Enjin kereta ialah komponen yang paling penting untuk menggerakkan kereta. Masalah enjin kereta sering terjadi kepada kereta terpakai mahupun kereta baru yang telah digunakan setelah 5 tahun. Walaupun begitu, masalah enjin kereta boleh diatasi jika kereta dijaga dengan baik mengikut cara yang sepatutnya.
Adalah lebih baik untuk anda terus bawa kereta anda ke bengkel jika terdapat sebarang masalah yang terjadi kepada enjin. Jika anda sering bertangguh, berkemungkinan akan ada lebih banyak masalah yang lebih besar akan terjadi. Hal ini akan turut menyebabkan komponen lain turut mengalami masalah dan memerlukan kos yang tinggi.
Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda mengetahui 5 masalah enjin kereta yang sering dihadapi dan cara untuk mengatasinya. Hal ini bagi memudahkan anda mengambil sebarang tindakan jika perkara seperti ini terjadi kepada kereta anda.
Table of Contents
5 Masalah Enjin Kereta Yang Sering Dihadapi
Setiap pemandu pasti akan mengalami salah satu dari masalah ini apabila menggunakan kereta. Paling tidak, akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun bagi pemandu yang memiliki kereta baru.
1. Overheating / Terlebih Panas
Setiap kenderaan yang bergerak pasti akan menghasilkan haba yang boleh menjejaskan bahagian logam dalam kereta. Bagi mengelakkan logam daripada cair, sistem penyejukan diperkenalkan bagi menghilangkan haba yang telah dihasilkan tadi.
Selalunya, masalah enjin overheating berlaku ketika musim panas yang berterusan. Selain itu, overheating juga boleh terjadi sekiranya terdapat masalah pada sistem penyejukan atau lebih dikenali sebagai coolant.
Apabila coolant mengalami kebocoran, kereta akan menjadi terlalu panas disebabkan enjin kereta tidak dapat disejukkan seperti biasa. Hal ini disebabkan coolant berfungsi untuk menarik haba dari enjin. Namun, jika sistem coolant tidak dibaiki secepat mungkin, kerosakan yang lebih besar boleh terjadi kepada bahagian dalaman enjin yang boleh membawa kepada kerosakan kekal.
Di samping itu, overheating juga boleh berlaku dalam keadaan dimana hos radiator gagal berfungsi, sistem coolant tidak diselenggara, termostat rosak atau disebabkan oleh penutup radiator.
Cara Penyelesaian:
Antara penyelesaian terbaik jika berlakukanya overheating ialah anda perlu berhentikan kenderaan di tempat yang selamat dengan kadar segera. Pastikan anda terus matikan enjin.
Jika anda dapat dengar bunyi yang datang dari bawah kereta anda, ada kemungkinan ia disebabkan oleh coolant. Anda perlu sentiasa elakkan untuk membuka penutup radiator semasa enjin masih panas. Setelah beberapa ketika, anda boleh cuba periksa paras coolant di dalam kereta anda. Jika coolant berada pada paras yang rendah, isikan coolant.
Namun, tidak semestinya overheating hanya boleh diselesaikan dengan menambah cecair coolant. Ada kalanya, overheating berlaku disebabkan oleh pam air (water pump) dan kipas radiator (radiator fan) yang rosak.
2. Masalah Minyak
Bagi memastikan kereta dapat berfungsi dengan baik, anda disarankan untuk menukar minyak mengikut jadual yang ditetapkan.
Hal ini disebabkan enjin memerlukan minyak pelincir yang bersih. Dari semasa ke semasa, minyak akan kehilangan keupayaan untuk pelincirnya yang akan menjadikan ianya tidak berkesan lagi.
Jika masih menggunakan minyak yang telah lama, enjin akan menjadi cepat haus. Situasi ini terjadi kerana enjin tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan deposit karbon yang terdapat pada minyak lama di dalam enjin.
Selain itu, paras minyak enjin yang rendah juga boleh merosakkan kereta anda. Sebaiknya, minyak haruslah mencukupi untuk memastikan komponen enjin bergerak dengan baik dan menghalang dari berlakunya overheating.
Jika anda masih memandu dalam keadaan paras minyak yang rendah, ia boleh mengakibatkan kerosakan yang sangat serious pada enjin kereta anda.
Cara penyelesaian:
Pastikan anda menggunakan minyak yang sesuai untuk kereta anda dan menukar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Anda juga perlu periksa paras minyak sekali atau dua kali sebulan untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Jika anda lihat lampu amaran minyak menyala secara tiba-tiba, terus matikan kereta anda di tempat yang selamat. Ini boleh menyelamatkan kereta anda daripada kerosakan kekal.
3. Enjin Tidak Hidup
Setiap kereta pasti akan alami situasi dimana enjin tidak dapat dihidupkan. Selalunya, enjin tidak hidup disebabkan masalah bateri.
Antara puncanya ialah kehabisan bateri atau kabel bateri yang longgar atau berkarat.
Selain itu, enjin tidak hidup juga boleh jadi disebabkan faktor lain seperti masalah spark plug dan fuel filter yang tersumbat.
Cara penyelesaian:
Pastikan sentiasa cek bateri kenderaan anda. Jika anda rasa susah untuk hidupkan enjin, segera lakukan pemeriksaan lanjut di bengkel yang terdekat.
4. Enjin Berasap
Overheating merupakan antara faktor utama penyebab enjin berasap. Selalunya, enjin berasap mungkin disebabkan oleh sistem penyejuk yang rosak, gasket haus atau minyak enjin yang tidak berkualiti.
Asap hitam yang keluar dari enjin terjadi disebabkan penapis udara tersumbat atau terlalu banyak pembakaran minyak.
Selain itu, asap putih pula dilepaskan dari enjin yang disebabkan oleh penyejuk yang rosak.
Jika enjin anda mengeluarkan asap hitam apabila enjin dihidupkan dan cepat hilang, ia bukan masalah.
Cara penyelesaian:
Selalunya, enjin berasap disebabkan oleh bahagian yang haus. Oleh itu, anda harus membawa kereta anda kepada mekanik untuk pemeriksaan lanjut.
Dapatkan friction modifier seperti Cycopro X10. Ia akan membantu untuk mengekalkan enjin kereta anda. Ketahui lebih lanjut tentang faedah menggunakan friction modifier disini.
5. Bunyi
Apabila kereta anda mula mengeluarkan bunyi, ia merupakan antara petunjuk yang anda tidak boleh abaikan.
Sebagai contoh, bunyi hentakan dari hud menunjukkan bahawa masalahnya adalah dengan injap atau omboh.
Selain itu, bunyi di dalam roda adalah perkara biasa yang disebabkan oleh nat di dalam penutup hab. Bunyi ini disebabkan oleh roda yang tidak diketatkan. Jadi, anda tidak perlu risau dengan masalah seperti ini.
Namun, jika ada dapat dengar ada bunyi ketika membelok seperti bunyi ‘tuk tuk tuk’, mungkin bunyi tersebut disebabkan oleh driveshaft.
Cara penyelesaian:
Jika anda dapat kenalpasti sebarang bunyi tetapi tidak tahu apa penyebabnya, adalah lebih baik untuk rujuk bengkel kereta yang terdekat segera. Ada kemungkinan, duit anda boleh diselamatkan jika mengambil tindakan pantas sebelum masalah yang lebih kritikal berlaku.
Kesimpulan
Sangat penting untuk anda sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang bentuk kelainan yang dihasilkan oleh kereta anda. Besar kemungkinan, masalah yang terjadi cuma masalah yang bersifat minor. Cuma kadangkala, jika anda tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, ada kemungkinan kerosakan lain pula yang berlaku.