bila perlu tukar tayar kereta

5 Tanda Yang Anda Perlu Tahu Bila Perlu Tukar Tayar Kereta

Bila anda sudah memiliki kenderaan sendiri, banyak aspek yang anda perlu ambil tahu berkenaan kenderaan anda. Antara berkenaan tayar kereta. Selalunya, ramai yang akan bertanya bila perlu tukar tayar kereta.

Tayar merupakan aspek yang sangat penting bagi kereta anda. Jika anda tidak jaga dengan betul, banyak kemalangan yang boleh terjadi hanya disebabkan anda tidak mengamalkan langkah-langkah yang sepatutnya.

Bila Perlu Tukar Tayar Kereta

Untuk menjawab persoalan ni, sebenarnya bergantung kepada jenis kereta, jenis tayar serta sekerap mana penggunaan kereta anda.

Oleh sebab itu, kami akan senaraikan untuk anda beberapa tanda tayar kereta anda perlu ditukar dengan segera.

1. Cengkaman Tayar Semakin Hilang

Sebagai pemilik kereta, anda memang akan dapat rasa bila cengkaman tayar anda mula hilang. Selalunya, anda akan dapat mendengar bunyi pelik yang datang daripada tayar.

Sebagai contoh, ketika anda mula untuk memecut, tayar anda akan berbunyi disebabkan ia tidak dapat menghantar kuasa enjin ke atas permukaan jalan ketika mula bergerak.

2. Rasa Tayar Terseret Ketika Brek

Kereta yang mempunyai cengkaman tayar yang bagus akan dapat menghentikan kereta dengan baik. Namun, jika tayar kereta anda haus dan terasa seperti diseret semasa brek; ini bermakna anda perlu menukar tayar baru.

See also  Minyak Enjin Terbaik Untuk Motosikal di Malaysia

Jika anda masih berkira untuk menukar tayar baru, cuba bayangkan jika anda brek dan kereta anda terseret jauh dari sepatutnya. Tidak semena, keadaan ini akan membahayakan nyawa anda juga.

Sebab itu, sangat penting untuk anda menukar tayar jika ianya telah lama dan sudah tidak sesuai untuk digunakan.

3. Tayar Bengkak

[Kredit]

Selain itu, tayar anda boleh menjadi bengkak dan mengalami kerosakan struktur. Tayar bengkak terjadi apabila telah mencapai tarikh luput (walaupun bunga masih banyak) atau disebabkan terjatuh ke dalam lubang. Jadi, hati-hati jika anda ternampak lubang selepas ni.

Ketika anda memandu dengan menggunakan tayar bengkak, anda akan dapat rasa seperti sedang melalui jalan yang tidak rata. Di samping itu, anda juga dapat merasa gegaran pada stereng kereta.

Jika anda terus menggunakan tayar bengkak, lama-kelamaan tayar anda akan meletup dan akan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.

4. Kereta Rasa Tergelincir Bila Lalu Lopak Air

Situasi ini disebut sebagai aquaplaning iaitu situasi dimana tayar gagal menyingkirkan air di atas permukaan jalan. Disebabkan itu, tayar kereta tidak dapat mencengkam permukaan jalan.

Anda dapat merasakan seolah-oleh kereta anda terapung atau tergelincir semasa melalui lopak air. Selain itu, anda juga akan sedar yang meter anda semakin bertambah walaupun anda menekan minyak secara sekata.

Jika nasib anda tidak baik, kereta anda boleh terbabas semasa musim hujan. Oleh itu, ada baiknya anda menukar tayar kereta anda segera.

5. Tread Wear Indicator

Tread Wear Indicator ialah merupakan kaedah visual untuk menentukan kadar kehausan tayar. Tayar baru biasanya datang dengan ketebalan antara 7-9mm.

Apabila tayar haus, tread wear indicator akan berada rapat dengan permukaan jalan.

See also  What to do when your car breaks down?

Cara Cek Jika Perlu Tukar Tayar Kereta

Antara cara mudah untuk cek bunga tayar ialah dengan menggunakan duit syiling 10 sen.

  1. Letakkan syiling 10 sen pada celah antara jalur tayar
  2. Sekiranya perkataan Malaysia pada duit syiling tidak dapat dilihat, bermakna bunga tayar dalam keadaan bagus dan boleh digunakan

FAQ Berkenaan Tayar Kereta

Berapa Kos Tukar Tayar Kereta?

Sebenarnya, kos tukar tayar kereta bergantung kepada saiz tayar serta jenama tayar tersebut. Jika anda ingat menukar tayar kereta Viva, anda boleh dapat dengan harga bermula RM90 – RM180 sahaja.

Tapi, lain pula jika anda nak tukar tayar untuk kereta Toyota. Harga akan berbeza disebabkan saiz tayar yang lebih lebar serta kualiti dan jenama tayar tersebut.

Perlu Tukar Tayar Kereta Setiap Berapa Tahun?

Ramai yang sebenarnya akan tanya, tayar perlu tukar masa bila?

Tidak ada jawapan spesifik untuk soalan ni. Sebab tayar ditukar bergantung kepada tempoh masa anda gunakan tayar serta berapa jauh jarak perjalanan yang sudah ditempuh.

Boleh Tak Tukar Tayar Kereta Sebelah Sahaja?

Boleh, bergantung kepada anda samada nak tukar sebelah atau seberapa yang anda nak.

Selalunya, ramai yang cenderung untuk tukar 2 tayar sekaligus atau 4 sekaligus. Jika tukar 2 tayar, kedudukan tayar akan dibuat secara bersilang (tidak digalakkan cuma sesuai untuk menjimatkan kos).

Jika anda ada kos yang mencukupi, lebih baik untuk menukar semua tayar yang tidak lagi menepati piawaian tayar yang sepatutnya.

Tips Elak Ditipu Semasa Membeli Tayar

Sebelum anda beli sebarang tayar untuk kereta anda, pastikan dulu anda cek sendiri kondisi tayar anda.

Bila anda sudah ada di kedai tayar, lihat semua tayar yang ada di dalam kedai. Buat anda yang baru pertama kali berada di kedai tayar, ada 2 jenis tayar yang biasanya dijual iaitu:

  1. Tayar Baru
  2. Tayar Terpakai
See also  Cara Penjagaan Rantai Motosikal Supaya Tahan Lebih Lama

Pastikan anda tanya dulu owner kedai berkenaan tayar yang ada di kedai. Bukan main pilih tunjuk yang paling murah je, mana tahu tu sebenarnya tayar terpakai atau tayar secondhand.

Tayar terpakai selalunya jauh lebih murah sekitar 50% berbanding tayar baru. Sangat tidak berbaloi untuk menggunakan tayar terpakai disebabkan ketahanan tayar cuma sekitar setahun ke setahun setengah.

Tapi bagi golongan yang terdesak untuk menukar tayar baru disebabkan tayar bocor atau rosak, mereka tetap akan membeli tayar terpakai yang boleh membahayakan nyawa sendiri.

Cara Cek Tayar Expired / Tayar Lama

Anda boleh cek sendiri bila tayar anda dibuat pada kod yang tertera pada permukaan tayar anda.

Sebagai contoh jika 0515.

Ia menunjukkan tayar tersebut merupakan tayar keluaran dari kilang pada minggu ke 5 tahun 2015.

Untuk pada yang baru menggunakan kereta, sebenarnya tayar kereta mempunyai jangka hayat selama 5 tahun dari tarikh pembuatan.

Jadi, pastikan anda lihat dahulu tarikh pembuatan tayar anda supaya anda tidak ditipu oleh owner kedai.

Kesimpulan

Kami berharap agar anda mendapat input yang berguna selepas membaca artikel ini. Hal berkenaan tayar merupakan pengetahuan yang perlu diketahui oleh setiap pemilik kenderaan.

Jika anda mengabaikan berkenaan pengetahuan tayar, ada kemungkinan yang ia bakal membahayakan nyawa anda, keluarga serta penumpang lain. Jika anda ingin menjaga prestasi enjin kereta, anda juga boleh menggunakan Cycopro Frictional Modifier .

Shopping Cart