Pada masa sekarang, nak drive kereta jadi lebih mudah. Tak macam dulu dimana semua orang nak taknak terpaksa belajar untuk drive secara manual. Yang paling best, bila dekat ujian bukit tiba-tiba ter-reverse semula, tak pasal-pasal ja gagal ujian memandu.
Table of Contents
Tips Penjagaan Kereta Gear Automatik
Kereta gear automatik ni mungkin nampak lebih mudah untuk dipandu. Yang kita tak berapa tahu, sebenarnya kereta gear automatik perlu dijaga rapi dan lebih teliti berbanding kereta gear manual. Disebabkan tu, kali ni kami akan kongsikan 5 Tips Penjagaan Kereta Gear Automatik untuk anda.
1. Pastikan Hantar Servis Tepat Pada Masanya
Bagi kereta gear automatik, pastikan anda sentiasa mematuhi temujanji servis yang telah ditetapkan. Kalau boleh, sebelum sampai ke mileage yang ditetapkan tu pun dah boleh servis. Hal ini demikian kerana kereta gear automatik mempunyai minyak auto atau lebih dikenali sebagai minyak ATF yang perlu sentiasa diperiksa.
Selalunya, minyak auto ni akan ditukar pada setiap 24,000 km.
Apa yang akan terjadi kalau lambat tukar minyak gearbox (minyak ATF)?
Jika anda lambat tukar dan minyak ATF tak diperiksa, ada kemungkinan terjadi dimana minyak tersebut telah habis. Hal ini dapat menyebabkan gear tidak dapat berputar yang boleh menyebabkan kereta tidak dapat bergerak. Kejadian ini dapat mengakibatkan kerosakan dalaman bagi kereta anda.
Pada awalnya, anda mungkin hanya perlu tukar minyak ATF. Tapi bila minyak ATF dah habis dan kerosakan dalaman berlaku, ada kemungkinan anda perlu keluarkan kos yang lebih tinggi untuk membaiki kerosakan dalaman dan juga menukar gear baru. Kan lagi rugi tu?
Jadi, sentiasa pastikan servis kereta anda tepat pada waktunya.
2. Sentiasa Letakkan Mode D Semasa Lampu Isyarat Warna Merah
Yang ni, memang selalu sangat berlaku salah faham. Ramai sebenarnya pemandu yang terus tukar ke mode N (mode Neutral) semasa lampu isyarat warna merah. Katanya, dengan alasan untuk jimatkan minyak.
Walaubagaimanapun, cara sebenar yang perlu anda lakukan ialah terus kekal untuk berada di mode D (Drive) walaupun semasa berada di lampu isyarat). Dan tekan minyak semasa berhenti di lampu isyarat untuk jimatkan minyak.
Kenapa tak boleh letak di mode N?
Sebenarnya, untuk tukar dari mode D ke mode N dapat merosakkan kereta gear automatik jika anda hanya perlu berhenti sekejap saja. Dengan penukaran mode secara sekejap ni dapat membuatkan gear anda cepat rosak.
Memang leceh sebenarnya bila perlu tekan brek dalam mode D. Tapi bila tukar ke mode N, ada risiko pulak untuk gear cepat rosak.
Jadi, bagi membuatkan gear kereta automatik anda tahan lebih lama, pastikan anda cuma kekal di mode D sambil menekan brek.
3. Jangan Tukar Gear Sewaktu Kereta Masih Bergerak
Ramai yang selalu lakukan kesalahan ni iaitu dengan tukar gear R ke gear D tanpa berhenti sepenuhnya. Seharusnya, anda perlu betul-betul berhenti dahulu sebelum tukar ke D.
Semasa anda menukar gear, transmission band clamp akan berada pada gear. Tapi, jika anda tidak berhenti sepenuhnya – transmission band tersebut yang akan bertindak untuk menghentikan kereta anda. Hasilnya, anda telah meletakkan tekanan yang tak diperlukan ke atas transmission band tadi.
Seharusnya jika gearbox anda dijaga dengan betul, kemungkinan masih boleh tahan lebih lama. Tapi jika anda selalu amalkan untuk tukar gear semasa kereta masih bergerak, ada kemungkinan gearbox anda akan lebih cepat rosak lebih awal dari yang sepatutnya.
4. Jangan Memandu Dalam Keadaan Lampu Minyak Berkelip
Mungkin ramai yang ingat tiada masalah pun kalau memandu dalam keadaan minyak berkelip.
Tapi hakikatnya kepercayaan anda silap selama ni. Memandu dalam keadaan minyak berkelip sebenarnya sangat tidak disarankan. Hal ini boleh menyebabkan kerosakan yang sangat teruk pada komponen di dalam kereta gear automatik anda.
Disebabkan kereta geaer automatik diciptakan dengan sistem yang agak kompleks, ia sangat memerlukan sistem pelincir untuk berfungsi dengan baik supaya sistem dapat berfungsi seperti biasa.
Namun, jika minyak berada di paras rendah, fuel pump akan berfungsi tanpa minyak pelincir yang akan mengakibatkan geseran berlebihan berlaku. Bila perkara ini terjadi, enjin kereta automatik akan lebih cepat panas dan dapat merosakkan enjin kereta pula.
Oleh itu, sngat penting untuk anda sentiasa pastikan untuk tidak selalu amalkan untuk memandu dalam keadaan lampu minyak berkelip.
5. Tukar Ke Mode P Tanpa Berhenti Sepenuhnya
Anda perlu ingat, mode P hanya boleh digunakan hanya apabila kereta telah berhenti sepenuhnya. Jika kereta masih bergerak tapi anda telah menolak gear ke kedudukan P, tidak semena tuas parkir akan terpaksa bertindak seakan brek.
Apabila hal ini terjadi, ia akan menggangu proses sebenar yang diciptakan untuk kereta anda. Jika anda berterusan mengamalkan tabiat sebegini, tidak hairan jika anda terpaksa keluarkan kos yang lebih untuk membaiki gearbox kereta automatik anda.
Untuk menyelamatkan duit poket anda, ubahlah tabiat ini dan berusaha untuk beri perhatian berkenaan cara sebenar untuk menukar gear.
Ekstra: Bila Perlu Tukar Minyak Gearbox / Minyak ATF?
Seperti yang diterangkan di atas tadi, minyak ini akan ditukar setiap 24,000km. Namun, anda juga perlu lihat dari segi warna minyak tersebut.
Anda boleh lakukan pemeriksaan dengan meneliti warna pada oil stick (batang pengukur celup). Jika anda telah celup dan kelihatan warna coklat dan berbau terbakar, bermaksud anda perlu tukar minyak ATF anda secepat mungkin.
Jika anda sentiasa memandu di kawasan berbukit, pastikan anda sentiasa memeriksa warna minyak ATF anda. Namun, banyak kereta gear automatik pada masa sekarang tidak dibekalkan dengan oil stick.Jadi, sudah memadai jika anda sentiasa menyemak mileage berkenaan bila masa yang sepatutnya untuk tukar minyak ATF.
Di samping itu, selain dari minyak ATF; minyak enjin juga perlu sentiasa diberi perhatian. Untuk pengetahuan anda, prestasi minyak enjin boleh ditingkatkan dengan menggunakan friction modifier. Friction modifier ini berfungsi untuk membantu mengurangkan friction / geseran di dalam enjin anda. Hasilnya, pembakaran minyak enjin akan menjadi lebih mudah.
Kesimpulan
Bila lihat semula, banyak perkara yang kelihatan remeh dan kita selalu buat ketika memandu kereta gear automatik. Tanpa kita sedar, banyak kecuaian kita boleh mengakibatkan kerosakan berlaku kepada kereta.
Jika kita dapat ubah semua tabiat buruk ni, ada kemungkinan gear automatik kereta akan tahan lebih lama.
Jadi setiap kali memandu, kita perlu sentiasa ingat bahawa tabiat seharian kita dapat merosakkan bahagian mekanikal secara perlahan-lahan. Dengan adanya tips penjagaan gear kereta automatik ni, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan anda. Selamat mencuba!