Bila Perlu Tukar Minyak Hitam

Bila Perlu Tukar Minyak Hitam Motor?

Bila gunakan motosikal, anda perlu bersiap-sedia dengan jadual servis yang telah ditetapkan oleh bengkel. Selalunya, ramai yang sangat malas nak tukar minyak enjin / minyak hitam dan buat servis berkala. Hal ini disebabkan masih ramai yang tak tahu sebenarnya bila perlu tukar minyak hitam motor.

Ada yang cakap bergantung kepada bulan. Tapi ada pula yang cakap bergantung kepada mileage.

Sebenarnya, bila kita lakukan servis, mekanik bengkel akan catat 2 info iaitu tarikh dan mileage. Jika salah satu dari tarikh atau mileage telah anda capai, maka ikut je yang mana-mana satu yang anda capai terlebih dahulu.

Selain itu, anda juga boleh tahu bila perlu tukar minyak hitam dengan adanya beberapa tanda yang muncul pada motosikal.

5 Tanda Perlu Tukar Minyak Hitam Motor

1. Lihat Warna Minyak Hitam dan Kondisi Minyak Hitam

Sesetengah motosikal masih ada dipstick atau kayu penyukat minyak hitam. Minyak hitam sebenarnya berwarna cerah coklat muda dan kelihatan seperti minyak biasa. Tapi, lama kelamaan warna minyak hitam akan bertukar menjadi hitam dan likat.

Cara untuk menyukat kelikatan minyak hitam ialah dengan ambil sedikit minyak hitam dan letak pada jari. Seterusnya gosok jari lain pada jari tersebut.

See also  How Does Car & Motorcycle Engine Works?

Jika minyak hitam motor anda masih elok, anda dapat rasa kedua-dua jari anda licin bila menggosok minyak tersebut. Tapi, andainya anda dapat rasa minyak tersebut tidak licin dan berpasir; maksudnya penukaran minyak hitam perlu dilakukan.

Sebenarnya, tiada masa yang betul tepat untuk menukar minyak hitam. Nak taknak, cara ini yang paling mudah untuk anda kesan samada perlu tukar minyak hitam atau tidak.

2. Enjin Motor Berbunyi Kuat dan Kasar Dari Kebiasaan

Sebagai pengguna motosikal, anda mesti dapat kesan jika enjin motor anda berbunyi sangat kuat dari kebiasaan.

Sebenarnya, minyak hitam berfungsi untuk mewujudkan lapisan antara bahagian logam dalam enjin. Apabila minyak hitam tidak lagi likat, anda dapat dengar bunyi logam yang bergesel pada logam disebabkan lapisan minyak tersebut sudah nipis.

Jadi, jika enjin anda berbunyi kuat atau nyaring berbanding kebiasaan, ada kemungkinan bahawa sudah sampai masanya untuk anda tukar minyak hitam.

Selain itu, anda juga boleh gunakan Cycopro Frictional Modifier sebagai ejen tambahan kepada minyak hitam anda. Frictional modifier ini juga berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising dari hydraulic lifter.

3. Lampu Minyak Enjin Pada Dashboard Menyala

[Kredit]

Bila anda lihat je lampu minyak enjin menyala pada dashboard, pastikan anda terus bawa motor anda ke bengkel. Tu maknanya motor anda telah kekurangan minyak enjin.

Bila keadaan ni berlaku, anda boleh cek dahulu paras minyak enjin motosikal anda. Jika berada pada paras rendah, anda boleh tambahkan sedikit minyak enjin supaya sampai ke paras normal.

Sebaiknya, anda boleh terus ke mana-mana bengkel motosikal yang berdekatan untuk lakukan pemeriksaan lanjut.

4. Paras Minyak Berada Pada Sukatan Minimum

[Kredit]

Mungkin pada awalnya, anda sudah tambahkan minyak hitam supaya sampai pada paras normal. Tapi sekejap je, minyak dah turun ke paras rendah dengan cepat.

See also  Top 10 Motorcycle Maintenance Routine You Should Know

Jika situasi ni berlaku, ada kemungkinan enjin bocor. Tapi ada juga kemungkinan minyak hitam yang digunakan tu telah lama.

Bila anda gunakan minyak hitam yang lama, bahan kimia yang berada di dalamnya sudah hilang fungsi yang sepatutnya. Jadi, motosikal anda terpaksa gunakan amount minyak yang sangat banyak untuk pastikan semua bahagian dalaman enjin dilincirkan dengan kadar yang sepatutnya.

Sebab tu tak kira berapa banyak minyak yang anda tambah, motor anda masih makan minyak disebabkan penggunaan minyak yang telah lama.

5. Anda Sudah Lupa Bila Kali Terakhir Tukar Minyak Hitam Motor

Mungkin ada yang ingat selagi motor ada minyak hitam, selagi itulah motor dapat bergerak dengan baik.

Tapi, pernyataan ni tak tepat sama sekali. Anda perlu pastikan samada minyak hitam yang digunakan tu menepati piawaian (dari segi warna dan kelikatan) yang sepatutnya.

Jika sudah lupa bila kali terakhir tukar minyak hitam, kami sarankan supaya anda cek semula kondisi minyak seperti yang diterangkan di atas. Atau anda boleh sentiasa catat tarikh bila kali terakhir anda tukar minyak hitam motor anda.

Motor Jarang Guna Perlu Tukar Minyak Hitam Motor Tak?

Bagi menjawab persoalan ni, kami sudah terangkan di atas bahawa anda perlu pastikan motor anda mendapat minyak hitam yang baru dan berkualiti.

Ya! Walaupun anda jarang gunakan motor tersebut, minyak hitam masih perlu ditukar supaya komponen dalam enjin berfungsi dengan lancar.

Cara paling mudah, tukar minyak hitam motor anda setiap 2,000km atau 3 bulan; bergantung kepada mana satu yang capai terlebih dahulu.

Berapa Harga Tukar Minyak Hitam Motor?

Selalunya, harga bergantung kepada jenis minyak hitam yang digunakan pada motor anda.

See also  10 Tips Beli Motor Secondhand dari Kedai Motor

Untuk minyak hitam (4T), biasanya dijual pada harga lebih kurang dari RM12 – RM30 di bengkel untuk 1 liter bergantung kepada jenama. Harga juga berbeza mengikut kelikatan minyak hitam. Antara pilihan minyak hitam yang ada ialah seperti 20W-40/50, 10W-40/50 dan sebagainya.

Selain itu, anda juga perlu berkira-kira untuk tukar sekali oil filter jika sudah kotor / hitam. Anggaran oil filter adalah sekitar RM7 – RM9.

Jika anda mahu lebih jimat, anda boleh terus beli minyak hitam dan bawa ke bengkel. Jadi, caj yang dikenakan hanyalah caj upah untuk tukar minyak hitam.

Tapi, sekarang ni banyak je bengkel yang ada tawarkan promosi percuma upah tukar minyak minyak hitam. Maknanya, anda hanya perlu bayar kos minyak hitam je tanpa perlu bayar kos upah.

Teruskan Baca : Minyak Hitam Kereta Fully Synthetic Terbaik

Kesimpulan

Walaupun setiap bengkel telah tetapkan tarikh dan mileage, anda juga dinasihatkan untuk tukar minyak enjin lebih awal dari tarikh atau mileage yang sepatutnya.

Pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dan kenalpasti tanda awal yang menunjukkan bahawa motor anda memerlukan penukaran minyak enjin.

Shopping Cart