Motosikal merupakan kenderaan yang sangat penting bagi setiap isi rumah. Mana taknya, hampir setiap rumah setidaknya mempunyai sebiji motosikal yang akan digunakan untuk kegunaan harian.
Tambahan pula, semakin ramai yang mencari rezeki dengan menggunakan motosikal. Kalau dulu, ramai yang menggunakan untuk ke tempat kerja. Tapi sekarang, motosikal menjadi punca rezeki iaitu dengan menggunakannya untuk menjadi rider delivery seperti Foodpanda, Grabfood dan banyak lagi.
Beli Motosikal Baru Atau Terpakai?
Cuma yang sering menjadi persoalan, nak beli motosikal baru atau terpakai?
Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri bergantung kepada apa yang menjadi kepetingan bagi anda.eli
Table of Contents
Kelebihan Membeli Motor Baru
1. Lebih Terjamin
Anda sebagai pemilik pertama pasti merasa lebih tenang kerana memiliki motosikal baru. Hal ini demikian kerana motosikal baru selalunya tidak mempunyai sebarang masalah dari segi performance.
Kebanyakan kenderaan sebenarnya akan mempunyai major problem apabila telah mencapai tahun ke-4 dan keatas.
Jadi, sewajarnya pemilik motosikal baru akan rasa lebih terjamin dan tenang apabila membeli motosikal baru.
2. Mempunyai Warranty atau Jaminan Dari Pengeluar
Antara kelebihan membeli motosikal baru ialah ianya mempunyai warranty atau jaminan dari pengeluar. Selalunya, pengeluar akan memberikan jaminan selama 2 tahun bermula dari motosikal tersebut telah pindah milik kepada pemiliknya.
Setiap pemilik harus sedar bahawa hanya terdapat beberapa parts sahaja yang mempunyai warranty dari pengeluar.
Tapi, memang agak melegakan apabila kita mempunyai jaminan dari pengeluar kerana kadangkala kerosakan bukanlah berpunca dari pemilik. Ada sesetengah kes dimana kerosakan berpunca daripada penghasilan parts sendiri yang menyebabkan motosikal itu mengalami kerosakan atau tidak dapat berfungsi dengan baik.
Namun, warranty tersebut akan terbatal jika pemilik melanggar beberapa larangan seperti melakukan modifikasi pada motosikal mereka.
3. Mempunyai Teknologi yang Terkini
Jika anda membeli motosikal baru, anda akan dapat memilih untuk mempunyai motosikal yang mempunyai teknologi yang terkini.
Hal ini demikian kerana prestasi setiap motosikal akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Teknologi yang terkini dapat membuatkan anda lebih yakin untuk menghadapi sebarang permasalahan yang berlaku kerana ianya selalunya disebabkan oleh kerosakan minor.
Selain itu, jika anda mempunyai motosikal baru; alat ganti tulen akan diperolehi dengan lebih mudah kerana ianya masih dihasilkan oleh kilang.
Kelebihan Membeli Motosikal Terpakai
1. Harga Yang Lebih Murah
Antara kelebihan membeli motosikal terpakai ialah anda dapat memiliki motosikal dengan harga yang lebih rendah.
Kadangkala, anda juga dapat memiliki motosikal terpakai yang lebih berjenama dengan harga yang jauh lebih murah.
2. Sesuai sebagai Permulaan
Sebagai permulaan, motosikal terpakai sangat sesuai bagi sesiapa yang baru sahaja belajar menunggang motosikal. Hal ini disebabkan kerana jika berlaku sebarang kerosakan minor, anda tidak perlu berbelanja lebih bagi mengganti alat ganti tulen.
Di samping itu, jika berlaku sebarang kemalangan, kos yang akan ditanggung lebih rendah jika dibandingkan dengan kos untuk membaiki motosikal baru.
3. Insurans Yang Lebih Rendah
Dari segi insurans pula, kos bagi motosikal terpakai lebih rendah disebabkan harganya yang telah susut nilai. Jadi, nilai perlindungan yang diterima juga akan menjadi semakin rendah.
Kekurangan Beli Motosikal Baru
1. Harga Yang Tinggi
Harga motor baru semestinya lebih tinggi berbanding motor terpakai. Namun pastinya perasaan memiliki motor baru tiada tolok bandingnya.
Hal ini demikian kerana anda merupakan pemilik pertama motosikal baru tersebut. Jadi semestinya anda akan mendapat alat ganti baru yang masih baik prestasinya.
2. Harga Alat Ganti Yang Tinggi
Jika berlaku sebarang permasalahan pada motosikal anda, anda perlu untuk membaiki motosikal di bengkel yang terpilih sahaja.
Selalunya, kos untuk alat ganti tulen lebih tinggi berbanding alat ganti biasa yang hanya OEM (Original Equipment Manufacturing) atau tidak berjenama.
Kebanyakan pemilik motosikal baru tidak ada pilihan untuk ke bengkel biasa kerana warranty akan terbatal jika tidak membaiki motosikal di bengkel yang terpilih.
3. Peluang Untuk Modifikasi Terbatas
Selain itu, motosikal baru juga tidak boleh dimodifikasi mengikut kehendak pemilik. Terdapat beberapa ketetapan yang perlu diikuti bagi mengelakkan warranty terbatal.
Antaranya, anda tidak boleh menukar enjin dan warna badan (body) motor.
Bagi yang berminat untuk memodifikasi motor, anda dicadangkan untuk berbuat demikian hanya setelah motor anda telah habis tempoh warranty.
Kekurangan Beli Motor Terpakai
1. Anda Tidak Tahu Sejarah Lampau Motor Tersebut
Apabila anda sudah membeli motosikal baru, anda perlu menerima hakikat untuk menerima apa saja yang pernah berlaku pada motosikal tersebut.
Kadangkala, pemilik motor asal mungkin telah mengganti alat ganti tulen dengan alat ganti yang lebih murah. Prestasi motor pastinya akan terganggu apabila alat ganti yang dibeli tidak berkualiti.
Selain itu, anda perlu menerima hakikat bahawa motor tersebut mungkin telah mengalami kemalangan sebelum ini.
2. Kos Penyelenggaraan Semakin Tinggi
Dari segi kos penyelenggaraan, motosikal terpakai mungkin memerlukan kes baik pulih yang lebih tinggi.
Hal ini demikian kerana motosikal terpakai akan mengalami kerosakan major seperti melibatkan enjin. Kos membaiki enjin memerlukan kos yang agak tinggi.
Jadi, amat penting untuk bakal pemilik motosikal terpakai untuk bersedia dengan kos-kos yang melibatkan pembaikan.
3. Tidak Banyak Pilihan
Anda juga tidak mempunyai banyak pilihan jika hendak membeli motosikal terpakai.
Kenapa?
Kerana selalunya pemilik lama akan melakukan trade-in hanya sekiranya mereka hendak menukar atau upgrade ke motosikal baru.
Anda hanya dapat memperolehi motosikal terpakai dalam kondisi baru sekiranya motosikal tersebut merupakan motor tarik (motor yang ditarik kerana pemilik tidak membayar ansuran bulanan).
Namun, anda tidak perlu risau kerana anda boleh menggunakan friction modifier Cycopro X5 yang dapat membantu memanjangkan hayat enjin motosikal dan menjimatkan kos penyelenggaraan enjin motosikal anda.
Kesimpulan
Tidak ada bezanya jika anda memilih untuk membeli motosikal baru atau motosikal terpakai sebagai permulaan. Kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Jadi, bergantung kepada anda sendiri untuk memilih antara keduanya.
Gambar kredit: Yamaha Darma Motor