Senarai Barang Keperluan Rider Delivery

Senarai Barang Keperluan Rider Delivery

Pada artikel kali ini, kami akan senaraikan senarai barang keperluan rider delivery yang sesuai dibeli bagi mereka yang baru menceburi bidang ini.

Semenjak menjelang musim PKP, ramai yang telah memilih untuk menjadi rider delivery. Untuk rider baru, sememangnya anda mungkin tidak mempunyai persediaan kerana anda baru sahaja menceburi bidang kerja sebagai seorang rider.

Namun bagi rider delivery yang telah lama bekerja, mereka semestinya mempunyai barangan keperluan yang sentiasa dibawa dan digunakan setiap hari.

Senarai Barang Keperluan Rider Delivery

1.

Rangka Beg Delivery

Bagi rider delivery, anda sememangnya akan mempunyai delivery bag untuk menghantar barang. Tapi, ada sesetengah keadaan dimana rangka beg tersebut telah patah atau tidak dapat digunakan lagi.

Jika keadaan ini berlaku, anda hanya perlu beli rangka delivery bag sahaja tanpa perlu membeli bag baru. Rangka ini hanya akan perlu dipasang pada beg sedia ada dan anda dapat gunakan semula beg tersebut.

2

Cover beg kalis air

Bila musim hujan, pening juga sebenarnya bila jadi rider delivery ni.

Mana taknya, bila hujan kena beg; maka dah jadi satu hal pulak nak kena tunggu beg kering. Lepastu barulah dapat teruskan semula kerja delivery.

Tapi dengan adanya cover beg kalis air ni, rider delivery dah tak perlu risau lagi. Harga cover ni sangat berpatutan dan semua rider delivery seharusnya ada cover beg ni supaya dapat lindungi beg semasa musim hujan.

3

Bila jadi rider delivery, phone holder antara peralatan yang sangat penting. Tambah pula bila perlu gunakan masa nak cari rumah penerima.

See also  5 Important Things To Check Your Ride Before Balik Kampung

Memang susah sebenarnya kalau nak harapkan tangan je pegang hanphone sambil cari alamat rumah penerima.

Jadi, phone holder yang kalis air ni sangat penting untuk semua rider delivery bagi memudahkan anda meletakkan handphone dan gunakan navigasi.

4

Walaupun phone holder kalis air dah ada, masih rasa macam tak cukup kan? Sebab mana tahu, kalau tiba-tiba casing tu bocor. Tak pasal-pasal masuk air sampai melimpah terkena handphone korang.

Sebab tu banyak jenama penghantaran makanan dah mula sediakan payung mini untuk handphone rider. Untuk yang tak dapat payung mini ni, anda juga boleh beli sendiri di Shopee.

Sebenarnya, payung ni bukan saja untuk melindungi dari hujan. Tapi turut berguna untuk atasi silau matahari.

5.

Bandana Headscarf

Menjadi seorang rider delivery memang memenatkan. Tambahan lagi apabila cuaca terlalu panas dan anda perlu sentiasa memakai helmet pada masa tersebut.

Sebab itulah ramai rider delivery akan memakan bandana headscarf supaya helmet tidak basah dengan peluh. Bila dah berpeluh, confirm helmet akan berbau.

Sebab itulah untuk keselesaan, ramai rider delivery yang akan memakai bandana headscarf semasa menghantar makanan.

6

Tali Getah Ikat Beg

Kalau anda perasan, ramai yang akan ikat tali getah pada beg. Yelah, bila beg dah lama digunakan, kedudukan beg delivery juga akan jadi tak stabil apabila dah terlalu lama diletakkan di atas seat motosikal.

Jadi untuk mendapatkan kestabilan, rider delivery akan gunakan tali ikat beg untuk memastikan kedudukan beg delivery terletak elok pada sear motosikal.

7. Arm Sleeve Cover

Arm sleeve cover ni tidak kurang pentingnya untuk rider delivery.

Setiap masa, anda akan mengharungi cuaca panas dan hujan. Bila cuaca panas, bahang tu memang sampai ke kulit.

See also  5 Tips Beli Motosikal Pertama

Sebab itulah arm sleeve cover ni penting untuk keselesaan rider delivery semasa menghantar makanan.

8. Glove / Sarung Tangan Motosikal

Selain itu, glove juga amat penting pada rider delivery supaya mereka dapat mencengkam handle motosikal dengan lebih kuat.

Apabila sudah ride seharian, kadang-kadang tapak tangan juga akan jadi haus jika tidak dialas.

Walaupun nampak remeh, glove semestinya sangat membantu untuk memudahkan ride anda sepanjang hari.

9. CYCOPRO Friction Modifier

Friction Modifier ni digunakan untuk tujuan mmbantu memanjangkan hayat enjin motorsikal dan menjimatkan kos penyelenggaraan enjin motorsikal anda.

Cycopro ni juga dapat kurangkan masalah enjin bergegar dan memanjangkan hayat minyak enjin.

Sebagai rider delivery yang gunakan motosikal sepanjang hari, ada disarankan untuk menggunakan friction modifier ni supaya dapat mengoptimumkan prestasi minyak enjin anda.

Selalu kita dengar yang kebanyakan kereta ada memasang action camera.

Tapi jarang-jarang kita lihat yang motosikal pun turut memasang action camera pada motosikal mereka. Action camera ni sangat digalakkan untuk dipasang pada motosikal rider delivery.

Kenapa?

Kerana terdapat banyak kemalangan yang berlaku antara rider delivery dan kenderaan lain. Bila adanya action camera, anda dapat gunakan bukti ini untuk membuktikan sebarang kesalahan pemanduan yang anda tidak lakukan.

Jadi, tak salah untuk invest sedikit supaya senang di kemudian hari.

11. Powerbank

Powerbank sebenarnya sangat penting bagi rider delivery. Sebagai seorang rider delivery, anda seharusnya ada sekurangnya sebuah powerbank untuk mengecas handphone anda.

Tambahan pula, anda akan selalu gunakan navigasi untuk mencari alamat rumah penerima. Jadi, sangat mudah untuk handphone anda kehabisan bateri di tengah jalan.

Harga powerbank pada masa sekarang sangat murah dan tidak semahal semasa awal kemunculannya. Sebab itulah, berbaloi untuk anda beli powerbank khas untuk keperluan semasa melakukan kerja rider delivery.

See also  5 Motosikal Terbaik di Malaysia Pada 2022

12. Helmet Bluetooth Headphone

Semasa melakukan kerja rider delivery, menjadi keperluan untuk rider call penerima barang. Tapi sering terjadi masalah bila rider terpaksa memegang handphone dengan sebelah tangan semasa mencari rumah penerima.

Dengan adanya helmet bluetooth headphone, anda dapat menjawab telefon semasa ride dengan mudah. Kecanggihan teknologi masa sekarang dapat menjimatkan duit poket anda.

Anda tidak lagi perlu membeli helmet yang disertakan headphone!

Sebaliknya, anda boleh beli sahaja bluetooth headphone ni dan pasang pada helmet sedia ada yang anda telah gunakan. Lebih jimat kan!

13. Electric Portable Air Pump

Bila dah seharian gunakan motosikal sepanjang masa, ada kemungkinan jika tiba-tiba tayar motor anda kehabisan angin.

Sebab tu sekarang adanya electric portable air pump. Dengan saiz yang kecil, anda dapat bawa air pump ni di dalam storage motosikal anda.

Sekiranya tiba-tiba tayar motor anda kehabisan angin, senang ja untuk anda pump motor di tepi jalan tanpa perlu ke stesen minyak berdekatan.

Kesimpulan

Walaupun ada sesetengah barang yang ada di atas ni nampak remeh, tapi ketiadaan barangan ni memang akan menyukarkan anda sebagai rider delivery.

Jadi sebab itulah anda boleh cuba pertimbangkan untuk dapatkan barangan di atas untuk keperluan harian anda.

Shopping Cart