cara jimat semasa servis kereta

10 Tips Cara Jimat Semasa Servis Kereta di Bengkel

Semua orang nak berjimat, tapi tak semua orang tahu caranya. Sebagai seseorang yang selalu keluar masuk bengkel, ada beberapa cara jimat semasa servis kereta yang anda patut tahu.

Tak semua orang perasan benda ni, tapi bila anda baca artikel ni – barulah anda sedar tentang kos-kos yang dikenakan tapi anda tak pernah perasan pun.

1. Pastikan Anda Servis Kereta Tepat Pada Masanya

Anda sangat digalakkan untuk servis tepat pada masanya atau sebelum masanya. Jika ada lambat untuk servis, ada kemungkinan wujud kerosakan lain seperti kehausan enjin atau kewujudan carbon di dalam enjin (carbon build up) anda

Bagi sesiapa yang baru sahaja mempunyai kereta, memang sering jadi persoalan tentang bila masa untuk servis kereta?

Jawapnya; anda boleh semak di dalam buku warranty yang anda dapat semasa beli kereta. Selalunya, terdapat dua cara untuk tentukan bila masa yang sesuai untuk anda servis kereta. Ianya ditentukan oleh kilometer (mileage), bulan atau mana-mana yang terdahulu.

Sebagai contoh jika mileage 1,000 anda perlu servis kereta. Tapi, macam mana kalau kereta anda hanya digunakan untuk hantar anak ke sekolah je. Mungkin nak capat 1,000 km tu akan ambil masa yang lama.

See also  Apa itu Friction Modifier?


Sebab itulah masa servis ditentukan mengikut mileage atau bulan. Walaupun mileage anda belum cukup 1,000 tapi sudah 3 bulan, maka anda perlu mengikut masa 3 bulan untuk hantar servis kereta anda.

2. Bila rawatan engine flush diperlukan

Selain itu, anda perlu tahu bila rawatan servis engine flush diperlukan. Engine flush ini digunakan untuk membuang karbon yang terbentuk (carbon build up) disebabkan anda tidak mengikut jadual servis yang ditetapkan.

Rawatan engine flush ni boleh dikatakan sebagai Corrective Maintenance.

Apa yang dimaksudkan dengan preventive maintenance? Sebenarnya, ada perbezaan antara Preventive Maintenance dan Corrective Maintenance.

Preventive maintenance ialah situasi dimana anda servis kereta supaya dapat menghalang kerosakan daripada berlaku kepada kereta anda. Maksudnya disini, kerosakan belum terjadi tapi anda cuba untuk mengelak dari ianya terjadi. Sebagai contoh, dengan servis kereta anda pada atau sebelum waktu yang ditetapkan.

Tapi corrective maintenance pula ialah dimana anda perlu membaiki kerosakan yang telah pun terjadi kepada kereta anda. Selalunya, kos predictive maintenance sangat tinggi disebabkan ia mungkin turut menggangu sistem yang lain juga. Jadi rawatan engine flush dikategorikan sebagai corrective maintenance kerana kerosakan telah pun terjadi dan anda perlu membaiki kerosakan tersebut.

3. Hanya Tukar battery terminal protector sekiranya perl

Kadang-kadang, ada kedai yang mengambil kesempatan untuk menukar peralatan baru hanya disebabkan anda tidak ada pengetahuan. Ada kes dimana ada kedai yang akan menukar battery terminal protector setiap kali anda servis kereta.

Namun begitu, ianya hanya perlu ditukar hanya jika ada menukar bateri. Walaupun cajnya murah, tapi anda perlu ingat yang ianya masih boleh digunakan jika tidak berlaku sebarang kerosakan seperti pemasangannya telah longgar atau hakisan berlaku.

See also  5 Benefits of using Friction Modifier for Your Vehicle

4. Cuci air filter sendiri untuk lebih jimat

Jika ada perasan, setiap kali servis kereta pastinya ada tambahan kos lain iaitu air filter. Ada sesetengah bengkel kereta yang akan masukkan sekali air filter sebagai set untuk pakej servis kereta.

Untuk pengetahuan anda, air filter sebenarnya tidak diwajibkan tukar pada setiap kali servis. Ianya boleh dicuci sendiri dan anda dapat menjimatkan kos antara RM31 – RM90 bergantung kepada jenama kereta yang digunakan.

Tapi kalau air filter sampai kelihatan sudah kotor, lebih baik terus tukar daripada dicuci.

5. Elakkan mendapatkan pencuci cermin kereta

Pencuci cermin kereta merupakan antara aksesori yang ditawarkan jika anda menghantar ke pusat servis. Walaupun cajnya rendah, anda boleh mendapatkan pencuci cermin kereta dengan harga lebih rendah di Mr DIY yang berdekatan.

Ada juga yang lebih gemar untuk mencuci cermin kereta menggunakan sabun basuh pinggan. Tapi, terpulang kepada anda.

6. Gunakan injector cleaner sekiranya perlu

Injector cleaner sebenarnya berfungsi sebagai pembersih. Ianya akan dimasukkan ke dalam tangki minyak kereta dan akan bergerak bersama minyak petrol ke laluan bahan api. Selepas itu, ia akan membersihkan kekaratan yang terdapat di laluan bahan api.

Namun, ianya tidak diwajibkan untuk diletakkan setiap kali servis kereta. Jadi, anda hanya boleh gunakan injection cleaner jika prestasi kereta anda kurang memuaskan. Kos yang dapat dijimatkan disini sekitar RM30 – RM50 mengikut jenama kenderaan.

Selain itu, anda juga boleh gunakan Cycopro friction modifier yang mampu meningkatkan prestasi minyak enjin anda. Ianya boleh membantu mengurangkan geseran yang berlaku di dalam enjin.

7. Elakkan membeli tayar di pusat servis

Tayar anda haus? Apa kata tukar di kedai tayar berbanding tukar di pusat servis. Memang nampak leceh sebab perlu ke kedai lain.

See also  5 Tips Penjagaan Kereta Gear Automatik

Tapi dalam tak sedar, anda dapat menjimatkan wang dengan hanya menukar tayar di kedai tayar. Hal ini disebabkan kerana tayar yang dijual di pusat servis dijual dengan kadar 30-40% lebih mahal berbanding di kedai tayar.

8. Kumpul baki lebihan minyak enjin

Yang ni memang ramai terlepas pandang. Bila kereta dah siap, memang terus bayar, ambil kunci kereta dan balik.

Tapi tahukah anda bahawa setiap kali servis, minyak enjin yang anda gunakan tu mungkin masih ada lebihan sekitar 0.5L. Anda boleh minta lebihan minyak dari pusat servis dan kumpul semula sehingga amount yang diperlukan tu cukup.

Bila dah cukup, anda hanya cuma bawa minyak tersebut dan caj yang akan dikenakan cuma pada upah sahaja. Ni antara lifehacks cara jimat semasa servis kereta yang anda perlu tahu.

9. Elakkan menggunakan spark plug premium

Spark plug selalunya terbahagi kepada dua iaitu spark plug biasa dan spark plug premium. Selalunya, spark plug biasa akan ditukar setiap 20-30k kilometer.

Untuk spark plug premium pula, harganya lebih mahal tapi tidak berbaloi dengan kelebihan yang ditawarkan. Tapi terpulang kepada anda,. Sebab memang bila dengar perkataan premium tu, kita akan rasa lebih selamat.

10. Elakkan menggunakan perangkap magnet

Kebanyakan bengkel akan menyarankan anda untuk memasang perangkap magnet atau magnetic trap. Fungsi perangkap magnet ialah untuk memerangkap serbuk besi yang terhasil daripada geseran semasa enjin sedang bergerak.

Ianya berfungsi untuk menarik sisa besi supaya tidak memenuhi lubang filter yang akan menyebabkan filter tersumbat. Tapi sekiranya tak gunakan perangkap magnet ni pun, tiada apa yang akan berlaku kerana setiap kereta telah dilengkapi oil filter.

Namun, terpulang kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.

Kesimpulan

Kami berharap agar artikel kali ini dapat membantu anda untuk menjimatkan kos semasa servis kereta di bengkel atau pusat servis. Kalau anda ada sebarang tips lain, jom komen di bawah dan kongsikan tips anda.

Shopping Cart