Tips Beli Kereta Baru

Tips Beli Kereta Baru Yang Ramai Abaikan

Keinginan memiliki kereta baru memang jadi kemestian pada mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Namun sebenarnya agak sukar nak cari tips beli kereta baru. Ini kerana anda mungkin terlalu teruja untuk mula memiliki kereta baru.

Jadi dalam artikel ini kami di CYCOPRO ASIA ingin bimbing anda. Inilah dia panduan dan tips beli kereta baru yang anda idamkan.

Ramai antara kita sering nak buat kejutan dengan membeli kereta. Hal ini juga berlaku kepada anak buah penulis yang tiba – tiba keluar kereta baru walaupun kerja tak sampai setahun. Umurpun baru sekitar 22 tahun.

Apa yang ada dalam fikiran mereka adalah bagaimana boleh memiliki kereta secepat mungkin selepas bekerja. Ramai yang belum mempunyai pekerjaan tetap bercita – cita nak beli kereta tanpa tahu perssediaan yang sepatutnya mereka fikir.

Tips Beli Kereta Baru

Anak muda yang sering berhadapan dengan masalah kekurangan bajet dan perbelanjaan. Mari kita kupas isu ini, adakah kereta di anggap sebagai lambang kemewahan atau untuk tujuan penting.

Golongan Gen Z zaman ini terlalu fomo dengan keadaan sekeliling. Melihat rakan – rakan sekerja yang sudah memiliki kereta membuat mereka terlalu teruja.

beli kereta

Dalam fikiran hanya fikirkan tentang perasaan hati yang ingin dilihat berjaya walau belum sepenuhnya mampu. Sering kedengaran anak muda yang baru tamat belajar dengan gaji bersih RM2000 ingin beli kereta jenama H. Sanggup nak bayar RM1000 sebulan tanpa fikir panjang.

Sampai merayu – rayu penjual kereta agar impian mereka dicapai. Sebenarnya jika ingin miliki kereta biarlah ada tujuan yang betul, bukan kerana nak nampak hidup dalam kemewahan dan suka dipandang tinggi.

Cara Pengiraan Bank

Pihak bank biasanya akan melihat pada gaji anda. Katakan RM2100 bersih. Ia akan dibahagi 3 dan 1 bahagian darinya itulah yang akan jadi jumlah kemampuan anda untuk bayar ansuran bulanan.

2100 bahagi 3 = 700

Jadi ini adalah jumlah maksima yang anda boleh untuk bayar kereta anda. Pun begitu sebaiknya elakkan ambil bayaran sehingga maksimum. Maksudnya jika bayaran sebulan boleh pergi RM700 cari kereta yang bukan bayaran RM700 sebulan.

Sebagai contoh jika anda sukakan kereta perodua myvi, elakkan ambil variant tertinggi.

harga myvi otr semenanjung malaysia

Diatas adalah harga OTR (On The Road) Perodua Myvi bagi tahun 2025

Kemudian kita tengok pula kadar interest yang dikenakan pihak bank

kadar interest bank

Sekarang kita nak pergi kepada cara pengiraan loan dan bayaran bulanan untuk 9 tahun

Pengiraan Interest Bank Dan Ansuran

Harga Kereta + Interest 2.35%

  • Harga Myvi 1.5L AV (Variant Tertinggi ) RM62,200
  • Interest Bank Islam 2.35% RM1461.70
  • Interest darab jumlah tahun 1461.70 x 9 tahun = RM13,155.30
  • Harga kereta RM62,200 + Interest RM13,155.30 = RM75, 355.30
  • Total Loan RM75, 355.30 bahagi 108 bulan = RM697.73 / Dibundarkan jadi RM698 sebulan selama 9 tahun
See also  What’s the Differences Between A Hybrid and Electric Car?

Secara amnya untuk gaji bersih RM2100 sebulan anda layak untuk variant tertinggi. Jika anda pendekkan kepada 7 atau 5 tahun harga ansuran akan jadi lebih tinggi.

Jika lebih tinggi dari kadar ini, semestinya anda tidak layak kerana pembahagian gaji tadi adalah 2100 / 3 = 700 maksimum

Macam saya nyatakan tadi, sebaiknya anda tidak pergi kepada nilai maksimum loan anda. Sebab biasanya bila dah beli kereta, anda ada banyak komitmen seperti mengisi minyak dan emergency jika kereta rosak.

Rosak ni benda yang tidak boleh dijangka, contohnya tayar botak lepas 2 tahun, dan service kereta tidak percuma.

Untuk variant yang lain seperti berikut :

  • Myvi 1.3G – RM61,180.75 – Bulanan RM566
  • Myvi 1.5L – RM64,209.50 – Bulanan RM594
  • Myvi 1.5H – RM69,176.65 – Bulanan RM640

Ini sekiranya anda meminati kereta Myvi. Tapi jika anda rasa harga ini masih terlalu tinggi tak salah untuk ambil model lain seperti Perodua Axia atau Bezza. Bezza ni sangat murah dan ada kelebihan lain.

Kelebihan lain yang mungkin boleh diguna untuk buat duit dengannya. Contohnya jadi pemandu Ehailling seperti Grab, Indrive, Bolt secara part time. Buat 3 jam lepas kerja atau pada hujung minggu. Ia ada bonet besar dan jimat minyak.

Pengiraan Untuk Bezza

harga perodua bezza otr semenanjung malaysia

Diatas adalah harga Perodua Bezza OTR

harga bulanan bezza 9 tahun

Dan ini adalah monthly yang anda kena bayar untuk perodua bezza ikut kadar Maybank sekitar 3.4% interest. Dari RM405 hingga RM591 sebulan selama 9 tahun. Ini adalah pengiraan untuk full loan.

Namun kebanyakkan bank biasanya nak tengok sama ada anda seorang yang boleh membayar bulanan ini atau tidak. Kebiasaannya mereka akan minta anda bayar 10% atau rate biasa mereka minta RM5000 sebagai downpayment.

Oleh itu saya juga sudah sediakan harga dibawah untuk perodua bezza dan myvi dengan downpayment RM5000 ringgit.

Down Payment

Down Payment biasanya digunakan pihak bank untuk melihat kemampuan anda buat bayaran. Secara amnya, jika anda mampu sediakan down payment bermakna anda seorang yang ada menyimpan setiap bulan.

Bank taknak tanggung risiko dengan berikan pinjaman kepada mereka yang kurang berkelayakan. Jadi kaedah DP di perkenalkan. Cara ini juga boleh mengurangkan jumlah bayaran anda dan bantu loan anda lepas.

Harga Perodua Bezza Dengan Down Payment RM5000

harga bulanan bezza dengan 5000 dp 5 dan 9 tahun

Disini anda boleh lihat yang bayaran bulanan untuk variant tertinggi perodua bezza cuma RM588 untuk 9 tahun dan RM971 untuk 5 tahun. Ini adalah pengiraan yang dilakukan oleh chatgpt, supaya mudah nak faham.

Untuk bezza 1.0 G hanya RM415 dan 1.3X hanya RM511 untuk tempoh 9 tahun. Ini sesuai jika anda nak tambah duit poket buat ehailling.

Untuk ehailling jika bajet ketat yang 1.0 tapi kalau ada bajet lebih boleh ambil yang 1.3 tu. Sebab nak bawa ramai orang kereta kena kuat sikitlah.

bezza

 

Penulis pernah buat fulltime ehailling dan pendapatan kasar sekitar RM100 ke RM150 sehari.

See also  Info dan Ulasan Tentang Perodua Ativa 2022

Ini dah tolak kos minyak dan komisyen indrive. Tapi jika buat part time 4 jam selama 5 hari, anggaran anda boleh dapat sekitar RM300 seminggu.

Boleh semak artikel : Cara Daftar Pemandu Grab & Indrive Disini

Harga Perodua Myvi Dengan Down Payment RM5000

harga bulanan myvi dengan 5000 dp 5 dan 9 tahun

Diatas ini pula adalah jadual pembayaran untuk kereta Myvi dengan RM5000 down payment. Ansuran untuk 5 dan 9 tahun.

Jika dilihat untuk bayaran 5 tahun memang rabak poket anda dan bank takkan mudah nak approved loan anda. Jadi pinjaman sehingga 9 tahun adalah lebih masuk akal dengan julat gaji RM2100 bersih.

Seterusnya kita nak masuk pada waktu terbaik belian dan waktu yang tidak sepatutnya anda beli kereta.

myvi

Waktu Sesuai Beli Kereta

Panjang lebar juga ya kita berbincang tentang harga untuk beli kereta baru ni. Sekarang kita nak tengok pula waktu sesuai untuk beli kereta baru.

Hujung Bulan

Kebiasaan untuk salesman kereta, bagi yang belum capai target mereka akan offer pada anda pelbagai freegift dan diskaun. Sesetengahnya siap offer duit minyak percuma juga yang keluar dari poket sendiri.

Perkara ini menjadi kemestian pada yang nak dapatkan nilai belian. Memang disarankan untuk anda pergi sign pada hujung bulan. Ini kerana selagi anda tidak sign apa – apa maka komisyen ejen jual kereta juga tidak masuk.

Bagi yang ingin beli secara cash juga baik menggunakan teknik hujung bulan. Anda bukan saja dapat diskaun malah banyak freegift bila beli pada hujung bulan.

hujung bulan

Bagi yang membeli secara ansuran adalah penting untuk sign kontrak belian pada akhir atau hujung bulan. Ini kerana masanya anda sudah pun gaji.

Kebiasaannya anda kena lihat situasi ini, kita tidak tahu apa yang akan jadi dimasa hadapan. Katakan loan anda lulus pada 15hb, tangguh dahulu waktu untuk sign dan ambil kereta.

Anda dah tak sabar kami tahu, tapi masalah terbesar anda adalah pada pertengahan bulan berikutnya, biasanya duit anda hanya tinggal sedikit yang nak diguna untuk bayar berbagai perkara. Takut – takut nanti anda tak mampu nak bayar ansuran kereta bila duit anda dah habis menjelang tengah bulan.

Sebab itu penting untuk rancang perbelanjaan anda sekiranya loan approved pada pertengahan bulan. Anda boleh juga minta pihak bank untuk menukar tarikh bayaran sekiranya telah lakukan kesilapan ini.

Belian Pada Musim Perayaan

Musim perayaan biasanya syarikat kereta suka berikan rebat dalam bentuk diskaun belian. Inilah masanya untuk anda jimat lebih banyak. Selalunya pada Raya Puasa, Chinese New Year selalu terdapat rebat belian.

Kelebihannya untuk tingkatkan penjualan kereta mereka. Untuk bantu ejen cari duit lebih, tapi kebaikan untuk anda adalah untuk harga diskaun yang lebih murah.

Belian Hujung Tahun

Ini merupakan dilema yang sering anda hadapi. Ada orang kata tak bagus beli kereta baru pada hujung tahun kerana katakan lepas 5 tahun guna anda nak tukar kereta baru.

Sedangkan kereta yang anda beli pada hujung tahun dikira sebagai sudah 5 tahun dan bukan 4 tahun 2 bulan. Ini yang kadang kala menimbulkan rasa kurang senang.

See also  10 Tips Cara Jimat Semasa Servis Kereta di Bengkel

Sebenarnya anda tidaklah rugi kerana banyak syarikat kereta mahu clear stock kereta lama. Terutama untuk kereta yang ready stock lah.

Mereka selalu adakan promosi besar – besaran seperti diskaun harga, rebat belian, percuma smarttag touch and go malah percuma petrol.

Jadi adalah menjadi kerugian jika anda tidak rebut peluang ini. Anda dapat pengurangan rebat yang biasanya dijadikan downpayment kereta dan ansuran lebih murah.

Resell Value Hujung Tahun

resell value

Mengenai untuk jual semula, sebenarnya ia masih dilihat pada bulan berapa anda beli, dan umur kereta adalah berdasarkan bulan dan bukan tahun. Nilai kereta yang dibeli hujung tahun adalah sedikit tinggi berbanding awal tahun.

Pun begitu bukan semua orang bercadang untuk jual semula kereta mereka. Ini kerana kereta adalah aset yang nilainya menurun. Ia bukanlah pelaburan yang bawa keuntungan.

Melainkan jika anda menggunakan kereta ini untuk tujuan tertentu. Seperti perniagaan, atau untuk mudahkan ke tempat kerja. Ya tidak dinafikan zaman ini orang banyak bergantung dengan kenderaan ehailling untuk ke tempat kerja.

Jika setiap hari anda bayar RM30 untuk ehailling, sudah tentu sebulan RM600 ++ untuk tambang. Ini semestinya merugikan diri sendiri.

Jadi membuat belian kereta baru sudah tentu menguntungkan anda. Belum kira pada hari cuti jika ingin makan angin dan bersiar – siar. Dah tentu pemilikan kereta jadi lebih menjimatkan.

Anda Perlu Ada Tabungan

Ya jika memiliki kereta baru mungkin anda tak rasa beban jika berlaku kerosakan. Ini biasanya untuk tempoh 3 tahun pertama sahaja. Tapi bila kereta dah lebih 3 tahun memang anda perlu ganti berbagai perkara seperti tayar, bateri dan service penyelanggaraan kereta.

Tabungan inilah nanti yang akan bantu anda apabila memerlukan untuk pelbagai perkara. Tambahan juga selain kos diatas, anda juga perlu memperbaharui insurans dan cukai jalan tahunan.

Penjagaan Kenderaan

Selain itu anda masih ada beberapa tanggungjawab dalam pemilikan kereta baru. Pasti anda pernah lihat walaupun no plat kereta menampakkan kereta itu sudah berusia hampir 10 tahun, tetapi ia masih nampak seperti baru.

Itu tandanya owner pandai jaga kereta. Mereka bawa cuci kereta setiap minggu. Mereka juga pasang assesori tambahan seperti tinted cermin, lampu dan ada juga yang full body coating kereta mereka.

car maintenance1

Untuk dalaman enjin pula anda boleh gunakan produk kami iaitu CYCOPRO X10 untuk penjagaan enjin kereta. CYCOPRO X10 adalah bahan additif untuk penjagaan dalam enjin kereta.

Seperti yang kita tahu terdapat masalah enjin kereta yang berbunyi bising. Ini disebabkan penggunaan minyak enjin murah yang tidak melindungi bahagian dalam kereta.

Di shopee, lazada dan tiktok shop memang banyak penjual minyak hitam murah.

Mereka claim yang ianya murah dan melindungi enjin. Tapi apa yang berlaku sebaliknya.

Tapi apabila anda gunakan CYCOPRO X10 anda boleh pastikan walaupun guna minyak hitam murah, dalaman enjin sentiasa terjaga.

Ini kerana CYCOPRO X10 mewujudkan lapisan pada permukaan dalaman enjin yang elakkan berlaku bunyi bising. Ia lindungi dan jaga supaya enjin sentiasa berada dalam keadaan baik.

Jom Dapatkan : CYCOPRO X10 Disini
Baca Juga : Panduan Beli Kereta Second Hand Disini

Pemilikan kereta baru dan lama juga 2 perkara yang berbeza. Jika anda dapati bajet anda cukup – cukup sahaja dan masih belum mampu miliki kereta baru, jadi wajib semak juga artikel diatas.

Semoga perkongsian kami tentang tips beli kereta baru ini beri manfaat. Jumpa lagi dan salam hormat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart