overhaul enjin kereta

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Overhaul Enjin Kereta

Bila dah namanya ada kereta, memang perlu alert dengan banyak benda. Tambah lagi kalau kereta tu tunjukkan tanda-tanda macam perlu buat overhaul enjin kereta.

Tapi sebelum tu, anda sebagai pemilik kereta perlu tahu dulu tentang apa sebenarnya overhaul kereta, tanda-tanda perlu overhaul kereta dan 1,001 lagi pengetahuan lain sebelum buat keputusan untuk overhaul kereta.

Sebab kos untuk overhaul kereta bukanlah sedikit ya. Dan proses untuk overhaul kereta juga sangat rumit dan perlukan masa.

Maksud Overhaul Kereta

Overhaul kereta bermaksud proses untuk membaikpulih enjin kenderaan secara menyeluruh. Dalam kata lain, overhaul ni melibatkan mekanik meleraikan enjin dan komponen di dalam enjin.

Dalam situasi ni, mekanik akan terus buat penilaian yang teliti terhadap kereta untuk kenalpasti masalah yang kereta hadapi.

Setelah itu, komponen enjin kereta akan dibuka, dibersihkan, dibaiki dan akan dipasang semula sebelum diseleraskan. Bila nak pasang semula pun, proses pemasangan perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati sebab bimbang akan terjadi masalah lain pula.

pemasangan perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati sebab bimbang akan terjadi masalah lain pula.

Jenis-jenis Overhaul Enjin Kereta

Terdapat 2 jenis overhaul enjin kereta iaitu top overhaul dan full overhaul.

  1. Top Overhaul Enjin

    Proses overhaul bahagian atas enjin tanpa mengeluarkan keseluruhan enjin daripada badan kereta. Hanya beberapa komponen sahaja yang ditukar seperti kepala silinder, injap, rocker arm, kedap injap atau valve seal, skru silinder dan gasket kepada
  2. Full Overhaul Enjin

    Proses overhaul melibatkan keseluruhan enjin. Semua komponen di dalam enjin dibuka dan dikeluarkan dari badan kereta untuk diservis. Selalunya, proses ini dilakukan disebabkan terdapat bahagian yang sukar dicapai yang memerlukan keseluruhan enjin dibuka untuk dibaikpulih. Sebab itu kos full overhaul enjin lebih mahal. Antara komponen digantikan ialah komponen enjin seperti blok enjin, crankshaft, bearing (enjin dan piston), gelang omboh atau piston ring.
See also  5 Common Engine Problems & How You Can Avoid Them

Tanda-tanda Perlu Overhaul Enjin Kereta Anda

Sebagai pemilik kereta, anda perlu sentiasa perhati kondisi kereta anda. Kebanyakan masa, kereta anda akan menunjukkan tanda-tanda awal kerosakan terlebih dahulu sebelum menjadi teruk.

[Kredit: Freepik]

Antara tanda-tanda kereta perlu overhaul:

  1. Keluar asap putih daripada ekzos kereta

    Ramai yang sebenarnya anggap keluar asap putih ni gejala biasa. Tapi, situasi ini berlaku hanya bila minyak enjin telah memasuki ruang pembakaran disebabkan oleh gelang piston yang sudah haus atau rosak.
  2. Enjin meragam disebabkan spark plug

    Enjin kereta anda juga boleh buat hal kalau spark plug bermasalah. Spark plug yang sudah tidak berfungsi dengan baik boleh menjejaskan percikan api dan membuatkan ianya tidak mampu berfungsi dengan baik.

    Selalunya, spark plug akan bertahan sehingga 45,000 km, bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta dan model kereta yang anda pandu.

    Jadi, sangat penting untuk anda sentiasa memastikan spark plug sentiasa diperiksa dan dibersihkan.
  3. Enjin makan minyak sampai minyak hitam berkurangan

    Simptom enjin ‘makan minyak’ bukanlah perkara biasa untuk pemilik kereta yang betul aware dengan keadaan kereta mereka. Tambah lagi kalau sebenarnya tiada kebocoran langsung pada tangki minyak enjin.

    Minyak hitam berkurangan merupakan antara salah satu tanda bahawa enjin kereta anda perlu menjalani overhaul.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, anda digalakkan untuk sentiasa memeriksa paras minyak enjin kereta anda secara berkala menggunakan dipstick. Hal ini bagi memastikan anda dapat mengetahui paras sebenar minyak enjin kereta anda.

  4. Suhu atau temperature enjin kereta cepat panas

    Enjin kereta yang panas secara melampau (overheating) menandakan bahawa terdapat masalah kebocoran pada bahagian enjin.

    Situasi ini sering berlaku disebabkan oleh gasket kepada silinder yang rosak dan menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.
See also  What’s the Differences Between A Hybrid and Electric Car?

Kos Harga Overhaul Enjin Kereta

Jika anda alami tanda-tanda di atas, bermaksud anda perlu sediakan wang yang agak banyak untuk melakukan overhaul enjin kereta.

Biasanya, kos atau harga bagi top overhaul untuk model Proton dan Perodua biasanya dalam anggaran RM800 hingga RM3,000.

Bagi full overhaul pula, kos yang boleh dianggarkan untuk melakukan overhaul adalah dalam sekitar RM4,000 hingga RM5,000 ke atas.

Harga macam ni hanya untuk kereta lokal tau, kalau kereta import memang memakan amount yang lebih tinggi. Namun, harga mungkin berubah mengikut harga komponen semasa dan permasalahan yang dihadapi.

Berapa Lama Proses Overhaul Enjin Kereta

Soalan ni ramai sangat yang tanya. Untuk yang masih belum tahu, full overhaul selalunya mengambil masa 3-4 hari. Bagi top overhaul pula, masa yang lebih singkat iaitu dalam sekitar 1-2 hari bergantung kepada permasalahan yang dialami.

Jadi jika anda nak overhaul kereta, nak taknak anda perlu betul bersedia untuk tinggalkan kereta anda di bengkel.

Kebaikan Overhaul Enjin Kereta

overhaul enjin kereta
[Kredit: Freepik]

Walaupun banyak wang yang akan digunakan untuk overhaul kereta, banyak kebaikan yang akan anda dapat setelah overhaul. Antaranya ialah semua komponen yang telah rosak di dalam enjin kereta akan ditukar termasuklah bearing, pistons dan gasket.

Maksudnya, bila anda overhaul enjin bermaksud anda akan dapat enjin baru tanpa perlu menukar dan membayar dengan harga enjin baru. Yang paling penting, anda akan rasa pengalaman macam tukar kereta baru. Enjin akan lebih ‘makan’, tak rasa bergegar.

Selain itu, ada tips lain untuk buatkan enjin anda rasa smooth. Anda juga boleh gunakan Cycopro Friction Modifier yang boleh mengoptimumkan penggunaan enjin dengan mengurangkan geseran.

See also  5 Tips Beli Motosikal Pertama

Kesimpulan

Akhir sekali, pastikan anda dapatkan nasihat daripada pusat bengkel yang boleh dipercayai sebelum overhaul kereta anda.

Lebih mudah, anda cari testimoni dari kenalan atau boleh baca review di Google terlebih dahulu.

Shopping Cart