ativa

Info dan Ulasan Tentang Perodua Ativa 2022

Pada 3 Mac lalu, kita semua digemparkan dengan kehadiran SUV terbaru dari Perodua iaitu Perodua Ativa. Jika sebelum ini, segmen model SUV bagi jenama Perodua hanya dipelopori oleh model Kembara dan Nautica.

Pelbagai desas-desus yang dapat kita dengar sejak kehadiran Ativa di pasaran.

Ada yang cakap model ni bakal menggantikan Perodua Myvi sebagai King of The Road. Dan ada juga yang mendakwa kos maintenance untuk Ativa sangat rendah jika dibandingkan dengan kos maintenance bagi SUV jenama lain.

Betul ke?

Sebab itu kali ini kami akan bawakan artikel berkenaan info dan ulasan Perodua Ativa khas untuk anda.

Kos Maintenance Untuk Ativa

Disini kami akan kongsikan kos pecahan servis mengikut mileage sepanjang anda menggunakan Perodua Ativa.

1,000km – 50,000km

1,000km

Kereta

Ativa anda tidak perlu diservis sekiranya mencapai 1,000km atau 5,000km. Anda hanya perlu servis kereta anda jika telah mencapai 10,000km sahaja.

Menarik kan?

Kos servis Ativa 1,000km: RM0

10,000km

Apabila Ativa anda telah mencecah 10,000km yang pertama, anda perlulah menghantar ke bengkel untuk servis pertama bagi penukaran minyak hitam. Minyak hitam yang digunakan Ativa ialah jenis sintetik penuh 0w-20 sebanyak 3.5 liter.

Selain itu, anda turut perlu menggantikan penapis minyak hitam dan drain plug gasket. Yang menariknya, tiada kos upah dikenakan pada kali pertama anda servis kereta Ativa.

Minyak hitam: RM145.60
Penapis minyak hitam: RM11.90
Drain plug gasket: RM3.00

See also  5 Important Things To Check Your Ride Before Balik Kampung

Kos servis Ativa 10,000km: RM160.50

20,000km

Bagi servis kali kedua, anda perlu membayar beberapa kos tambahan seperti penapis penyaman udara dan kos upah buruh (termasuk SST).

Minyak hitam: RM145.60
Penapis minyak hitam: RM11.90
Drain plug gasket: RM3.00
Penapis penyaman udara: RM33.50
Kos upah buruh: RM65.30

Kos servis Ativa 20,000km: RM259.30

30,000km

Jika anda rasa kos servis maintenance Ativa mahal, sebenarnya anda silap. Sebab pada servis kali ketiga, kos servis adalah sedikit murah.

Minyak hitam: RM145.60
Penapis minyak hitam: RM11.90
Drain plug gasket: RM3.00
Kos upah buruh: RM39.90
SST: RM2.39

Kos servis Ativa 30,000km: RM202.79
Kos ini sama pada kilometer 50,000km, 70,000km dan 90,000km.

40,000km

Bagi servis yang keempat, kos akan menjadi sedikit mahal kerana Ativa anda perlu menjalani major maintenance. Antara kompenan yang perlu diservis ialah penapis penyaman udara, penapis udara enjin, 1 liter minyak brek, 2 liter cecair penyejuk dan kos upah buruh sebanyak RM95.72 (termasuk SST).

Penapis penyaman udara: RM33.50
Penapis udara enjin: RM53.80
1 liter minyak brek: RM56.00
2 liter cecair penyejuk: RM103.20
Kos upah buruh: RM90.30
SST: RM5.42

Kos servis Ativa 40,000km: RM423.12

50,000km

Kos servis Ativa 50,000km: RM202.79

60,000km – 100,000km

60,000km

Kos servis Ativa 60,000km: RM202.79

70,000km

Kos servis Ativa 70,000km: RM202.79

80,000km

Kos servis bagi 80,000km sama dengan kos servis pada 50,000km untuk model Ativa.

Kos servis Ativa 80,000km: RM423.12

90,000km

Kos servis Ativa 90,000km: RM202.79

100,000km

Pada mileage 100,000km, kos servis akan bertambah kerana anda perlu menukar set palam pencucuh (spark plug) sebanyak 3 unit, penapis penyaman udara, cecair hidraulik untuk transmisi D-CVT serta kos upah buruh termasuk SST.

See also  10 Tips Cara Jimat Semasa Servis Kereta di Bengkel

3 unit palam pencucuh: RM471.90
Cecair hidraulik: RM97.50
Penapis penyaman udara: RM33.50
Kos upah buruh: RM70.00
SST: RM4.20

Kos servis Ativa 100,000km: RM841.40

Mahal ke Kos Servis Maintenance Ativa?

Paling kurang, kalau berdasarkan kos diatas; anda perlu kena ada RM2,715.81 untuk mencapai 100,000km untuk memiliki Ativa.

Boleh dikatakan, servis model Ativa ni agak murah jika dikategorikan dalam kelas SUV.

Selain itu, anda boleh juga meningkatkan prestasi enjin semasa servis kenderaan dengan menggunakan Cycopro Friction Modifier.

Berbaloi ke Beli Perodua Perodua Ativa

Jika lihat dari segi berbaloi atau tak beli Ativa, banyak faktor yang perlu diambilkira.

  • Harga

Dari segi harga, model Ativa merupakan SUV pertama yang sangat mampu milik jika dibandingkan dengan jenama dan model lain yang ada di pasaran.

Dengan harga serendah RM62,500 sehingga RM73,400, anda sudah boleh memiliki SUV ni. Memang sangat berbaloi!

  • Teknologi Perodua Ativa

Dari segi teknologi pula, model Ativa dibina berasaskan Daihatsu New Global Architecture (DNGA). DNGA ialah teknologi terbaru dan termaju Daihatsu yang berasaskan Toyota New Global Architecture.

Apa yang menarik dan menjadi kelebihan DNGA ialah ia dihasilkan dengan teknologi self-driving.

Kelebihan DNGA Ativa

Dengan platform DNGA, dimensi seperti jarak roda, panjang dan lebar boleh diubah dengan mudah mengikut segmen kenderaan.

Maksudnya, platform kereta boleh diubahsuai mengikut pelbagai model kereta. Jadi, penghasilan kereta akan menjadi lebih cepat.

Bagi kelebihan kepada pengguna, anda sudah tidak perlu tunggu lama untuk penghasilan sesebuah kereta dan harga juga akan menjadi lebih rendah disebabkan kos operasi yang semakin berkurangan.

  • Enjin

Dari segi enjin, ini merupakan kali pertama Perodua menggunakan enjin turbo pada model keluarannya. Yang juga membuatkan Perodua Ativa menjadi kenderaan berenjin turbo paling murah di Malaysia.

See also  Senarai Barang Keperluan Rider Delivery

Antara kelebihan enjin turbo ialah ia mampu memberikan kadar penggunaan bahan api yang menjimatkan dengan 18.9km/l. Namun, kadar penggunaan minyak ini turut bergantung kepada bagaimana cara pemanduan anda.

Tapi jika dibandingkan dengan Perodua Myvi, model Ativa turut ketinggalan di belakang dimana Myvi mampu memberikan penjimatan minyak yang lebih banyak.

  • SUV

Antara faktor menarik bagi model Ativa ialah ianya merupakan SUV bersaiz kecil yang tidak mempunyai banyak beza dari segi saiz dengan Myvi. Namun, ianya tetap SUV.

Perbezaan model SUV dan sedan ialah model ini lebih menyerlah dengan bumbung yang tinggi dan lantai yang lebih rendah.

Keutuhan dan Ketahanan Kereta

Melalui DNGA, titik aplikasi kekuatan hadapan dan belakang disambungkan bagi memberikan agihan kekuatan yang lebih lancar pada kerangka.

Namun, chasis lebih ringan dari sebelumnya. Menarik kan? Bagi bahagian atas DNGA, plat logam yang lebih tebal digunakan untuk memberikan ketahanan yang lebih baik.

Di samping itu, zon remuk atau crumple zone bagi model Ativa turut direka dan dibina semula untuk meningkatkan tahap keberkesanannya.

Ciri-Ciri Keselamatan

Anda boleh rujuk gambar di atas berkenaan ciri keselamatan pada modelAtiva. Faktor keselamatan inilah yang membuatkan model Ativa menjadi buruan.

Hadir dengan ASA bagi semua varian, ketiga-tiga varian turut bakal menerima sistem Perodua Smart-Drive Assist seperti Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention. Bagi varian AV, ia hadir dengan Adaptive Cruise Control, Lane Keep Control, Blind Spot Monitor serta Rear Cross Traffic Alert.

Ianya merupakan sistem keselamatan termaju yang ada pada Perodua buat masa ini!

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari SUV dengan harga mampu milik, ternyata Perodua Ativa merupakan pilihan terbaik.

Kredit: Mekanika, Carlist The Vocket

Shopping Cart