10 Checklist Servis Kereta Yang Anda Patut Tahu

Bagi pemilik baru kenderaan, sudah pasti anda tertanya-tanya apa yang patut dilakukan semasa pertama kali mempunyai kereta. Ramai sebenarnya yang culas untuk ambil tahu tentang kenderaan mereka. Tapi, banyak duit yang dapat dijimatkan jika setiap pemilik tahu checklist servis kereta supaya mereka sendiri dapat memeriksa kondisi kereta dari semasa ke semasa.

Pada awalnya, mungkin kerosakan yang dialami adalah kerosakan yang kecil. Tapi andainya pemilik sambil lewa dan terus biarkan kerosakan kereta berlanjutan, ada kemungkinan yang kerosakan akan jadi lebih besar dan akan menelan perbelanjaan lebih tinggi.

Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, setiap pemilik kereta perlu mengambil tahu serba sedikit berkenaan cara untuk memeriksa kenderaan sendiri.

10 Checklist Servis Kereta Yang Anda Patut Tahu

1. Sentiasa Periksa Lampu

Sentiasa periksa lampu kenderaan anda. Antara lampu yang perlu diperiksa ialah lampu hadapan, lampu belakang, lampu atas, lampu signal dan lampu brek.

Lampu adalah komponen yang sangat penting apabila anda memandu pada waktu malam. Selain itu, anda juga perlu pastikan lampu depan kereta anda tidak kuning dan jelas.

Hal ini demikian kerana lampu yang tidak dikilatkan dapat membuatkan lampu tidak kelihatan pada waktu malam terutamanya semasa hujan.

1.1 Tips Untuk Kilatkan Lampu Kereta

[Kredit]

Bahan yang anda boleh gunakan untuk kilatkan lampu kereta:

  • Kertas pasir gred 600
  • Kertas pasir gred 1000
  • Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)
See also  5 Tanda Yang Anda Perlu Tahu Bila Perlu Tukar Tayar Kereta

Langkah-langkah:

  1. Ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur
  2. Gosok dengan menggunakan air. Pada masa ni, kesan kotor dan kuning akan mula tertanggal
  3. Lap & keringkan lampu
  4. Gosok pula dengan kertas pasir gred 1000. Anda juga boleh gunakan gred 1500 dan 2000. Caranya sama iaitu dengan menggunakan air
  5. Lap dan keringkan
  6. Gilap menggunakan Autosol Metal Polisher. Caranya ialah dengan picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
  7. Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah

2. Pastikan Brek Anda Berfungsi Dengan Elok

Selain itu, anda perlu sentiasa memastikan brek dapat berfungsi dengan baik. Ketahanan brek selalunya berbeza antara satu sama lain.

Sebab itu, anda perlulah sentiasa cek samada brek masih elok ataupun tidak. Tapi, jika anda sentiasa memandu di kawasan bandar, lebih baik jika anda sentiasa memeriksa brek kereta anda.

Selalunya, kerosakan brek dapat dikesan dengan sangat mudah. Antara tanda-tanda kerosakan brek ialah terdapat bunyi yang kuat ketika membrek.

Anda juga boleh sentiasa melihat pada lampu brek pada dashboard kereta. Jika lampu brek menyala, maka kemungkinan terdapat masalah pada minyak brek dan perlu sentiasa diperiksa segera.

3. Tukar Minyak

Minyak yang terdapat di dalam kereta dapat mencegah daripada overheating dan kerosakan yang disebabkan geseran. Oleh itu, anda perlu sentiasa memeriksa tangki minyak agar kereta dapat beroperasi dengan baik.

Selalunya, minyak perlu ditukar sekitar mileage 5,000km. Namun, anda juga boleh menukar minyak kereta anda sendiri. Oleh sebab itu, pastikan anda baca terlebih dahulu manual yang diberikan semasa anda membeli kereta.

Dari segi minyak pula, setiap jenis minyak mempunyai kegunaan yang tersendiri. Jadi, pastikan anda sentiasa merujuk kepada mekanik di bengkel berkenaan minyak yang sesuai dengan kereta anda.

See also  Checklist Servis Kereta Sebelum Balik Kampung

4. Cek Penapis Udara (Air Filter)

Di samping itu, anda harus sentiasa memeriksa air filter pada bahagian enjin. Kadangkala, terdapat terlalu banyak debu dan kotoran pada air filter jika telah lama digunakan.

Air filter boleh tersumbat jika tidak diselenggara dengan baik. Hal ini boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih serius pada bahagian enjin.

Untuk memudahkan anda, kami sarankan untuk anda periksa air filter pada setiap bulan. Jika air filter kotor atau tersumbat, kami galakkan untuk tukar segera.

5. Lakukan Pemeriksaan Pada Wiper

Walaupun nampak remeh, tapi wiper sangat penting untuk kereta anda. Jika getah pada wiper anda sudah tidak mampu untuk membersihkan bahagian cermin dengan elok, pastikan anda segera tukar kepada yang baru.

Selain itu, anda juga perlu pastikan yang wiper anda dipasang dengan ketat dan tidak longgar. Terdapat kes dimana wiper tiba-tiba tercabut dan menyebabkan kemalangan semasa musim hujan.

6. Cek Bunga Tayar

Tayar merupakan aspek yang sangat penting bagi kereta anda. Jika anda tidak jaga dengan betul, banyak kemalangan yang boleh terjadi hanya disebabkan anda tidak mengamalkan langkah-langkah yang sepatutnya.

Antara cara mudah untuk cek bunga tayar ialah dengan menggunakan duit syiling 10 sen.

  1. Letakkan syiling 10 sen pada celah antara jalur tayar
  2. Sekiranya perkataan Malaysia pada duit syiling tidak dapat dilihat, bermakna bunga tayar dalam keadaan bagus dan boleh digunakan

7. Shock Absorber / Penyerap Hentakan

Di samping itu, anda juga perlu melakukan pemeriksaan bagi penyerap hentakan atau lebih dikenali sebagai shock absorber.

Shock absorber digunakan untuk memastikan pergerakan kereta stabil walaupun semasa melalui bonggol di jalan raya. Jika anda merasakan bahawa kereta anda jadi tidak stabil semasa melalui bonggol, bawa kereta anda ke bengkel berdekatan untuk lakukan pemeriksaan lanjut.

8. Pemeriksaan Pada Timing Belt

Pemeriksaan pada timing belt juga perlu diberikan perhatian oleh pemilik kereta. Hal ini demikian kerana tali sawat

See also  7 Things Your Mechanic Won’t Tell You

berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen lain dalam enjin seperti camshaft dan crankshaft.

Selalunya, timing belt perlu ditukar setiap 80,000 km sehinga 100,000 km. Kebiasaannya, timing belt tidak akan menunjukkan apa-apa tanda bila akan putus.

Jadi nak taknak, anda perlu sentiasa memantau keadaan timing belt dari semasa ke semasa untuk mengesan andai terdapat tanda kerosakan belting.

9. Spark Plug / Palam Pencucuh

[Kredit]

Di samping itu, setiap pemilik kenderaan perlu tahu berkenaan kepentingan spark plug. Antara tanda-tanda kerosakan spark plug ialah anda akan menghadapi kesukaran untuk menghidupkan enjin di waktu pagi.

Pastikan anda sentiasa awasi keadaan spark plug dan bawa ke bengkel yang berdekatan jika kereta anda sukar untuk dihidupkan.

10. Bateri

Sangat penting untuk setiap pemandu tahu berkenaan tips penjagaan bateri kereta. Antaranya ialah kerana jika bateri tiba-tiba buat hal, anda memang langsung tak dapat nak hidupkan kereta.

Antara tanda-tanda bateri kereta lemah ialah:

  • Kereta susah nak start atau kereta tak boleh start langsung
  • Lampu amaran kereta menyala
  • Bau busuk berpunca dari bahagian bonet depan
  • Alarm kereta berbunyi sendiri

Kalau anda alami situasi seperti ini, mungkin penyebabnya berpunca daripada bateri. Jadi sangat penting untuk anda sentiasa amalkan tips penjagaan bateri kereta yang betul.

Kesimpulan

Bagi memastikan kereta anda berada dalam kondisi yang baik, pastikan anda mengambil langkah-langkah awal untuk sentiasa memeriksa dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin menjaga prestasi enjin kereta, anda juga boleh menggunakan Cycopro Frictional Modifier. CYCOPRO mampu untuk::

  • kurangkan geseran dan ware di dalam sistem pelinciran enjin
  • mengurangkan suhu panas enjin
  • optimumkan prestasi minyak enjin
  • melindungi dalaman enjin & memanjangkan hayat enjin
  • mengurangkan bunyi & gegaran dari enjin
  • memanjangkan hayat minyak enjin
  • meningkatkan prestasi enjin
  • membantu memastikan enjin lebih bersih
  • penukaran pedal lebih smooth & kuasa pecutan bertambah
  • rintangan kehausan (ware) & faedah pelinciran yang bagus
  • menambah baik kecekapan bahan api
  • risiko rendah untuk overhaul

Kami berharap agar artikel ini dapat membantu anda untuk melakukan servis kereta pada kali pertama dan seterusnya.

Kredit: Mekanika, Sirap Limau, Qoala

Shopping Cart