pendapatan kasar pemandu grab

Berapa Pendapatan Kasar Pemandu Grab?

Sering kali menjadi pertanyaan tentang berapa pendapatan kasar pemandu grab? Hal ini menimbulkan tanda tanya kerana ada yang melihat gaya hidup seorang pemandu grab serba mencukupi.

Ada juga yang baru kehilangan kerja dan ingin membina kerjaya sebagai pemandu grab. Oleh itu memang timbul pertanyaan berapa pendapatan kasar pemandu grab.

Dalam artikel ini kami di Cycopro Asia akan berkongsi tentang pertanyaan anda. Jawapan – jawapan ini juga kami dapatkan dari group pemandu ehailling di facebook sebagai rujukan, serta pengalaman penulis sendiri.

Pendapatan Kasar Pemandu Grab

Tanpa berlengah jom kami kupaskan isu ini. Bagi yang belum tahu, penulis juga merupakan bekas pemandu ehailling. Perkara tersebut ada dikongsikan dalam post cara daftar pemandu grab.

Walaupun nama syarikat ehailling berbeza, tapi proses untuk jadi pemandu grab atau lain – lain ehailling adalah sama. Jika anda belum tahu lagi perkara ini sila semak detail pada post diatas.

pendapatan kasar pemandu grab

Okey ini adalah salah satu pengakuan berani mati. Sebab jika di perhatikan, posting agak sakarstik. Sebenarnya bukan tak boleh dapat RM8,000 sebulan.

Tapi cuma orang tertentu yang boleh lakukan perkara ini, manakala 99% yang lain akan nyatakan ini adalah mustahil. Dan bagi anda yang membaca, akan rasakan anda boleh lakukan ini. Hakikatnya tak semua orang kental seperti mamat ni.

Sebab saya sendiri dah lalui, time berangan memang padu, tak kalah. Tapi time nak buat memang seribu satu alasan. Sebab on my situation sendiri, kerja macam nak mati. Keluar jam 8 pagi lepas tu mula “kayuh” sampai jam 10 malam.

1st day aje buat begitu, esok bangun pagi nak solat subuh pun liat sebab penatnya hanya tuhan saja yang tahu. Tapi macam saya nyatakan, memang ada mahkluk yang boleh buat perkara ini setiap hari. Mereka biasanya orang bujang, tenaga semua ada.

Berdisiplin boleh buat setiap hari, mereka inilah yang memang duduk dalam 1% tadi. Sekarang kita tengok pula apa pendapat rata – rata yang kayuh setiap hari.

Nak Dapat RM200 Pun Susah

nak dapat rm200 pun susah

Jika anda baca apa yang ditulis, inilah jawapan sebenar. Nak dapat RM200 pun susah sangat. Ini situasi untuk pemandu grab, sebab dulu masa kecoh zaman danny x factor buat dulu memang masa fare tak rahmah. Harga cekik darah.

Bayangkan saya masa tu tinggal di sentul, pergi sogo. Jarak perjalanan sekitar 8km, pada waktu datang RM14 pagi, dan balik waktu puncak RM26. Itu pada tahun 2015.

See also  10 Minyak Hitam Kereta Fully Synthetic Terbaik Di Shopee

Sekarang kalau pergi waktu pagi jam 9 ambil grab sentul ke sogo sekitar RM10-12. Petang waktu puncak RM20 memang tak lari. Tapi RM26 memang dah jarang berlaku.

Menurut komen dari Kurnia : RM120 bersih mungkinlah kalau dapat RM200 sehari.

Kalau buat perkiraan

  • Komisyen Grab 25% = RM50
  • Minyak RM50 dah tentu
  • Masa kerja 8 -10 jam dah tentu
  • Makan RM20 (bajet terendah)
  • Maknaya yang tinggal RM80 dan bukan RM120.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri para pembaca sekalian.

Kena pula jika anda sewa kereta bawa grab. Bezza RM450 seminggu, Saga RM390 seminggu.

  • Dalam seminggu anda cuti sehari.
  • Bezza RM450 bahagi 6 hari = RM75
  • Saga RM390 bahagi 6 hari = RM65

Bawa bezza ada lebih RM5 dan bawa saga ada lebih RM15. Ini adalah realiti sebenarnya. Saya tidak kira kos tol dan touch n go kerana ia dibayar oleh penumpang. Jika kereta sendiri lebih berbaloi.

Realiti Sebenar

relevan answer

Ini merupakan jawapan yang relevan jika bawa lebih 10 jam sehari dan bekerja 26 hari sebulan.

3200 bahagi 26 hari = RM123 sehari.

Maknanya pulangan sebanyak ini adalah dari kereta sendiri.

Pemikiran Tak Cerdik

Saya buat Indrive ya tuan – tuan. Saya boleh pilih job yang ada bawa hasil. Kawan saya kata job tu harga RM35 dan perjalanan 45km dia kata “sapu” aje lah.

Kenapa saya kata tak cerdik, kita diajar kalau buat fulltime, sekurangnya 1km RM1. Jika RM35 bahagi 45km ini bermakna 1km adalah 77 sen.

RM1 untuk 1km adalah kos terendah yang kita boleh ambil sebenarnya, kalau dah terdesak sangat. Better lagi saya ambil job 3km RM7 itu bersamaan RM2.30 untuk 1km. Kos pemandu adalah masa dan maintenance kenderaan. 45km biasanya 1 jam ke sejam setengah. Kalau jalan jem memang bercinta.

Macam grab 45km biasanya sekitar RM60. Berbanding indrive harga boleh tawar menawar. Dan RM35 adalah harga terendah yang bukan disuggest dalam apps.

Jadi dalam indrive saya biasanya akan up harga ni 30% dari apa yang di beri, melainkan pelanggan memang ambil harga saranan. Kalau saya rasa ia berbaloi, melepasi kadar 90 sen 1km saya ambil.

Masalah Besar Ni

masalah queue di airport

Ini yang dikatakan masalah besar. Biasanya ramai pemandu grab tak mahu ambil job airport kerana masalah queue yang panjang. Bila masuk area airport, system akan automatik masuk queue senarai menunggu.

Maknanya anda tak boleh tinggalkan airport tanpa penumpang. Kalau anda keluar queue mostly pulang tangan kosong. Ini perkara yang pemandu grab takuti.

See also  Panduan Cara Daftar Pemandu Grab Dan Indriver

Tapi pertanyaan seperti diatas macam tak masuk akal, kerana biasanya tunggu max sampai 3 jam pasti sampai queue anda. Soalan tunggu sampai 5 jam ni mungkin newbie yang baru nak ceburi bidang pemandu ehailling.

Macam saya dulu saya on 2 apps iaitu indrive dan air asia ride. Indrive tiada airport queue dan air asia memang ada. Tapi biasanya kalau dapat job mesti dari indrive dan pick up bukan di tempat yang sepatutnya di khaskan untuk ehailling.

Pendapat Penulis

grab fare harga rahmah

Ini memang lawak, dulu saya suka guna indrive sebab saya tahu harga indrive lebih murah, tapi sejak kebelakangan ini harga grab ternyata lebih murah.

Pengalaman yang buat saya mula guna grab apabila satu hari saya hantar kereta ke workshop dan masa sama isteri offer pakai kereta dia di Bangi Golf Resort.

Saya buka indrive harga diberi RM18 dan driver siap minta up lagi 20+, lebih kurang 15 driver lihat saya punya tu tapi tak ada seorang pun nak ambil. Saya buka grab dan ianya harga tetap grab cuma RM16, auto assign pulak tu. Tiada driver yang demand.

Saya sempat berbual dengan driver grab tu, saya tanya berapa income dia buat grab, jawabnya RM120 sahaja sehari belum tolak komisyen. Maknanya memang sikit sangat dia dapat.

Saya tanya kenapa tak buat air asia dan indrive. Jawapan yang diberi, katanya indrive murah. Saya jawab saya bawa indrive, dan harini saya buka 2 apps. Sorang driver indrive pun taknak ambil saya walau harga lebih tinggi, tu yang saya ambil grab.

Sebagai pemandu indrive, saya juga lebih sedar yang kawasan saya tinggal tu memang kurang pelanggan. Dan feedback yang saya terima dari pelanggan, kawasan tersebut susah nak dapat grab berbanding indrive.

Kawasan Juga Main Peranan

Dalam pertanyaan berapa pendapatan kasar pemandu grab, kawasan anda tinggal juga main peranan. Secara amnya pinggir bandar lebih ramai pelanggan dari jenis pendatang asing. Orang tempatan biasanya mempunyai kenderaan sendiri.

Berbanding kawasan bandar, orang tempatan dan pendatang asing sama ramai menjadi pelanggan. Masalah utama bagi pendatang asing adalah cara bayaran. Saya bawa indriver dan 90% pelanggan adalah pendatang asing.

Cara bayaran untuk indrive adalah tunai dan touch n go QR. Ia tiada bayaran melalui kredit atau debit card. Jadi pada kawasan pinggir bandar, lebih ramai pelanggan oversea yang bayar secara tunai. Maka pilihan service seperti indrive lebih popular berbanding grab.

Itu yang jadi pada pelanggan orang tempatan yang beritahu kawasan saya tinggal susah dapat grab.

Jika ditanya pendapatan kasar indrive pula, saya boleh dapatkan RM200 dalam masa 7 ke 8 jam. Kerana indrive boleh pilih pelanggan dan bukan auto assign seperti grab. Jadi saya utamakan yang harga RM20 keatas.

See also  Checklist Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

Lagi sedap jika dapat yang harga RM30 keatas, dalam masa 3 jam sudah capai RM100 pertama. Kadang 6-7 jam sudah cukup RM200. Tapi aim saya biasanya sekitar RM250, itu boleh dicapai dalam 8-10 jam.

Komisyen Indrive paling rendah cuma 10%.

Pengiraan Pendapatan Indrive

  • Income RM250
  • Komisyen RM25
  • Petrol RM50
  • Makan RM20
  • Sewa kereta Saga RM55 sehari

Total lepas tolak kos diatas RM150, saya masih ada RM100 pendapatan bersih.

Saya pernah guna kereta sewa dan pernah guna kereta sendiri, untuk kereta sendiri RM155 lah. Cuma bukan setiap hari kita dapat macam ni, kadang kurang penumpang dapatlah RM180, RM230 dan lebih pernah capai RM390 semasa malam tahun baru.

Waktu paling sakit kurang penumpang adalah bulan puasa. Indrive ke, grab ke semua sama. Cuma yang beza adalah jumlah komisyen dan cara pilih penumpang.

Grab – Penumpang auto assign dan komisyen 25% serta harga rahmah

Indrive – Boleh pilih penumpang, komisyen 10% dan harga boleh tawar menawar

Kalau tanya pendapatan kasar pemandu grab anda kiralah jika dapat buat RM200 sehari, mingguan adalah RM1200. Masa kerja 8 ke 10 jam diperlukan. Manakala indrive seminggu RM1200 juga, masa kerja 6-7 jam sehari.

Sebelum saya tutup cerita tentang pendapatan kasar pemandu grab ni, saya nak ajak para pembaca berkenalan dengan 2 produk kami iaitu Cycopro X10 untuk kereta dan Cycopro X5 untuk motorsikal.

Secara amnya bila kita memandu lama komponen dalam enjin akan bergeser dan mudah haus. Cycopro ni lebih untuk menjaga dalaman enjin. Apabila kita guna ia, didalam enjin ia akan membentuk satu lapisan perlindungan pada komponen enjin.

Hasilnya nanti bila geseran dikurangkan, bunyi bising akan berkurang. Bila ada lapisan perlindungan, komponen dalam enjin terjaga dan masa sama ia jimatkan petrol. Jangka hayat enjin lebih terjaga.

Untuk pemandu ehailling seperti grabcar atau grabrider seharusnya dapatkan penjagaan untuk enjin kereta dan motor. Sebab kita berkerja dalam tempoh yang lama setiap hari, nanti barulah kenderaan kita tahan lama.

Jom Dapatkan Cycopro X10 For Car dan Cycopro X5 For Motorcycle 
Baca Juga : Cara Daftar Pemandu Grab Disini

Saya harap anda telahpun faham tentang berapa pendapatan kasar pemandu grab. Saya lebih suggest anda bawa indrive sebab persaingan sangat tinggi sebenarnya.

Waktu zaman Danny xFactor bawa grab dulu income RM600 sehari kerana jumlah driver tidak ramai, tapi penumpang ramai. Harga juga tinggi. Akibat munculnya pelbagai syarikat ehailling masa kini, jumlah driver melebihi permintaan dan lebih berpatutan berbanding grab.

Tapi semenjak grab dah jadi harga rahmah, pekerjaan sebagai pemandu grab bukan lagi esklusif dan pendapatan kasar pemandu grab kini semakin merudum.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart