motor secondhand

10 Tips Beli Motor Secondhand dari Kedai Motor

Macam mana sebenarnya nak beli motor secondhand atau motor terpakai? Patut beli di kedai motor atau boleh je beli dari individu perseorangan?

Sebenarnya, bergantung kepada anda samada nak beli dari kedai motor atau dari orang perseorangan.

Kenapa Perlu Beli Motor Secondhand dari Kedai Motor?

kedai motor

Cuma, kalau anda beli dari kedai motor – akan rasa lebih selamat sebab kedai motor akan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Kalau diikutkan, memang sangat ramai yang nakkan motor secondhand yang murah. Ada masanya, sampai kena tipu sebab tak pernah tahu menahu berkenaan motor lari kedai.

Apa itu Motor Lari Kedai

Motor lari kedai ni sebenarnya bermaksud motor yang masih terikat dengan loan dari kedai motor atau loan bank. Maksudnya, secara legal bermaksud motor ni masih belum habis bayar dan masih berhutang dengan kedai.

Pernah terjadi kes dimana pemilik baru memang tak pernah tahu menahu berkenaan motor yang baru dibeli. Tapi tak semena, motor kena tarik disebabkan owner lama masih berhutang dengan kedai.

Jadi, memang sangat bahaya sebenarnya bila beli motor secondhand tanpa buat sebarang usul periksa berkenaan status motor dan status owner lama.

Sebab tu, lebih mudah jika anda beli motor secondhand di kedai motor. Nak uruskan dokumen pun lebih mudah dan sentiasa ada black and white berkenaan urusan pembelian motor.

See also  Checklist Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

Tips Beli Motor Secondhand dari Kedai Motor

Jika anda ingin beli motor secondhand, pastikan anda ikuti tips yang akan kami berikan di bawah. Memang pembelian motor secondhand sangat berbaloi, tapi anda perlu tahu beberapa perkara asas sebelum membeli motor secondhand.

Kami akan terangkan lebih lanjut di bawah.

1. Pastikan Motor Secondhand Ada Geran Motor

[Kredit]

Anda perlu pastikan yang motor tersebut mempunyai dokumen yang sah seperti geran motor. Geran motor ini berfungsi sebagai dokumen yang boleh mengesahkan identiti motor yang dibeli.

Antara perkara yang terdapat pada geran motor ialah seperti nombor enjin, nombor casis buatan, model, kelas kegunaan dan lain-lain.

Selain itu, geran motor juga turut mempunyai maklumat seperti rekod bayaran motor yang telah dilunaskan termasuk bayaran roadtax motor, pertukaran hak milik dan alamat.

Bagi mereka yang ingin membeli motor dari orang perseorangan, pastikan anda lihat dahulu geran motor. Bagi motor yang masih terikat dengan hutang kedai, hanya geran fotostat sahaja yang akan dibekalkan.

Untuk mengelakkan diri dari ditipu semasa beli motor secondhand, anda boleh cari dari mana motor tersebut dibeli. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh terus telefon kedai tersebut dan bertanyakan status motor yang ingin dijual.

Sangat rugi sekiranya anda mengabaikan langkah ni. Sebab dari sini anda boleh tahu jika motor tersebut telah masuk ke senarai tarik (motor akan ditarik oleh kedai motor bila-bila masa sahaja). Lagi malang jika anda telah bayar motor tersebut dan geng tarik terus saja tarik motor anda tanpa pengetahuan anda.

2. Cantik Luaran Tak Semestinya Elok Dalaman

Secara asasnya, semua orang sukakan kecantikan. Sama juga macam nak beli motor secondhand, mesti akan tengok bahagian luaran dulu.

See also  10 Checklist Servis Kereta Yang Anda Patut Tahu

Tapi anda perlu ingat, banyak perkara yang perlu dilihat selain daripada luaran sahaja. Kalau anda nak tahu, kebanyakan owner motor akan mencantikkan motor mereka sebelum jual kepada kedai. Dengan cara ini, nilai motor yang dijual dapat ditingkatkan lagi.

Oleh itu, anda disarankan untuk periksa dahulu keadaan motor secondhand sebelum membuat sebarang urusan jual beli.

3. Periksa Minyak Hitam Motor

Sebelum anda hidupkan motor, buka penyukat minyak hitam dan lihat paras mana minyak hitam tersebut. Jika anda lihat minyak hitam diletakkan berlebihan, bunyi enjin akan lebih perlahan sekaligus menutup bunyi asal enjin tersebut.

4. Lihat Mileage Motor Secondhand

[Kredit]

Anda juga boleh cek mileage atau speedometer bagi motor secondhand. Mileage ni merujuk kepada jarak yang telah ditempuh menggunakan motor tersebut. Jika mileage tinggi, maknanya owner sebelum ni selalu gunakan motor tersebut.

Antara risiko jika beli motor milege tinggi ni antaranya banyak part yang sudah rosak dan perlu diganti. Jika anda tak bersedia untuk tukar parts walaupun baru sahaja beli motor, disarankan untuk terus cari motor yang mempunyai mileage yang lebih rendah.

5. Periksa Body Motor

Anda boleh letakkan motor pada kedudukan double stand dan tegakkan handle hadapan. Dari situ, biarkan motosikal berdiri tegak. Pastikan motor kelihatan center antara body bahagian depan dan bahagian belakang.

Andainya anda dapat lihat motor sudah tak center, ada kemungkinan motor tersebut pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ni.

6. Periksa Bahagian Tayar Belakang

Selain itu, anda boleh lihat kelurusan roda pada bahagian belakang motosikal. Jika anda perasan motor nampak tidak center, berkemungkinan motor pernah terjatuh dan berlaku pelanggaran.

See also  Cara Penjagaan Rantai Motosikal Supaya Tahan Lebih Lama

7. Cek Batang Fork

Batang fork merupakan antara komponen penting motor. Jika terdapat kesan minyak pada batang fork, kemungkinan ia berpunca daripada getak pengadang minyak yang telah rosak.

Jika batang fork bengkok, kemungkinan motor pernah terlibat dalam kemalangan. Anda juga boleh cuba goyangkan motor sebelum beli. Jangan takut untuk goyangkan motor. Dari situ, ada boleh lihat sama ada swing arm masih elok atau telah haus.

8. Periksa Enjin Motor Secondhand

Di samping itu, anda perlu periksa keadaan enjin motor sekiranya terdapat sebarang kebocoran atau kerekan pada komponen ni. Jika berlakunya kebocoran enjin, sekaligus ia boleh mendatangkan risiko kerosakan kepada komponen lain yang boleh melibatkan kos pembaikan yang lebih tinggi.

Anda juga boleh dengar bunyi enjin motor semasa dihidupkan. Selain tu, lihat juga pada warna asap yang keluar dari bahagian ekzos motor. Jika asap berwarna hitam atau putih, itu bermaksud motor tersebut mempunyai masalah tertentu di bahagian enjin.

9. Lihat Sistem Wiring

[Kredit]

Walaupun anda tidak arif dalam segi wiring, pastinya ada dapat kesan jika terdapat sebarang wayar sambung. Pastikan tiada sebarang elemen potong dan sambung pada wayar motor secondhand.

Anda juga boleh cek lampu depan, lampu belakang, lampu signal dan juga lampu brek. Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.

10. Test Ride dan Pastikan Warranti Motor Secondhand

Akhir sekali, pastikan anda test ride atau pandu uji dahulu motor sebelum buat keputusan untuk membeli. Anda pasti tidak mahu tertipu hanya dengan buat keputusan berdasarkan pandangan mata sahaja.

Bagi motor secondhand, cuba tunggang dalam kelajuan 100 hingga 110km/j dan periksa jika terdapat sebarang gegaran dan dan isu lain seperti brek, alignment tayar dan bunyi yang dihasilkan.

Untuk berjaga-jaga, anda juga boleh minta warranti motor secondhand dari pihak kedai. Sebenarnya, ada juga kemungkinan yang motor secondhand tidak berfungsi dengan baik. Dengan adanya warranti, ianya boleh melindungi pihak anda jika sesuatu berlaku dalam tempoh tersebut.

Kesimpulan

Kami di Cycopro berharap agar tips ini dapat membantu anda untuk membuat sebarang pembelian motor secondhand. Anda juga boleh menggunakan Cycopro Frictional Modifier untuk meningkatkan prestasi enjin motor secondhand anda.

Shopping Cart