motor terbaik Malaysia

5 Motosikal Terbaik di Malaysia Pada 2022

Adakah motorsikal terbaik ialah yang paling popular di pasaran? Ramai antara kita yang berkeinginan nak beli motosikal baru, tapi masih tak tahu nak beli model apa. Oleh itu, kami akan senaraikan 5 Motosikal Terbaik di Malaysia pada tahun 2022.

Bagi setiap motosikal, kami akan senarai ciri-ciri praktikal yang ditawarkan serta butir lanjut berkenaan model tersebut.

Anda juga boleh lihat terus motosikal tersebut di Shopee Malaysia. Jadi, lebih mudah kalau nak letak bajet untuk motosikal yang akan anda pilih nanti.

1. Yamaha Y16ZR

Motosikal Yamaha Y16ZR sentiasa menjadi idaman para pemuda yang sangat pentingkan gaya dan performance.

Ciri-ciri yang ditawarkan:

  • penarik tuas klac yang lebih pendek untuk memberikan cengkaman yang singkat dan lebih selesa ketika menukar gear
  • kerangka yang lebih ringan
  • tempat duduk jenis terpisah gaya baru
  • lampu depan LED dengan tinggi dan rendah yang berasingan
  • meter digital LCD dengan dasar gelap
  • lampu belakang LED baru
  • mempunyai sistem kunci pintar
  • dilengkapi suis pemberhentian enjin baru untuk kecemasan

Ciri teknikal yang ditawarkan Y16ZR:

  • 155cc
  • tangki bahan api 5.4 liter baru
  • mempunyai gearbox 6 kelajuan
  • mempunyai brek cakera depan untuk kestabilan ketika brek
  • klac assist & slipper untuk penukaran gear yang lebih lancar
  • dilengkapi soket kuasa USB
  • berat 119kg

2. Yamaha Y15ZR

Model Y15ZR pula ialah model motosikal yang sangat digemari ramai. Walaupun model ni sudah ada sampai edisi kedua, sentiasa ramai yang masih mencari model motor ini berbanding model baru lain keluaran Yamaha.

See also  How Does Car & Motorcycle Engine Works?

Ciri-ciri yang ditawarkan:

  • lampu depan yang lebih moden
  • tayar yang lebih lebar
  • LCD meter yang lebih berstyle
  • grafik yang tampak moden

Ciri teknikal bagi Y15ZR:

  • mempunyai sesaran 149 cc
  • kapasiti minyak sebanyak 4.2 liter
  • mempunya berat 115kg

3. Honda RSX

Model ini merupakan antara model yang terlaris setelah model RS150R sudah ditamatkan pengeluaran pada tahun 2021. Walaupun begitu, model RSX ini bukanlah seperti Winner X di Thailand yang kelihatan lebih sporty.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Honda RSX ialah:

  • lampu hadapan LED penuh
  • meter digital yang lebih stylish
  • mempunyai pembuka tempat duduk

Ciri teknikal Honda RSX:

  • sesaran 150cc
  • mempunyai kapasiti tangki minyak 4.5 liter
  • berat 122 kg
  • dikuasakan dengan DOHC 6-speed engine
  • mempunyai anti-lock braking system (ABS)

4. Yamaha NVX

Model Yamaha NVX merupakan antara skuter yang sangat digemari ramai. Namun, sangat sukar untuk mendapatkan ready stock bagi model ini.

Bagi model NVX, anda dapat memilih versi ABS ataupun tanpa ABS. Namun, tempoh booking Yamaha NVX kadangkala mengambil masa sehingga 4 bulan.

Antara ciri yang dipunyai oleh model Yamaha NVX ialah:

  • dilengkapkan dengan panel digital LCD
  • lampu hadapan dan lampu belakang LED baru
  • boleh menggunakan fungsi start & stop (versi ABS)
  • boleh hidupkan enjin tanpa perlukan kunci (versi ABS)
  • mempunyai suspensi belakang dengan sub-tank (versi ABS)
  • mempunyai ABS di bahagian hadapan (versi ABS)

Ciri teknikal Yamaha NVX:

  • sesaran 155 cc enjin baru
  • tangki minyak yang luas dengan 5.5 liter
  • mempunyai sistem Y-connect yang perlu dihubungkan ke apps Yamaha

5. Modenas Kriss MR3

Jika anda menginginkan motosikal moped dengan harga mampu milik, Modenas Kriss MR3 seharunya menjadi pilihan yang tepat untuk anda. Jika anda memilih untuk memiliki motosikal ini, kos untuk baikpulih juga berpatutan dan mampu milik.

See also  5 Benefits of using Friction Modifier for Your Vehicle

Antara ciri yang terdapat pada Modenas Kriss MR3 ialah:

  • kenderaan cekap tenaga yang mematuhi piawaian EURO 3
  • mempunyai ruang simpanan 6.6L
  • pencahayaan lampu insyarat LED yang mematuhi sistem ECE
  • paparan speedometer yang kompak

Ciri-ciri teknikal bagi Modenas Kriss MR3:

  • mempunyai sesaran 110cc
  • kapasiti tangki minyak 4.2 liter
  • dilengkapi penyerap hentak belakang untuk menyerap beban dengan lebih baik

Kesimpulan

Sebelum anda membeli sebarang motosikal, pastikan anda kenalpasti dahulu apa yang menjadi kepentingan bagi anda.

Jika anda lebih mementingkan gaya, anda boleh mencuba untuk dapatkan motosikal yang sesuai dengan gaya masa kini seperti Yamaha Y16ZR, Yamaha Y15ZR dan Honda RSX.

Selain daripada memiliki motorsikal, anda juga disarankan untuk memastikan enjin motorsikal dilindungi dengan penggunaan bahan pelincir dan aditif seperti Cycopro X5 friction modifier.

Namun, jika anda memilih untuk membeli motosikal yang mampu milik dan sesuai dengan bajet anda; anda boleh memilih untuk mendapatkan motosikal Modenas Kriss MR3.

Shopping Cart