Dalam artikel ni, kami akan kongsikan kebaikan friction modifier atau pengubahsuai geseran untuk kenderaan anda. Anda boleh jawab beberapa soalan terlebih dahulu.
Pernah tak anda ada pengalaman seperti minyak kereta atau motor tiba-tiba selalu cepat habis?
Ataupun ada asap putih yang keluar daripada ekzos kenderaan anda?
Anda tahu tak, sebenarnya masalah ni boleh diselesaikan dengan penggunaan bahan aditif ini?
Buat pengetahuan anda, fungsi pengubahsuai geseran ialah untuk mengurangkan geseran yang berlaku di dalam komponen enjin. Tapi tahukah anda, yang sebenarnya ia juga dapat membantu untuk membuatkan penyelenggaraan enjin menjadi lebih efektif?
Banyak sebenarnya kebaikan yang ramai belum tahu berkenaan pengubahsuai geseran. Sebenarnya jika friction modifier digunakan secara berterusan, banyak kebaikan yang akan diperoleh oleh kenderaan anda.
Yang paling penting, anda juga dapat menjimatkan wang kerana kerosakan minor yang terjadi di bahagian dalaman enjin dapat dikurangkan hanya dengan menggunakan friction modifier.
5 Kebaikan pengubahsuai geseran
Disebabkan itu, kami akan menyenaraikan beberapa masalah enjin yang mungkin berlaku kepada kenderaan anda. Tapi dengan penggunaan FM, masalah enjin seperti ini dapat dielakkan di kemudian hari.
Table of Contents
1. Membantu Menjimatkan Minyak
Antara kebaikan friction modifier ialah ianya dapat membantu untuk menjimatkan minyak kereta dan motor anda.
Dengan penggunaan pada enjin kenderaan, molekul friction modifier akan membentuk satu lapisan di dalam bahagian dalam enjin untuk menghalang daripada geseran semasa penggunaan enjin. Justeru, ianya dapat membantu untuk menjimatkan minyak kenderaan anda.
Selain itu, terdapat beberapa kajian juga mengesahkan bahawa penggunaan friction modifier bersama minyak yang berkelikatan rendah (low viscosity oil) dapat membuatkan minyak dapat dijimatkan dengan lebih efektif.
2. Mengurangkan Geseran Pada Permukaan Enjin
Seperti yang kita tahu, friction modifier dapat mengurangkan geseran pada permukaan enjin.
Caranya ialah apabila molekul friction modifier membentuk satu lapisan di dalam bahagian dalam enjin untuk menghalang daripada geseran semasa penggunaan enjin.
Dengan keupayaan seperti ini, komponen lain yang bergerak di dalam enjin juga dapat bertahan lebih lama berbanding jika tidak menggunakan friction modifier.
3. Melancarkan Penukaran Gear Atau Speed
Di samping itu, friction modifier juga berfungsi untuk melancarkan penukaran gear atau speed semasa memandu. Dalam kata mudah, friction modifier dapat membantu menangani masalah enjin kereta tidak lancar dan kurang pickup.
Apabila friction modifier digunakan, terdapat minyak pelincir yang dapat melincirkan cluth dan mengelakkan daripada bergeser sesama sendiri. Oleh itu, geseran dapat dikurangkan dan clutch dapat berfungsi dengan lebih baik semasa penukaran gear.
4. Mengurangkan Bunyi Enjin Dan Getaran
Pernah tak enjin kereta atau motor anda bunyi terlalu kuat? Bila start je enjin, terus mengaum lain macam.
Kadang-kadang, keluar juga bunyi yang terlalu kuat ketika memecut. Selain itu, kadangkala kenderaan jadi tersengguk-sengguk semasa menekan minyak.
Mesti runsing bila berdepan keadaan macam ni. Dalam otak tu macam dah berkira siap-siap jumlah wang yang diperlukan untuk membaiki kenderaan.
Kalau anda perasan, kebanyakan kereta jenama Malaysia dan Jepun mempunyai komponen enjin dalaman yang cepat haus. Awalnya memang elok, tapi lama-kelamaan akan mula keluar bunyi yang tidak menyenangkan.
Tapi anda jangan risau, jika kenderaan anda ada tanda macam ni, anda perlu lebih berhati-hati. Antara langkah awal yang anda boleh ambil ialah dengan mengamalkan penggunaan friction modifier di dalam kenderaan anda.
Pengubahsuai geseran ini digunakan untuk memastikan enjin kenderaan anda dijaga dengan lebih baik.
Namun, jika anda masih bertekad untuk terus biarkan kenderaan anda tanpa sebarang langkah awal – terdapat juga kemungkinan untuk terpaksa overhaul keseluruhan enjin pada masa akan datang.
5. Menambah Jangka Hayat Enjin Kenderaan
Penggunaan bahan aditif ini dapat membantu untuk mengurankan kesan calar dan bertindak untuk menanggalkan kotoran karbon yang melekat dalam komponen enjin. Kotoran ini selalunya akan dibuang bersama-sama dengan minyak enjin yang telah lama dan perlu ditukar baru.
Dengan mengurangkan geseran dan kesan haus pada bahagian dalaman enjin, bahan aditif ini dapat menambah jangka hayat enjin kenderaan anda. Ia juga mampu untuk meningkatkan prestasi enjin.
Kadangkala, anda tidak dapat melihat sebarang perubahan yang mendadak pada prestasi enjin kenderaan anda. Namun, anda akan sedar pemanduan anda menjadi lebih smooth and enjin beroperasi dengan lebih efisyen.
Di samping itu, anda akan mendapati bahawa enjin anda juga tidak mengalami kerosakan major serta tidak memerlukan baik pulih yang terlalu kerap seperti sebelum ini.
Kesimpulan manfaat friction modifier
Walaupun terdapat banyak kebaikan friction modifier pada kenderaan anda, ia tidak dapat menyelesaikan semua permasalahan yang dialami oleh enjin anda.
Jika anda ingin menjaga prestasi enjin kenderaan, anda juga boleh menggunakan Cycopro Frictional Modifier. CYCOPRO mampu untuk:
- kurangkan geseran dan ware di dalam sistem pelinciran enjin
- mengurangkan suhu panas enjin
- optimumkan prestasi minyak enjin
- melindungi dalaman enjin & memanjangkan hayat enjin
- mengurangkan bunyi & gegaran dari enjin
- memanjangkan hayat minyak enjin
- meningkatkan prestasi enjin
- membantu memastikan enjin lebih bersih
- penukaran pedal lebih smooth & kuasa pecutan bertambah
- rintangan kehausan (ware) & faedah pelinciran yang bagus
- menambah baik kecekapan bahan api
- risiko rendah untuk overhaul
Jika kenderaan anda mengalami permasalahan yang berterusan pada enjin, anda digalakkan untuk menghantar kenderaan anda ke bengkel yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Kami berharap agar artikel ini dapat membantu anda untuk memahami serba sedikit berkenaan kebaikan apabila menggunakan pengubahsuai geseran pada kenderaan anda.