Apa itu Friction Modifier?

Ramai yang sedang mencari alternatif untuk menjimatkan minyak petrol. Tidak lain tidak bukan, hal ini terjadi kerana harga petrol semakin meningkat saban hari. Antara cara untuk menjimatkan minyak ialah dengan menggunakan friction modifier. Tapi, apa itu friction modifier?

Boleh tak percaya dengan friction modifier?

Dalam keadaan yang terdesak seperti ini, banyak munculnya iklan yang memaparkan cara untuk menjimatkan minyak dengan mudah. Tidak kurang juga, ada yang tertipu dengan iklan-iklan mengarut berkenaan kad yang mampu mengecilkan molekul minyak.

Apabila keadaan ini terjadi, makin ramai yang terlalu skeptikal untuk percayakan iklan-iklan yang mereka temui di sosial media.

Ada baiknya apabila berhati-hati. Tapi dalam keadaan tertentu, terlalu berhati-hati dapat menutup ruang untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.

Sebab itu, kami akan terangkan lebih lanjut berkenaan friction modifier dan mekanisma yang digunakan bagi menjimatkan minyak petrol.

Apa itu friction modifier?

apa itu friction modifier

Friction modifier ialah bahan tambahan yang terbukti memainkan peranan penting dalam meningkatkan penjimatan bahan api dalam kenderaan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jean M. Herdan, penjimatan bahan api boleh dipertingkatkan dengan mengurangkan kelikatan minyak enjin melalui penggunaan bahan tambahan seperti friction modifier.

Kaitan Friction Modifier Dan Geseran

Kajian berkisar tentang penggunaan friction modifier juga dikaitkan dengan keupayaannya dalam meningkatkan prestasi minyak enjin berkelikatan rendah.

Untuk pengetahuan anda, geseran ialah daya yang mampu untuk memperlahankan pergerakan objek. Geseran seperti ini terdapat di dalam semua jenis sistem mekanikal.

See also  5 Benefits of using Friction Modifier for Your Vehicle

Terdapat 3 kategori geseran iaitu geseran kinetik, geseran statik dan geseran dinamik.

Perbezaan di antara 3 jenis geseran ini:

  1. Geseran kinetik: dua permukaan bergerak secara relatif antara satu sama lain
  2. Geseran statik: dua permukaan berada dalam keadaan rehat relatif antara satu sama lain
  3. Geseran dinamik: satu permukaan bergerak manakala permukaan lain kekal pegun atau sebaliknya

Apabila geseran berlaku yang melibatkan dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain, ia dapat dikurangkan dengan mudah. Antara cara untuk mengurangkan geseran ialah dengan melincirkan permukaan dengan minyak atau air untuk mengurangkan geseran bagi kedua-dua permukaan.

Fungsi Friction Modifier

apa itu friction modifier

Friction modifier ialah bahan kimia larut minyak yang biasa digunakan sebagai bahan tambahan dalam pelincir untuk pembakaran dalaman enjin serta di dalam sistem transmisi.

Kata mudah, friction modifier berfungsi untuk membantu melancarkan pergerakan komponen enjin untuk mengelakkan daripada permukaan dalaman enjin rosak dengan mudah.

Dengan penggunaan friction modifier, permukaan komponen enjin tidak bersentuhan secara langsung, sekaligus dapat mengurangkan geseran di dalamnya.

Penerangan Teknikal Bagaimana Friction Modifier Berfungsi

[Kredit]

Setiap molekul friction modifier terdiri daripada 2 bahagian, iaitu hujung kutub (polar head) sebagai kepala, dan hujung larut minyak (oil soluble end) sebagai ekor.

Bahagian kepala molekul melekat pada permukaan logam enjin, seterusnya mewujudkan perisai yang melindungi permukaan logam daripada merosakkan permukaan logam lain.

Sebaliknya, bahagian ekor disusun secara menegak di sebelah satu sama lain untuk membentuk lapisan yang meliputi permukaan logam enjin.

Setiap molekul akan melindungi permukaan logam daripada bersentuhan dengan permukaan lain, justeru menghalangnya daripada haus atau bergesel antara satu sama lain.

Sebenarnya, sejak tahun 1970-an lagi penggunaan friction modifier semakin meningkat disebabkan keperluan mendesak untuk meningkatkan penjimatan dan mengurangkan penggunaan bahan api.

See also  Top 10 Car Maintenance Checklist You Should Know

Tapi bagaimana friction modifier dapat meningkatkan penjimatan dan mengurangkan penggunaan bahan api?

Bagaimana Friction Modifier Dapat Mengurangkan Penggunaan Bahan Api

[Kredit]

Secara saintifik, friction modifier akan bertindak sebagai kusyen yang dapat mengurangkan geseran di antara permukaan logam.

Dengan mengurangkan geseran di dalam enjin, maka permukaan enjin tidak akan mudah haus. Hal ini dapat membantu untuk menjimatkan bahan api.

Selain itu, molekul friction modifier juga akan melapisi permukaan enjin sekaligus memastikan geseran yang berlaku merupakan geseran yang paling ringan.

Berdasarkan kajian, terdapat juga penyelidik yang mendapati bahawa friction modifier penting bagi minyak yang mempunyai kelikatan rendah.

Kebaikan Friction Modifier

Cycopro Frictional Modifier mampu untuk:

  • kurangkan geseran dan ware di dalam sistem pelinciran enjin
  • mengurangkan suhu panas enjin
  • optimumkan prestasi minyak enjin
  • melindungi dalaman enjin & memanjangkan hayat enjin
  • mengurangkan bunyi & gegaran dari enjin
  • memanjangkan hayat minyak enjin
  • meningkatkan prestasi enjin
  • membantu memastikan enjin lebih bersih
  • penukaran pedal lebih smooth & kuasa pecutan bertambah
  • rintangan kehausan (ware) & faedah pelinciran yang bagus
  • menambah baik kecekapan bahan api
  • risiko rendah untuk overhaul

Nak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. Jadi tak ada salahnya jika anda mengubah friction modifier pada kenderaan anda mulai hari ini.

Shopping Cart