Motosikal memang menjadi pengangkutan yang penting bagi setiap orang. Disebabkan kos yang mampu milik dan lebih cepat, seringkali motosikal menjadi pengangkutan bagi kegunaan harian. Sebelum anda beli motosikal pertama, kenalpasti terlebih dahulu jenis-jenis motosikal yang ada di pasaran.
Setiap motosikal diciptakan untuk memenuhi kegunaan yang tertentu.
Table of Contents
Jenis-jenis motorsikal
Cruiser Bike
Motosikal cruiser merupakan motosikal yang sesuai bagi mereka yang sukakan penunggangan yang lebih santai dan sukakan gaya classy. Senang kata, bagi mereka yang gemar dengan konsep ‘old school’.
Selalunya, motor ini mempunyai bunyi ekzos yang sangat berbeza berbanding motor lain.
Antara cruiser bike terkini yang sering menjadi kegemaran di Malaysia ialah Honda Rebel 500.
Sport Bikes
Bagi yang sangat meminati untuk menunggang motosikal dengan laju, sport bike sepastinya akan menjadi pilihan anda.
Namun diingatkan, anda digalakkan untuk mencuba motosikal yang mempunya kuasa yang lebih rendah pada permulaan. Apabila anda telah biasa mengawal sport bike dengan kuasa yang rendah, barulah anda boleh mencuba untuk menunggang sport bike dengan kuasa yang lebih tinggi.
Untuk menunggang sport bike, anda perlu lebih peka dan pandai mengawal pergerakan motor. Hanya penunggang yang benar-benar cekap sahaja digalakkan untuk menunggang sport bike bagi memastikan keselamatan penunggang benar-benar berada dalam keadaan yang selamat.
Naked Bikes
Naked bike pula merupakan motosikal yang memiliki gaya penunggangan yang lebih menegak dan sangat sesuai dengan penunggang baru.
Motor jenis ini sesuai dengan penunggang yang masih dalam fasa awal mencuba untuk menunggang motosikal besar.
Touring Bikes
Jika anda sentiasa menghabiskan masa di atas motosikal, touring bike sememangnya diciptakan untuk anda. Motosikal jenis ini menjanjikan penunggangan yang sangat selesa.
Selain itu, touring bikes juga merupakan motosikal yang paling besar dan paling berat yang pernah ada di pasaran.
Jadi, touring bike bukanlah pilihan yang ideal jika anda hendak membeli motosikal pertama anda. Bagi motosikal jenis ini, ianya dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa dan berteknologi tinggi.
Pastinya motosikal ini sesuai untuk golongan yang lebih berpengalaman dalam menunggang motosikal.
Tips Beli Motosikal Pertama
1. Bajet Untuk Beli Motor Baru atau Motor Terpakai
Untuk beli motosikal pertama anda, pertama sekali anda perlu tentukan samada ingin beli motosikal baru atau motosikal terpakai.
Antara yang menjadi kriteria utama ialah dari segi bajet anda sendiri. Anda perlu kira semula berapa komitmen anda setiap bulan sebelum anda beli motosikal.
Selain itu, anda perlu masukkan sekali kiraan bajet anda dari segi:
- servis bulanan
- aksesori yang diperlukan
- kos jika berlakunya sebarang situasi yang tidak diduga
Bagi memudahkan anda, anda boleh baca berkenaan kelebihan dan kekurangan jika anda beli motosikal baru atau terpakai.
2. Pilih Motosikal Yang Sesuai Dengan Badan dan Ketinggian Anda
Antara kesalahan terbesar dalam pembelian motosikal ialah tidak membeli motosikal menurut badan dan ketinggian sendiri.
Anda disarankan untuk memastikan bahawa anda mendapatkan motosikal yang ergonomik untuk keselesaan semasa menunggang. Tangan anda haruslah mencapai pemegang motosikal dan mampu menggerakkan pemegang ke kiri dan kanan tanpa perlu menggerakkan kedudukan anda.
Bagi keselesaan kakai pula, kaki seharusnya dapat mencapai tempat letak kaki dan dapat mencapai brek kaki dengan mudah.
Macam mana nak tahu motor tersebut terlalu berat untuk anda?
Caranya ialah jika anda tidak dapat menolak motor atau mengangkat ke atas tongkat tengah motor, maknanya motor tersebut terlalu berat untuk anda.
Bagi mereka yang berbadan kecil, anda boleh cuba untuk membeli skuter keluaran Honda atau Yamaha di dalam kelas bawah 150cc. Kebanyakan masa, model skuter ini diciptakan khas untuk mereka yang berbadan kecil.
3. Kelajuan Motor
Untuk penunggang motosikal baru, anda digalakkan untuk menunggang motosikal moped yang mempunyai kuasa sekitar 110cc – 150cc. Kadangkala, motosikal moped ini perlahan bukanlah kerana ianya tidak dapat memecut laju.
Selalunya, ianya disebabkan oleh kurang pickup jadi akan ambil masa untuk memecut laju. Jadi, anda digalakkan untuk menggunakan Cycopro X5 yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi enjin.
Untuk penunggang baru, motosikal berkuasa tinggi sangat berbahaya untuk penunggang baru kerana anda mungkin masih belum cukup pengalaman untuk mengendalikan motosikal jenis ini.
4. Test Drive Dulu Sebelum Anda Beli
Ya! Anda pastinya perlu cuba tunggang dulu motosikal yang akan anda beli. Ketahui gaya anda dan cari motosikal yang sesuai dengan personaliti diri anda.
Namun, pastikan anda memilih motosikal yang praktikal dan berguna untuk anda berdasarkan gaya penunggangan anda.
Bagaimana cara untuk test drive motosikal?
Sebenarnya, tidak semua kedai motosikal menawarkan servis test drive. Anda perlu tanya kepada pemilik kedai samada kedai mereka menawarkan servis test drive ataupun tidak.
Selalunya, test drive hanya akan ditawarkan untuk model yang baru dikeluarkan seperti yang dilakukan oleh Boon Siew Honda. Setiap kali ada model baharu yang dilancarkan, pengedar mereka akan mengadakan kempen test drive selama beberapa hari untuk orang ramai.
Kesimpulan
Pastikan anda mengikuti tips membeli motosikal pertama untuk mengelakkan sesal di kemudian hari. Sebenarnya, ramai antara kita yang tidak mengikuti langkah yang sepatutnya sebelum membeli motosikal.
Kebanyakan pembeli akan membeli berdasarkan jenama motosikal yang terkenal. Tapi jangan diikut trend ini kerana anda yang akan menggunakan motosikal ini untuk kegunaan harian anda.
Jadi, sangat penting untuk anda benar-benar memilih motosikal mengikut keselesaan diri anda.
Untuk menambahkan prestasi minyak enjin bagi motosikal baru anda, anda juga boleh gunakan Cycopro friction modifier setiap kali menukar minyak enjin baru.