Tips Penjagaan Bateri Kereta

8 Tips Penjagaan Bateri Kereta Yang Masih Ramai Tak Tahu

Bateri kereta merupakan komponen yang sangat penting bagi kereta. Kalau bateri tiba-tiba buat hal, memang langsung tak dapat nak hidupkan kereta. Jadi, sangat penting untuk setiap pemandu tahu berkenaan tips penjagaan bateri kereta.

Tanda Bateri Kereta Lemah

Namun, anda kenalpasti terlebih dahulu tanda bateri kereta lemah. Antara tanda-tanda bateri kereta lemah ialah:

  • Kereta susah nak start atau kereta tak boleh start langsung
  • Lampu amaran kereta menyala
  • Bau busuk berpunca dari bahagian bonet depan
  • Alarm kereta berbunyi sendiri

Kalau anda alami situasi seperti ini, mungkin penyebabnya berpunca daripada bateri. Jadi sangat penting untuk anda sentiasa amalkan tips penjagaan bateri kereta yang betul.

Tips Penjagaan Bateri Kereta

1. Periksa Air Bateri Selang Beberapa Bulan

Anda perlu tahu bahawa bateri kereta mempunya 2 jenis iaitu bateri sel-basah atau bateri bebas-selenggara (maintenance free)

1.1. Bateri Sel Basah

Bagi bateri sel basah, sangat penting untuk anda sentiasa memeriksa air bateri setiap 2 atau 3 bulan sekali. Biasanya, air bateri perlu ditambah dari semasa ke semasa.

Jika anda konsisten untuk sentiasa memeriksa air bateri, ada kemungkinan untuk jangka hayat bateri anda semakin bertambah dengan penjagaan yang betul.

Cara-cara untuk mengisi air bateri:
1. Buka penutup untuk memeriksa aras air bateri. Hanya bateri sel-basah sahaja yang mempunyai penutup
2. Tambah air bateri jika arasnya terlalu rendah. Pastikan anda gunakan corong supaya air bateri dapat diisi dengan betul tanpa tertumpah. Pastikan ianya ditambah secukupnya.

See also  Info dan Cara Penjagaan Timing Belt

1.2. Bateri Bebas Selenggara

Bagi bateri bebas selenggara, anda hanya dapat memeriksa paras bateri di pusat servis kereta sahaja. Lebih baik kalau setiap kali servis kereta, anda minta pusat servis untuk periksa sekali bateri kereta anda.

2. Bersihkan Terminal Bateri

Antara kepentingan membersihkan terminal bateri ialah untuk memastikan terminat tidak karat dan dapat menambah jangka hayat bateri.

Berikut merupakan cara-cara untuk membersihkan terminal bateri:

  1. Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri. Cabut penutup bahagian negatif terlebih dahulu. Seterusnya, baru cabut penutup bagi terminal positif
  2. Campurkan ratio 1:1 baking soda dan air
  3. Anda boleh gunakan berus gigi lama dan berus bateri terminat menggunakan campuran baking soda dan air tadi
  4. Apabila telah selesai, lap kedua-dua terminal menggunakan kain kering
  5. Sambung semula terminal setelah terminal kering. Pastikan untuk sambungkan terminal positif terlebih dahulu

3. Sapukan Gris Tahan Panas Pada Terminal Bateri

Seringkali ada persoalan,

Selamat ke sapu gris pada terminal bateri?

Untuk pengetahuan anda, gris boleh disapukan pada terminal bateri. Dengan adanya lapisan gris pada permukaan bateri, ianya dapat mengelakkan daripada hakisan dan karat.

Cuma, pastikan anda sapukan gris pada terminal yang sudah siap dibersihkan. Jika terminal masih kotor, anda digalakkan untuk bersihkan terminal terlebih dahulu.

4. Periksa Penebat Bateri Kereta (Jika Ada)

Periksa penebat bateri atau insulator jika anda. Sesetengah kereta mempunyai penebat ini bagi melindungi bateri dari kepanasan melampau yang bakal menyebabkan cecair bateri mengering dengan cepat.

Namun jika anda berada di tempat sejuk, kereta anda mungkin memerlukan alat pemanas bateri untuk memastikan bateri tidak terlalu sejuk dan tidak dapat berfungsi disebabkan cuaca.

See also  5 Tips Beli Motosikal Pertama

Oleh itu, pastikan apa sahaja yang dipasang untuk melindungi bateri ini dipasang dengan cara yang betul.

5. Sentiasa Periksa Voltan Bateri

Seperti yang dikatakan tadi, pastikan anda sentiasa meminta pusat servis periksa voltan bateri anda setiap kali diselenggara.

Untuk bateri yang baik, bacaan voltan bateri kereta mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt. Jika rendah daripada tu, maknanya dah sampai masanya untuk anda tukar ke bateri kereta yang baru.

6. Pastikan Bateri Berada Pada Kedudukan Yang Betul

Selain itu, ramai juga yang tidak pernah kisah tentang kedudukan bateri kereta mereka. Pastikan bateri kereta anda berada di dalam kotak plastik tahan lasak yang telah dikhaskan untuknya.

Anda juga perlu pastikan yang bateri tidak bergerak dan dipasang dengan ketat. Hal ini demikian kerana keadaan bateri kereta yang bergerak-gerak boleh menyebabkan ketahanan bateri menjadi semakin kurang.

Sebaiknya, gunakan battery clamp untuk memastikan bateri tidak bergerak. Namun, anda perlu berhati-hati sekiranya memasang battery clamp kerana jika dipasang terlalu ketat boleh mengakibatkan kerosakan.

Untuk lebih selamat, anda boleh minta pusat servis atau bengkel yang terdekat memasangnya buat anda.

7. Lakukan Pemeriksaan Bateri Kereta Setiap 5,000 Kilometer

Antara cara terbaik untuk memelihara bateri kereta anda ialah dengan melakukan pemeriksaan bateri bagi setiap 5,000 km atau 3 bulan sekali oleh juruteknik yang berpengalaman.

Selain itu, antara cara yang paling senang diamalkan ialah dengan label bateri kereta anda setiap kali anda menukarnya. Sebagai contoh, anda boleh tulis berapa mileage semasa anda menukar bateri dan sertakan sekali tarikh.

Dengan cara ini, secara tidak langsung pusat servis juga sentiasa alert dengan remark yang telah dibuat pada bateri kereta anda.

See also  5 Tanda Yang Anda Perlu Tahu Bila Perlu Tukar Tayar Kereta

Sebenarnya, jangka hayat bateri kereta boleh bertahan dalam 2 -3 tahun. Namun, ada juga bateri kereta yang bertahan sehingga 4 tahun jika dijaga dengan betul.

Tapi, sebaiknya lakukan pemeriksaan setiap 5,000 kilometer supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku semasa anda sedang memandu kereta.

8. Jika Kereta Tidak Digunakan, Pastikan Start Enjin Setiap Minggu

Ada kes tertentu dimana anda mungkin tidak menggunakan kereta anda dalam jangka masa yang lama.

Jika hal ini terjadi, anda disarankan untuk start kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selepas itu, iarkan ia hidup selama 15 minit untuk memastikan bateri dapat beroperasi dengan baik walaupun kereta tidak digunakan.

Jangan sesekali hidupkan enjin di dalam tempat tertutup seperti di garaj kerana pembentukan carbon monoxide gas akan terjadi. Sebaiknya, hidupkan kereta anda di tempat terbuka.

Tapi ingat, jangan biarkan kereta anda hidup tanpa pengawasan semasa hidupkan kereta. Bimbang nanti kereta anda terus lesap!

Kesimpulan

Kami berharap agar artikel kali ini dapat membantu anda untuk menjaga bateri kereta dengan cara yang betul.

Setiap bateri kereta diciptakan berbeza. Tanpa sebarang pemeriksaan, mungkin sukar untuk mengenalpasti kondisi sebenar bateri kereta anda. Jadi, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat dari pusat servis kereta untuk sebarang permasalahan berkenaan bateri kereta anda.

Artikel ini dibawakan oleh CYCOPRO, jenama friction modifier yang diyakini untuk motorsikal dan kenderaan anda berprestasi lebih tinggi.


Shopping Cart