Minyak Enjin Terbaik Untuk Motosikal di Malaysia

Bila kita cakap berkenaan minyak pelincir untuk motosikal, sebenarnya masih ramai lagi pemilik motosikal yang masih confuse tentang cara sebenar untuk pilih minyak pelincir


Sebenarnya, minyak pelincir ini turut juga dikenali sebagai minyak enjin ataupun minyak hitam.

Kalau nak ikutkan, memang banyak betul label pada minyak pelincir. Tapi, apa sebenarnya maksud label pada botol minyak pelincir motosikal ni?

Maksud Label Pada Minyak Pelincir

Pertama sekali, jom kita kenalpasti dulu label utama yang selalu ada pada botol minyak enjin.

  • Kegunaan: setiap minyak pelincir akan menunjukkan kegunaan samada dalam bentuk tulisan, gambar atau kedua-duanya
  • Jenis / gred: mineral, semi sintetik, sintetik
  • Kelikatan: Kod awalan SAE yang diikuti oleh digit. Contohnya: 10w-40, atau 20w-50
  • Spesifikasi: Klasifikasi servis dan pengiktirafan OEM. Kebiasaannya dalam bentuk dua digit awalan S(*) dan juga JASO M(*)

1. Kegunaan

Setiap minyak pelincir mempunyai fungsi tertentu yang hanya sesuai dengan jentera tertentu sahaja. Antara sebab anda tidak boleh gunakan minyak pelincir kenderaan lain adalah kerana operasi enjin setiap kenderaan adalah berbeza.

Sebagai contoh, formula minyak pelincir antara motosikal dan kereta adalah berbeza. Kereta biasanya beroperasi pada ligatan atau rev enjin 2,000rpm – 4,000rpm. Namun motosikal pula memiliki rev yang lebih tinggi sekitar rev 6,000rpm – 8,000rpm.

Selain itu, minyak pelincir juga berbeza mengikut konfigurasi enjin kenderaan:

  • kebanyakan minyak pelincir dikhususkan untuk jentera 4-lejang jenis klac basah
  • minyak pelincir 2T untuk enjin 2-lejang
  • minyak pelincir khas bagi skuter automatik
See also  Bila Perlu Tukar Minyak Hitam Motor?

2. Jenis / Gred

Perbezaan antara minyak pelincir mineral dan sintetik ialah:

  • minyak pelincir mineral ialah minyak yang telah diproses daripada minyak mentah dan memiliki campuran molekul kimia berbeza
  • minyak pelincir sintetik ialah minyak asas dengan 100 peratus daripada campuran kimia di makmal

Antara sebab yang menyebabkan tempoh penyelenggaraan bagi minyak mineral lebih singkat ialah kerana dari segi perbezaan dari segi saiz molekul.

Jika anda seorang yang berdisiplin, sangat berbaloi untuk memilik minyak pelincir mineral atau semi sintetik kerana harganya lebih berbaloi. Dengan syarat, pastikan anda sentiasa berdisiplin untuk menukar minyak pelincir mengikut masa yang ditetapkan.

Tapi, jika anda seorang yang sukakan tempoh untuk menukar minyak pelincir dalam masa yang lama; maka anda boleh memilih untuk menggunakan minyak enjin sintetik penuh. Tapi harganya agak tinggi berbanding harga minyak mineral dan semi sintetik.

3. Kelikatan atau viscosity

Apa sebenarnya fungsi kelikatan minyak pelincir?

Sebenarnya, kelikatan dapat menentukan kadar aliran minyak pelincir ketika enjin beroperasi dalam suhu berbeza.

Minyak pelincir pada masa sekarang didatangkan dalam kelikatan multigred.

Sebagai contoh bagi SAE 10W-40:

  • kod 10W merujuk kepada gred kelikatan pada winter (musim sejuk, -25 darjah celcius
  • 40 ialah gred kelikatan pada suhu 100 darjah celcius

Semakin kecil nombor, maka semakin rendah kelikatan dan semakin tinggi aliran minyak pelincir di dalam enjin.

Tapi jika motosikal anda masih dalam keadaan standard, anda boleh terus gunakan minyak pelincir mengikut saranan pengeluar seperti yang tertera di dalam buku manual.

4. Spesifikasi

Cara untuk tahu jika minyak pelincir sesuai dengan jenis kenderaan yang dihasilkan ialah dengan merujuk kepada taraf klasifikasi servis.

Taraf klasifikasi servis untuk enjin petrol adalah menggunakan kod dua digit awalan S(*), dengan urutan abjad pada (*) dengan merujuk kepada taraf tahun tertentu. Antara kerap dijumpai untuk motosikal moden ialah klasifikasi API SJ/SL/SM seperti gambarajah di atas.

See also  7 Things Your Mechanic Won’t Tell You

Minyak Enjin Terbaik Untuk Motosikal

Setelah anda tahu berkenaan label yang tertera pada label botol minyak enjin, kami akan cadangkan beberapa minyak enjin terbaik untuk motosikal anda.

1. Yamalube High Performance Fully Synthetic 10W-40

  • direka khas untuk enjin 4-lejang
  • menggabungkan minyak asas vhvi berkualiti premium dengan bahan tambahan berprestasi tinggi
  • sifat kestabilan yang sangat baik untuk memastikan bendalir kekal dalam gred.
  • dapat membantu mengelakkan mikropit gear
  • kawalan luar biasa bagi memastikan kebersihan piston
  • kestabilan haba yang sangat baik untuk mengoptimumkan prestasi minyak enjin

2. Minyak motosikal Petronas Sprinta 4T F700

  • direka khas untuk enjin 4-lejang
  • menggabungkan minyak asas vhvi berkualiti premium dengan bahan tambahan berprestasi tinggi
  • sifat kestabilan yang sangat baik untuk memastikan bendalir kekal dalam gred.
  • dapat membantu mengelakkan mikropit gear
  • kawalan luar biasa bagi memastikan kebersihan piston
  • estabilan haba yang sangat baik untuk mengoptimumkan prestasi minyak enjin

3. Minyak Enjin Liqui Moly 10W-40

  • menjamin penggunaan minyak yang rendah
  • kestabilan ricih (shear) yang tinggi
  • rintangan haus yang tinggi
  • pelinciran optimum di bawah semua keadaan
  • dapat memberikan kebersihan enjin yang luar biasa
  • sangat sesuai untuk klac basah

4. Honda 4T Engine Oil SL 10W-30 MA

  • minyak Enjin motosikal 4T yang eksklusif telah dibangunkan oleh Honda R&D dalam keadaan tahan lasak yang sepatutnya.
  • menyempurnakan prestasi enjin dalam sebarang keadaan berjalan.
  • melalui bahan tambahan kalsium khas, mengelakkan gelinciran klac dan mengurangkan geseran enjin

Kepentingan Friction Modifier

Anda juga dapat memanjangkan hayat enjin motosikal dan menjimatkan kos penyelenggaraan enjin motosikal anda dengan menggunakan friction modifier.

Jika anda ada masalah seperti:

  • motor rasa bergegar & bunyi bising
  • motor kuat makan minyak
  • suhu enjin motor cepat panas
  • ekzos motor keluar asap putih,
See also  5 Important Things To Check Your Ride Before Balik Kampung

anda perlu menggunakan friction modifier bagi motosikal anda.

Cycopro Friction Modifier

Solusinya, anda boleh menggunakan CYCOPRO X5 bagi mengatasi masalah seperti di atas. CYCOPRO mampu untuk:

  • kurangkan geseran dan ware di dalam sistem pelinciran enjin
  • mengurangkan suhu panas enjin
  • optimumkan prestasi minyak enjin
  • melindungi dalaman enjin & memanjangkan hayat enjin
  • mengurangkan bunyi & gegaran dari enjin
  • memanjangkan hayat minyak enjin
  • meningkatkan prestasi enjin
  • membantu memastikan enjin lebih bersih
  • penukaran pedal lebih smooth & kuasa pecutan bertambah
  • rintangan kehausan (ware) & faedah pelinciran yang bagus
  • menambah baik kecekapan bahan api
  • risiko rendah untuk overhaul

Kesimpulan

Pastikan anda menggunakan minyak pelincir yang betul bagi motosikal anda. Anda juga digalakkan untuk menggunakan friction modifier bagi meningkatkan prestasi motosikal anda.

Shopping Cart