Jenis-Jenis Alat Ganti Di Kedai Spare Part Kereta

Bagi pemandu baru, nak ke kedai spare part kereta ni antara perkara yang paling menakutkan. Antara sebabnya ialah sebab tak reti beli sparepart atau takut kena tipu dengan ketulenan sparepart.

Bila sekali tengok, memang nampak macam original. Tapi untuk mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang automotif, sekali tengok pun dah tahu samada sparepart original atau spare part tiruan yang digunakan.

Anda boleh baca penerangan kali ini berkenaan Jenis-jenis Alat Ganti Di Kedai Spare Part Kereta bagi memudahkan anda mengenalpasti spare part tiruan.

Jenis-jenis Alat Ganti Yang ada di Kedai Spare Part Kereta

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis spare part yang berada di pasaran. Antaranya ialah spare part original, OEM, aftermarket, local parts dan spare part tiruan.

1. Spare Part Original

Spare Part Original semestinya alat ganti yang paling dipercayai sebab ianya dihasilkan oleh kilang yang menghasilkan kereta.

Pada kotak alat ganti akan tertera logo kenderaan yang menunjukkan ianya barangan asli yang dibekalkan pengeluar kenderaan

2. OEM

jenis spare part di kedai spare part kereta
[Kredit]

OEM spare part merujuk kepada Original Equipment Manufacturer. Ianya merupakan pembuat spare part original yang membekalkan alat ganti kepada pengeluar kenderaan.

See also  10 Tips Cara Jimat Semasa Servis Kereta di Bengkel

Antara jenama OEM yang sangat dikenali ialah seperti Phillips dan Bosch.

Spare part OEM merupakan antara spare part yang anda boleh gunakan. Harganya lebih murah dan boleh dipercayai kerana is menggunakan jenamanya yang sendiri.

Sebagai contoh, fuel pump Bosch OEM ialah 100% sama dengan original. Bezanya cuma tiada logo kenderaan yang dicetak pada alatan tersebut.

3. Aftermarket

Spare part aftermarket ialah spare part alternatif yang dihasilkan oleh pengeluar independent dan tidak terikat dengan mana-mana pengeluar kenderaan.

Dari segi harga, sparepart aftermarket lebih murah berbanding original dan OEM. Dari segi ketahanan pula, ketahanannya lebih rendah kerana material yang digunakan lebih murah.

4. Local Parts

Local parts ialah spare part yang dihasilkan sendiri di Malaysia dan dibuat untuk kenderaan tempatan dan import. Antara jenama local yang dikenali ialah seperti jenama 555.

Namun dari segi ketahanan, local parts mempunyai kualiti yang lebih rendah berbanding 3 di atas. Jika dari segi harga, harga local parts juga lebih rendah sesuai dengan kualiti yang ditawarkan.

5. Spare Part Tiruan / Palsu (Imitation)

Antara kesemua spare part yang berada di pasaran, spare part tiruan merupakan antara spare part yang dapat membahayakan pengguna kenderaan.

Sebabnya ialah kerana pengilang haram telah meniru bulat-bulat alatan original dengan menggunakan barangan yang berkualiti rendah. Dari segi pembungkusan, cetakan, rupa serta bentuk sememangnya seakan sama dengan yang original.

Spare part seperti spark plugs, valve, oil filter merupakan antara alatan terpenting yang berada pada kenderaan. Andainya penggunaan spare part tiruan ini digunakan, ada kemungkinan berlaku kegagalan fungsi enjin yang boleh menyebabkan litar pintas dan mengakibatkan kebakaran.

See also  5 Motosikal Terbaik di Malaysia Pada 2022

Jadi sangat penting untuk anda mengetahui cara-cara untuk mengenal spare part tiruan bagi mengelakkan anda ditipu di kemudian hari.

Cara Mengenal Spare Part Tiruan / Palsu

Disebabkan terlalu banyak spare part yang berada di pasaran, sangat penting untuk anda meneliti setiap aspek yang terdapat pada packaging dan permukaan spare part tersebut.

1. Packaging / Kotak / Plastik Pembalut

Spare part tiruan selalunya dapat dikenalpasti kerana dibalut menggunakan kotak yang lebih nipis serta plastik yang nampak lusuh.

Jika diteliti, packaging yang digunakan selalunya berkualiti rendah. Pastikan anda periksa setiap perincian kecil pada packaging spare part tersebut seperti printing (cetakan) pada kotak serta ketebalan kotak yang digunakan.

2. Nombor Serial & Stiker Hologram

kedai spare part kereta

Setiap pengeluar OEM akan mempunyai nombor serial yang spesifik untuk setiap produk yang dikeluarkan. Nombor serial ini akan digunakan untuk mencari semula pengilang yang menghasilkan spare part tersebut.

Selain itu, ada juga nombor serial barangan OEM terus dicetak pada kotak atau dicetak pada spare part. Bagi spare part tiruan, selalunya nombor serial akan dilekat pada kotak menggunakan stiker.

3. Typo / Kesilapan Ejaan

Di samping itu, anda perlu perhatikan typo atau kesilapan ejaan yang terdapat pada packaging / kotak serta instructions yang dibekalkan.

Jika terdapat walau sedikit kesilapan ejaan, maka ada kemungkinan spare part tersebut merupakan spare part tiruan. Sebagai contoh Bosch dieja sebagai Bocsh.

4. Tidak Mempunyai Manual Penggunaan

Anda juga perlu memastikan yang spare part tersebut dilengkapi dengan buku manual. Ada kalanya, barangan tiruan juga didatangkan dengan buku manual. Namun, buku yang dibekalkan itu mempunyai instructions yang tidak jelas serta tidak mempunyai gambarajah yang sepatutnya.

See also  Checklist Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

5. Rekaan Yang Tidak Sama dengan Rekaan Asal

[Kredit]

Antara cara lain untuk mengenalpasti spare part tiruan ialah ianya tidak sama dengan spare part yang anda pernah gunakan sebelum ini. Mungkin terdapat perbezaan dari segi warna, saiz dan berat.

6. Harga Yang Sangat Murah

Akhir sekali, terdapat perbezaan yang sangat besar antara harga spare part original dan spare part tiruan. Harga spare part original selalunya lebih mahal disebabkan barangan yang digunakan berkualiti tinggi.

Jika anda dapati barangan yang sama dengan harga yang jauh lebih murah, ada kemungkinan bahawa spare part yang dijual merupakan spare part tiruan.

Bagi spare part original, terdapat warranty bagi produk yang digunakan. Jadi, pastikan anda tanya berkenaan warranty semasa hendak membeli barangan di kedai spare part.

Kesimpulan

Akhir kata, pastikan anda dapatkan spare part yang berkualiti untuk digunakan pada kereta anda. Anda boleh sahaja menggunakan spare part OEM, local parts atau aftermarket. Tapi, pastikan anda tidak tertipu dengan menggunakan spare part tiruan pada kenderaan anda.

Spare part tiruan bukan sahaja berbahaya untuk kenderaan anda, ia juga boleh mengakibatkan kecelakaan disebabkan alatan yang digunakan tidak mematuhi piawaian yang sepatutnya.

Shopping Cart