyak pelincir apabila berlaku kepanasan dalam enjin.
Secara amnya untuk kereta ekonomi dengan 1500cc kebawah, ia di pandu maksimum sekitar 120km ke 150km per hour tidak memerlukan kelikatan yang tinggi. Ini kerana ia biasanya adalah untuk kereta perfomance yang kelajuan 200kmph keatas.
Kelikatan yang lebih tebal diperlukan untuk protect permukaan enjin didalam chamber pembakar yang memanas semasa kereta memecut.
Sebenarnya di Malaysia, kita tak perlu risau kerana penggunaan SAE Grade ini lebih terpakai di negara yang mempunyai iklim 4 musim. Untuk negara kita, mana-mana pun okey asalkan ia adalah minyak pelincir original.
Dalam semua jenis minyak hitam dibawah adalah mempunyai SAE Grade nya sendiri.
Jenis Minyak Hitam Kereta
Namun sebelum bermula ada baiknya kita ketahui jenis minyak pelincir. Terdapat minyak pelincir fully synthetic, semi synthetic dan mineral oil. Teruskan baca untuk fahami kesemua jenis minyak hitam ini.
Fully Synthetic Oil
Minyak fully synthetic adalah mengandungi campuran bahan aditif 100%. Bahan aditif ini bertindak melindungi enjin terutama semasa suhu tinggi dan suhu rendah supaya lebih optimal dalam setiap keadaan.
Dengan kata lain ianya meningkatkan kuasa secara efisien dalam pemanduan kereta anda tidak kira dalam suhu rendah mahupun tinggi.
Untuk kegunaan minyak fully synthetic ia boleh bertahan selama 6 bulan atau 10,000km; ikut yang mana sampai dulu.
Harga minyak hitam fully synthetic biasanya lebih tinggi dan banyak digunakan pada kereta mewah baru dan juga kereta ekonomi. Ia lebih baik untuk kereta baru kerana sangat eficien pada permukaan enjin yang masih belum mengalami calar.
Semi Synthetic
Minyak Semi Synthetic biasa paling popular dikalangan marhean yang mana harganya lebih ekonomi berbanding fully synthetic. Untuk minyak hitam semi, ia mengandungi campuran mineral oil dan bahan aditif.
Harga memainkan peranan dan kegunaannya sesuai untuk kereta baru dan kereta lama, lebih 10 tahun. Kegunaan pula adalah sekitar 4 ke 5 bulan. Tapi dalam kebanyakkan keadaan hal berkaitan minyak pelincir ini dikira dalam 6 bulan service. Jarak pemanduan pula adalah sekitar 7000km ke 8000km.
Mineral Oil
Mineral Oil pula adalah minyak yang mengandungi 100% mineral. Kebiasaan mekanik bengkel jarang menjual minyak jenis ini bukan kerana murah tetapi tidak sesuai untuk prestasi.
Apa yang diharapkan setiap pemandu adalah kelancaran semasa menekan padel minyak. Jadi minyak jenis mineral oil ini sangat jarang digunakan pada kereta baru walaupun boleh. Ia lebih sesuai untuk kereta lama yang mudah meragam.
Kegunaan sebelum service penukaran minyak hitam seterusnya adalah 5000km atau 3 bulan sahaja.
Harap anda faham tentang 2 perkara diatas iaitu berkaitan dengan SAE Grade dan juga jenis minyak hitam kereta. Seterusnya tanpa berlengah, jom lihat 10 jenama minyak hitam kereta fully synthetic terbaik di Shopee.
Minyak Hitam Kereta Fully Synthetic Terbaik Di Shopee
Tempat pertama, kedua dan ketiga diungguli dengan Jenama Bold. Untuk info Bold ni sebenarnya adalah minyak pelincir yang terpakai. Ia di tapis dan dirawat semula. Kemudian barulah ia dicampurkan dengan bahan aditif.
1. 5W-40 Bold Fully Synthetic
Seperti anda dapat lihat diatas, faktor harga nampaknya memainkan peranan penting dan kenapa rakyat memilih jenama Bold ini. Dan paling penting minyak jenis 5W-40 adalah yang pertama. Ini untuk kereta seperti proton, honda, toyota dan nissan.
Grade 5w-40 ni kebanyakkan adalah untuk kereta Segment C seperti accord, corolla dan juga kereta mewah.
2. 5W-30 Bold Fully Synthetic
Tempat kedua adalah Bold 5w-30 yang mana ini sesuai untuk kereta yang dipandu harian seperti proton persona, perodua alza, honda city dan toyota vios. Ia tidak menggunakan kelajuan melebihi 150km per hour.
3. 0W-20 Bold Fully Synthetic
Tempat ketiga pula adalah Bold 0w-20 yang mana ia sesuai untuk kereta ekonomi dari jenis kereta kompak seperti Perodua Axia dan Myvi dengan cc kereta bawah 1.3cc.
4. Brooklyn API SP 5W-40 4L Fully Synthetic
Brooklyn Lubricants merupakan syarikat pembuat minyak hitam kereta dan juga boleh didapati pada harga yang cukup murah iaitu sekitar RM40 untuk 4 liter.
5. Petronas Syntium 3000 SE 5W-30 4L Fully Synthetic Engine Oil
Ditempat kelima adalah dari jenama Petronas yang merupakan minyak pelincir keluaran Malaysia. Ia sesuai untuk kereta – kereta ekonomi dari perodua, proton dan honda city seumpamanya.
6. MOTION 5W-40 4 Liter Fully Synthetic Engine Oil
Jenama Motion ini memang sudah lama dan terkenal dalam pasaran minyak hitam kereta dan motor. Ia duduk tempat keenam dalam senarai ini.
7. TRIMOLY X 5W-40 Fully Synthetic Engine Oil
TRIMOLy X adalah produk tempatan yang mulai dikenali ramai. Lihat sahaja ianya mampu duduk dalam carta 10 minyak hitam kereta fully synthetic terbaik yang laku keras di shopee.
8. (Petronas) Proton 5W-30 4L Fully Synthetic Engine Oil
Jika anda pengguna kereta proton, jenama ini sudah tidak asing lagi untuk kereta anda. Ia adalah minyak pelincir yang biasanya boleh didapati di pusat servis proton. Harga di pusat service ada yang mencecah RM150 sedangkan jika beli di shopee harga bermula RM83. Satu penjimatan yang cukup banyak.
9. MOTION 5W-30 4L API SP Fully Synthetic Engine Oil
Tempat ke sembilan adalah dari jenama Motion lagi tetapi SAE Grade adalah 5W-30. Minyak jenis ini adalah untuk kereta ekonomi dengan cc 1600 kebawah.
10. VTAG API SP 5W40 4L Fully Synthetic Engine Oil
Berdasarkan carian kami minyak pelincir jenama VTAG ini adalah sebuah jenama baru dalam pasaran. Baru tak baru pun dalam 5 tahun sudah beroperasi. Minyak VTAG ini berada ditempat 10 pertama jualan laku keras di shopee.
Itu adalah detail penuh tentang senarai 10 jenama minyak hitam kereta fully synthetic terbaik berdasarkan jualan di shopee. Jika anda lakukan survey ke laman shopee, sudah tentu soal harga main peranan.
Dari pemerhatian kami antara faktor orang membeli adalah
- Harga Murah
- Fully Synthetic
- Review 4.8 Bintang Keatas
Walaupun semasa kami buat senarai ini adalah pertengahan bulan namun ia sedikit sebanyak diharap dapat memberi gambaran tentang carian anda. Yang mahukan minyak synthetic pada harga yang murah.
Kelebihan Aditif Kereta
Bahan Aditif atau apa yang dikenali sebagai Fully Synthetic pada label minyak hitam anda adalah KEPAKARAN KAMI. Bagi yang belum tahu, produk kami CYCOPRO X5 untuk kenderaan jenis Motorsikal dan CYCOPRO X10 adalah untuk kereta.
Kedua – dua produk ini merupakan bahan aditif yang boleh ditambah ke minyak enjin anda. Sebagai contoh selama ini anda hanya mampu guna semi synthetic oil, dengan guna penambah aditif, kereta atau motosikal anda pasti rasa macam enjin baru.
Jika dah biasa dengan Full Synthetic sudah tentau tahu kelebihan yang dibawakan. Cumanya CYCOPRO ni menjadikan kenderaan anda lebih baik dan seterusnya dapat memanjangkan hayat enjin. Sebab utama guna CYCOPRO kerana ia melindungi enjin.
Anda boleh lihat senarai Produk Kami di bawah
Dapatkan CYCOPRO X5 & X10
Untuk Kereta : CYCOPRO X10
Untuk Motorsikal : CYCOPRO X5
Baca Juga : Senarai Kereta Jimat Minyak
Penutup
Dari pemerhatian kami kebanyakkan produk yang duduk pada 10 teratas minyak hitam kereta fully synthetic terbaik adalah kerana ia murah. Faktor kedua kerana fully synthetic dan faktor ketiga sudah tentu promosi dan branding syarikat.
Sebaik manapun sesuatu produk yang terdapat dalam pasaran, pastinya jika tiada promosi, sudah tentu sukar ianya ditemui dalam list diatas. Ia banyak di ungguli oleh syarikat tempatan dan yang sudah ada nama seperti Petronas. Walau jenama seperti petronas, harganya sedikit tinggi tetapi kerana pengguna membayar setanding nilainya.