Balik kampung ni memang sesuatu yang sangat best. Kalau boleh tu, memang cepat-cepat je nak packing barang dan terus balik. Jika anda balik kampung menggunakan kereta, pastikan anda ikut semua checklist Servis Kereta Sebelum Balik kampung supaya dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
Memang nampak macam remeh. Tapi bila kita terlalu semangat nak balik kampung, macam-macam perkara yang boleh lupa nak cek.
Table of Contents
1. Periksa Penunjuk Aras Minyak
Antara perkara paling penting sebelum Balik kampung semestinya kena isi minyak penuh terlebih dahulu.
Lebih mudah supaya nanti perjalanan tak terganggu. Kan ada kes yang mana tiba-tiba stesen minyak pun kehabisan minyak sampai banyak kereta tersadai. Kalau boleh, kita nak elak perkara ni daripada terjadi supaya perjalanan balik kampung tak tergendala.
Tapi kena ingat, pastikan penunjuk aras indikator minyak dapat berfungsi dengan baik. Bimbang nanti kita ingat minyak dah penuh, rupanya indikator yang rosak. Kan susah tuu.
2. Periksa Minyak Enjin
Pastikan anda periksa minyak enjin sebelum balik kampung.
Cara untuk periksa minyak enjin sangat mudah:
- Cabut dip stick, bersihkan dahulu (boleh lap sahaja pada tisu atau kain)
- Celupkan dip stick semula dan lihat paras minyak
- Pastikan minyak berada pada paras pertengahan antara minimum dan maksimum
- Jika minyak kurang, tambahkan minyak baru
3. Periksa Keadaan Bateri Kereta
Selain itu, pastikan anda periksa keadaan bateri kereta.
Terdapat dua cara untuk memeriksa bateri kereta mengikut jenis bateri:
- Bateri Kering: anda boleh periksa kemampuan bateri dengan menggunakan battery charge indicator. Jika indicator menunjukkan warna hijau, itu bermaksud bateri berada dalam keadaan yang baik. Jika sebaliknya, bermaksud kereta anda sudah kehabisan bateri dan perlu diganti baru
- Bateri Basah: anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika air bateri berada bawah paras minum, anda hanya perlu tambahkan air bateri
4. Tayar
Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, adalah lebih baik untuk anda isi dahulu tekanan angin tayar.
Pastikan tekanan angin tayar mengikut kadar yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana angin yang terlalu banyak atau terlalu kurang dapat membuatkan tayar tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
Anda juga perlu cek dahulu keadaan bunga tayar. Antara cara mudah untuk cek bunga tayar ialah dengan menggunakan duit syiling 10 sen.
- Letakkan syiling 10 sen pada celah antara jalur tayar
- Sekiranya perkataan Malaysia pada duit syiling tidak dapat dilihat, bermakna bunga tayar dalam keadaan bagus dan boleh digunakan
5. Air Radiator / Coolant
Fungsi air radiator atau coolant ialah untuk menyejukkan enjin. Coolant ialah antara perkara penting yang perlu diperiksa supaya berada pada paras antara minimum dan maksimum.
Dengan adanya coolant, enjin akan berada pada suhu yang sepatutnya dan overheating dapat dielakkan.
Jika berlakunya overheating, anda dapat mengesan dengan munculnya lampu pada bahagian dashboard. Jika keadaan ini berlaku, pastikan anda berhentikan kenderaan di tempat yang selamat dan tunggu sehingga enjin sejuk semula.
6. Kondisi Minyak Brek
Di samping itu, paras minyak brek merupakan antara perkara yang anda perlu pantau sebelum melakukan perjalanan jauh.
Anda boleh memeriksa paras minyak brek pada menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Ia seharusnya berada pada paras minimum dan maksimum.
Jika minyak brek kurang, tambah minyak brek dengan berhati-hati supaya tidak melimpah.
7. Minyak Power Stereng
Seperti minyak enjin dan minyak brek, paras minyak power stereng juga perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
Untuk pengetahuan anda, minyak power stereng sepatutnya berwarna keemasan. Tapi jika minyak power stereng bertukar menjadi gelap atau berwarna hitam, anda digalakkan untuk menukar minyak yang baru.
Andainya anda tidak menukar minyak power stereng, stereng anda akan rasa berat. Maka akan lebih susah untuk anda mengawal stereng ketika membelok.
8. Wiper & Washer Fluid
Ketika melalui perjalanan jauh, sudah pasti anda akan mengikuti jalan yang berada dalam pelbagai keadaan seperti keadaan hujan atau berdebu.
Sangat penting untuk anda pastikan yang kereta anda mempunyai wiper yang elok dan berfungsi dengan baik. Selain itu, pastikan anda mengisi bekas washer fluid yang digunakan untuk mencuci cermin kereta.
Bagi mengelakkan nozzle tersumbat, anda boleh menggunakan air suling atau air mineral untuk mengisi bekas washer fluid. Tambahkan juga sedikit cairan pembersih cermin kereta supaya dapat membersih cermin dengan lebih baik.
9. Sistem Penghawa Dingin
Nak berjalan jauh semestinya memerlukan keselesaan. Sangat penting untuk anda memeriksa jika sistem penghawa dingin atau aircond berfungsi dengan baik.
Jika anda tidak dapat merasakan udara dingin semasa memasang penghawa dingin di dalam kereta, ada kemungkinan gas berada pada tahap rendah atau terdapat kebocoran pada paip.
10. Drive Belt
Drive belt merupakan tali penggerak enjin untuk membuatkan komponen tambahkan seperti radiator, alternator dan kompresor penghawa dingin.
Anda perlu pastikan drive belt berada dalam keadaan elok. Jika terdapat sebarang rekahan, sangat digalakkan untuk menukar kepada yang baru.
11. Friction Modifier
Bagi memastikan enjin kereta anda berada dalam kondisi yang baik, pastikan anda mengambil langkah-langkah awal untuk menggunakan friction modifier.
Cycopro Frictional Modifier mampu untuk:
- kurangkan geseran dan ware di dalam sistem pelinciran enjin
- mengurangkan suhu panas enjin
- optimumkan prestasi minyak enjin
- melindungi dalaman enjin & memanjangkan hayat enjin
- mengurangkan bunyi & gegaran dari enjin
- memanjangkan hayat minyak enjin
- meningkatkan prestasi enjin
- membantu memastikan enjin lebih bersih
- penukaran pedal lebih smooth & kuasa pecutan bertambah
- rintangan kehausan (ware) & faedah pelinciran yang bagus
- menambah baik kecekapan bahan api
- risiko rendah untuk overhaul
Kami berharap agar artikel ini dapat membantu anda untuk menempuhi perjalanan jauh balik kampung. Berhati-hati di jalan raya!